Just Klik!

Tuesday, November 2, 2010

Rendang Ayam Sekuali

Ari ni buat rendang ayam lagi...... ada orang tempah. janji dapat duit... 


Disini aku nk perturunkanlah resepi ayam pencen ni pada pembaca2 blog aku.... aku ni x kedekut . Semua boleh kongsi... Sapa2 yang teringin buat boleh ikut.... Sapa2 yang malas boleh order... tp kt Shah Alam je... xleh nk pos... nanti basi. Seekor ayam RM 30.00


RENDANG AYAM PENCEN

Bahan -Bahan:
1 ekor ayam pencen
4 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
1 helai kunyit (di koyak)
1 helai daun kunyit (di hiris halus)
4 btg serai (di titik)
1/2 bungkus serbuk kari daging
1 btg kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 keping asam keping
1/2 sudu teh gula
garam secukup rasa
semangkuk air


Bahan Kisar:
8 labu bawang merah
6 ulas bawang putih
3 btg serai
3 inci halia 

1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
15 tangkai cili kering & 2 sudu besar ciling giling
15 biji cili api
2 biji buah keras
secubit jintan manis & jintan putih


Cara Membuat:
Ayam di potong kecil2. Masukkan ayam, bahan kisar, serbuk kari, serai titik, daun kunyit, kulit kayu manis, bunga lawang dan semangkuk air. Kacau sampai hampir kering. Selepas tu masukkan santan, kerisik dan asam keping serta garam dan gula.
Masask hingga ayam lembut dan kuahnya kering. Jika daging ayam belum lembut masukkan secawan air dan kacau sampai kering.Sedia di makan dengan nasi panas2.

Itu ajelah..... SELAMAT MENCUBA!!
Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...