Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Tuesday, November 30, 2010

Tuan Tanah.......Melayu

Aku nk jadi tuan kt tanah aku sendiri..... sudah tentu. Aku ni bukan reti pasal politik....jauh sekali nk jadi ahli politik. Tapi aku tahu..... ini  tanahairku, tanah tumpah darahku... Tanah Melayu. Sama macam kt luar negara... England, tanah org2 English...Scotland..... tanah org2 Scottish, Ireland.... tanah org2 Irish. Macam tu jugalah kt sini.... ini adalah tanah  orang2 Melayu. Mereka2 tu yg nk berebut tanah  ngan kita sebenarnya ada tanah mereka sendiri. So.......Bumi bertuah ku ini xkan ku gadaikan demi mencapai cita2 politik orang yang entah apa2 tu. Kalau diorang2  tu xnk jadi tuan... buang aje nama bergelar kt depan nama masing2... tukar je dengan pangilan si A ke, si B ke atau lain2. 

Aku xkisah siapa je yang jadi ketua pada tanahair ini.... janji ia mesti seorang Melayu Islam yang mendokong panji2 bangsa dan agama dengan penuh tangungjawab dan memiliki iltizam yang tinggi. Sesiapa saja yang tinggal di tanahair ini mestilah menghormati agama rasmi  tanahairku ini. Aku tengok skrg ni suka2 je orang dari agama lain menggunakan hadis dan alquran dalam ucapan dan percakapannya. Ini menunjukkan mereka dah x menghormati kita.... itulah kita.... terlalu memberi ruang dan luang hingga kita dah x dihormati lagi di tanahair kita sendiri. So ingatlah... jadilah bangsa dan umat Islam yang bermaruah... biar dihormati orang. kalau tidak inilah natijahnya.

Aku mengimpikan sebuah negara Islam yang mengamalkan cara hidup  Islam dan undang-undang Islam yang diguna pakai oleh seluruh rakyat tanpa prejudis dan diterima oleh semua yang menghuni tanahair ini. Setiap bangsa dan agama di tanahair ini menerima dengan hati yang terbuka... barulah best. Bukannya seperti sekarang.... iaitu cuba mengkucarkacirkan apa je yang sedia ada...  Seeloknya adalah penambahbaikan....

Zaman  dah berubah..... zaman skrg adalah zaman anak2 mmberontak, x mendengar kata ibu bapa. Begitu jugalah zaman ni orang suka memberontak dan membangkang apa aje tanpa berfikir dengan waras. Tapi kita ni kalau nk jadi pembangkang pun janganlah perkara yang betul pun nk dibangkang. Kenalah fikir dulu.....atau lu fikirlah sendiri.....!!!!

Itu ajelah..... xmau ckp lebih2 lagilah.....:P

Have a nice day! :)

Monday, November 29, 2010

DEMAM TERUK.......

Hampir seminggu x update blog.... kena demam teruk. Siap dengan batuk dan selsema. Aku pulak ada asthma sikit. Lagi le tambah teruk..... Hari ni pun masih x rasa okey lagi. Apa boleh buat... dah nak kena. Mintak2 esok lusa aku dah rasa betul2 sihat.... tp apapun aku kena kuat.. utk anak2, suami dan kerjaya aku ni... sebenarnya letihnya aku, sengal2 satu badan dan sakitnya kepala aku.......!Itu je..
Have a nice day! :)

Wednesday, November 24, 2010

Dorayaki

Pagi ni aku masakkan sarapan untuk anak2 kuih dorayaki...inti peanut butter dan jem anggur. Selalunya kan dorayaki berinti kacang merah tp peanut butter pun jadilah... okeylah tu. Sekolah cuti anak2 lapar je... kenalah kreatif buat breakfast. kalau beli je nanti lari budget. Tghari ni lepas masak tetiba je rasa pening yang amat sangat... telan panadol dan tidur. Ptg  ni baru rasa okey.
Have a nice day! :)

Tuesday, November 23, 2010

Air Terjun

Anak2 cuti sekolah ni... rasa boring pulak. Ingat nk bawa diorang gi jalan2 tapi entahlah.... sibuk sangat. Badan pun penat. Teringin rasanya pergi ke suatu tempat yang sejuk, nyaman dan menenangkan. Aku terfikirkan air terjun. Boleh ke.. takut juga bila dengar macam2 kemalangan kt tempat macam tu. Nantilah akan difikirkan kemudian, skrg ni xde masa lagi.
Have a nice day! :)

Monday, November 22, 2010

Lagi.... SET RESDUNG



Dari Kiri... 
  
BEDAK PERMATA PUTERI
  • membantu merawat kulit wajah yang mempunyai masalah jerawat dan resdung.
  • Ia juga berfungsi sebagai pelembut dan pencantik kulit muka, badan dan tangan.
Cara guna :
Titiskan beberapa titis keatas tapak tangan dan sapukan ke muka, tangan dan badan selepas mandi atau apabila perlu. Amalkan pemakaian sebelum tidur untuk merawat resdung.

Harga : RM 10.00

PELEMBAB MATA
  • merawat mata yang gatal dan kemerahan akibat resdung.
  • juga menyejukkan mata yang letih dan kepanasan akibat penat membaca atau tak cukup tidur.
 Cara guna :
Titiskan beberapa titis keatas kapas dan letakkan pada pelupok mata. Ia juga boleh dititiskan kedalam mata untuk merawat resdung.

Harga : RM 10.00

PELEMBAB HIDUNG
  • merawat hidung yang gatal-gatal dan selsema akibat resdung atau akibat alahan makanan dan cuaca.
Cara guna :
Titiskan beberapa titis pada kapas dan lekapkan pada tepi hidung yang kering selama 5-10 minit. Ia juga boleh dititiskan kedalam hidung untuk meredakan hidung yang gatal akibat resdung.

Harga : RM 10.00

VCO SOAP
  • diformulasikan daripada minyak kelapa dara.
  • membantu merawat kulit wajah yang mempunyai masalah jerawat dan resdung.
  • membersih, melembut dan melembabkan kulit wajah.
  • kaya dengan vitamin E.
Cara guna:
Basuh dan cuci muka dengan VCO soap bersama air suam sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Boleh juga menggunakan air sejuk.

Harga : RM 9.50

Anda nk cuba? Contact Noor di 017-2387594. Penghantaran dilakukan di sekitar Shah Alam dan kawasan berdekatan denganya (COD). Jika diluar kawasan boleh di pos dengan sedikit  bayaran pengeposan.


Have a nice day! :)

Sunday, November 21, 2010

Penatnya...

Minggu ni penat.... anak2 x sihat... kerja banyak. X larat rasanya. Mood pun xde... macam melayang-layang saja fikiran ni... Itulah sibuk melayan anak2 demam.... apa yg nk dibuat semuanya terkejar2 x cukup masa dan rehat...cepatlah selesai semuanya ari ni.. nk tidur je rasanyaaaaaa....
Have a nice day! :)

Wednesday, November 17, 2010

BATOOKA




  • Ubat batuk sapu yang pertama di Malaysia
  • Membantu melegakan hidung yang merengsa & gatal2 akibat resdung.
  • Membantu mencairkan kahak, melegakan batuk, selsema & pening kepala.
  • Juga boleh digunakan untuk sakit perut, urutan, bisa2 kaki, aromaterapi apabila susah tidur, mabuk perjalanan dll. 
  • Amat sesuai untuk anak2 kecil kerana tidak memedihkan apabila terkena mata.
Cara guna : Sapu dibahagian leher, belakang leher, sekitar hidung/dahi apabila batuk, selsema & pening kepala.

p/s : Dgn bau pudina. Bau yang amat menenangkan. Sebagai ganti minyak angin yang biasa digunakan.

Harga : RM 7.00

Sebarang pertanyaan & pembelian sila hubungi : NOOR di 0172387594

Have a nice day! :)

Tuesday, November 16, 2010

PANTUN SOLAT...MUHASABAH INDAH AKIDAH

Ini adalah pantun kedua dari pakcik janggut...yg aku kenal di Masjid Negeri.

Buat subuh naluri tak angkuh,
kerjakan zohor hati jadi luhur,
Dirikan asar hidup tak tersasar,
Solat maghrib ajar hidup tertib,
Sembahyang isyak jadi warak;
Tunaikan solat tanpa disuruh,
Haji atau umrah buatlah teratur,
Jasad tertunduk jiwa jadi besar,
Dengan insan berkawan karib,
Dengan Allah bercinta mutlak.

Inilah hasil nukilan pakcik janggut... yg di SMSnya kat hp aku...
Hmm
Have a nice day! :)

Monday, November 15, 2010

Apapun akan ku lakukan.....untuk anak2 dan kejayaan...

Itulah aku....Semuanya dah aku usahakan. Tinggal lagi usaha mereka. Moga2 akan berjaya!!! With SCORE A.
Have a nice day! :)

Saturday, November 13, 2010

BERAKAL BERTAQWA....

Ini tajuk pantun....ada satu orang hamba Allah tu.... tiap kali hari Jumaat lepas solat Jumaat mesti singgah kt gerai.... dia ni asyik bercakap je.. peramah... umurnya dalam 60an... lelaki... Dialah yang kasi pantun ni... Pantun Ibadah katanya...Ada lagi dua pantun yang diberi... tp kita perdengarkan yang pertama dulu...


Harta yang terbaik ialah akal,
Anugerah ini sangat berharga,
Manusia hebat kerana akalnya,
Ianya sentiasa pintar bekerja,
Manusia tanpa akal tiada gunanya,
Ada akal tuan jadi bijaksana,
Tanpa akal kita kena tipu daya,
Usaha Berjaya bila akal diguna;
Nak dunia akhirat perah akal,
Selalu digunakan akal berbisa,
Akal itu penolong yang setia,
Ada akal nafsu rela jadi hamba,
Di mana saja akal itu berguna, 
Ianya praktikaldan bijaksana,
Tuan berakaltuan manusia,
Hambakan akal mencari taqwa!


Inilah rupanya pantun tu ....pantun ke? ntah apa2 ajelah. Inilah pertama kali saya jumpa pantun yang panjang berjela... nk tahu katanya dia ni bapa saudara Fara Fauzana...yg Melodi tu!! ya kut... sebab cara bercakap tu ada gayanya... Jangan perkecilkan dia... Ada org cakap dia ni bukan calang2 orang. Dulu dia kerja eksekutif bank...jutawan tu.. Iyolah ..tp poneng kepalo den....sekojap dek pantun ni.. Apapun...hayatilah mesejnya..
Have a nice day! :)

Thursday, November 11, 2010

NT RESD (PENAWAR RESDUNG ANDA)


  • MEMBANTU MENGATASI MASALAH ALAHAN (SINUS).
  • MEMBANTU MENGATASI BATUK, SELSEMA, LELAH, ASMA, SAKIT GIGI DAN GUSI SERTA ULSER.
  • MEMBANTU MENYEGARKAN NAFAS DAN MULUT BERBAU.
  • JUGA MEMBANTU MENINGKATKAN TENAGA DAN DAYA TAHAN BADAN.
Ramuan NT RESD:
Madu, Habbatus Sauda,Cengkih, Kulit Kayu Manis,
Kolegen, Mengkunyit, Adas Pedas Dan Cuka Epal.

Testimoni :
En.Omar dari kangar perlis...0134252988, telah menggunakan NTRESD 2 minggu yang lalu, permulaan penggunaan hingus cair keluar tanpa henti, disusuli hingus pekat dan yang terakhir hingus yang bercampur darah, setelah seminggu Alhamdulillah masalah resdung beliau hilang, tiada lg bersin dan gatal2, ...sekarang beliau telah menjadi pengedar NTRESD di Perlis.

Anda nk cuba? Contact Noor di 017-2387594. Penghantaran dilakukan di sekitar Shah Alam dan kawasan berdekatan denganNya (COD). Jika diluar kawasan boleh di pos dengan sedikit bayaran pengeposan.

Harga : RM 25.00 sahaja



Have a nice day! :)

Bangkit Dari Kegagalan.....

Kita mempunyai 1001 alasan untuk gagal tetapi kita hanya perlu satu sebab sahaja untuk berjaya. Jika kita inginkan perubahan jadilah perubahan itu. Tiada manusia yang dilahirkan di dunia ini untuk gagal dalam kehidupan melainkan orang itu sendiri yang memilih untuk gagal. Kegagalan yang sebenar adalah kegagalan untuk mencuba dan takut untuk merebut peluang yang lalu di depan mata.

Aku x mahu gagal lagi.... perit dan pahit untuk ditelan. Dah ada peluang ni aku nk usaha sungguh-sungguh... Biarlah bersusah payah dahulu.... mana tahu boleh bersenang di kemudian hari... kalupun bukan untuk aku...dah tentu untuk anak2  aku... Semoga usahaku ni diberkati Allah hendaknya... Amin...
yes


Have a nice day! :)

Wednesday, November 10, 2010

Pasar Malam Depan Rumah

Kalau dah pasar malam tu depan rumah... bauannya memang dapatlah.... jadi anak2 jangan haraplah nk makan malam kt rumah. Semuanya minta duit nk beli satay, ayam goreng, dan serba anika barang jualan pasar malam. Siapkan ajelah duitnya. Ari ni aku beli apam balik ngan kacang kuda rebus je.. anak2 aku tengok beli spring potato, char kuay teow, taufu fah dan macam2 lagi..

Have a nice day! :)

Tuesday, November 9, 2010

Air, Oh Air....

Pagi ni xde air.... aku ingat paip pecah lagi ke kat tepi jalan macam minggu lepas...atau syabas repair paip ke... rupa-rupanye air kena potong.....  Aku x sangka perkara ni boleh berlaku... sebab meter kat rumah x nampak berkunci atau pakai topi... rupanye dia memang dah kunci dari dalam...meter plastik memang gitu.. kata diorang  yg aku tanya... yalah aku xsedar bila masa org Syabas buat keje tu... Hubby aku kata  dah bayar bil awal bulan lepas.... rupanye dia bayar bil terdahulu je... ada dua bulan tertunggak lagi... padan muka aku.. seksa... Hubby dah pegi byr tapi petang nantilah dalam pukul 6.00 ptg baru dpt air balik... Dalam masa tu pandai2 lah kalau nk membuang apa ke... atau nk cuci apa2 ke... tahan ajelah!!!
Crazy 1
Have a nice day! :)

Monday, November 8, 2010

Penatnya tak terkira.....

Dah hari Isnin dah.... Selama 3 hari ni... aku pulun habis buat macam2 barang jualan... walaupun hari Ahad burger & dadih tak habis terjual.... dah lebih dari balik modal dah, tambah dengan yang sebelum tu.. kira dah okeylah. Penat dan letih jangan kiralah... mengantuk x cukup tidur lagi... mana tidaknya, dalam 3 hari tu tidur 3-4 jam je. Itulah namanya mencari rezeki. Kena buat betul2, barulah dapat hasilnya.
Have a nice day! :)

Friday, November 5, 2010

Inilah geraiku..... Hari ini... hari Jumaat, seperti hari Jumaat sebelumnya... aku berniaga di sini. Bangun pagi pukul 5 pagi, siapkan barang jualan.... buat burger dan hotdog.. dadih telah kusiapkan semalamnya siap sedia di peti ais. Selain jualan keropok, roti piza, kaya, kelapa, kacang, gula2 bermacam2 jenis air seperti biasanya produk aku yang tak pernah ketinggalan iaitu NTRESD, BATOOKA dan produk resdung lainnya serta jenis2 Madu..... madu minda, madu halia, madu arab, madu tualang tiga, air zafaran dll. Habis niaga biasanya lepas solat Isya'...dalam lebih kurang pukul 9.00 malam. Esok dan esoknya hari Sabtu dan Ahad aku berniaga lagi disini...Hari Ahad malam kemas gerai... untuk simpan semua barang2... Begitulah seterusnya.. ! Sesiapa yang datang Ke Shah Alam, boleh le singgah ke Masjid Negeri,Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ... Masjid Biru yang cantik....

Have a nice day! :)

Thursday, November 4, 2010

Kemas2 gerai.....

Baru balik dari menyusun barang2 dan kemas2 gerai untuk jualan pagi esok..... aku berniaga di masjid negeri Shah Alam hanya 3 hari seminggu.. iaitu pada Jumaat, Sabtu dan Ahad tiap2 minggu... itulah peraturan niaga di masjid negeri... Khamis malam aku n hubby dan anak2 akan buka stor dan punggah barang2 .... pada Ahad malam punggah balik dan simpan... itulah kerja aku setiap minggu. Penat memang penat tp nak tambah pendapatan punya pasal.... semuanya aku lakukan. Inilah cabarannya...
Have a nice day! :)

Wednesday, November 3, 2010

Keluh Hidupku....

Hidup mana yang x ditimpa masalah.... kalau hidup tu statik je... xdelah cabaran... bagi aku setiap kali aku ditimpa masalah atau disentap jiwa raga... aku kuatkan semangantku, tawwakal dan pastikan aku x cepat mengalah dan tewas dengan semua tu. Akan ku tempuh segalanya... aku nak jadi insan yang amat penyabar dan tegar menghadapi setiap ujian mu ya Allah.... itu tekadku... azamku... Sekiranya aku khilaf Kau berikanlah petunjuk agar aku x silap membuat perhitungan.....  Ku memohon padamu agar meletakkan tahap kesabaranku ke tahap yang jitu..dan kukuh di hatiku ini.. Aku pasrah dengan segala yang kau takdirkan untukku.. Sesungguhnya segala yang baik itu datang darimu... dan perkara yang buruk itu hadir disebabkan kelalaianku dari mengingatimu, YA..ALLAH.. Amin Ya Rabbil A' Lamin.

Have a nice day! :)

Tuesday, November 2, 2010

Rendang Ayam Sekuali

Ari ni buat rendang ayam lagi...... ada orang tempah. janji dapat duit... 


Disini aku nk perturunkanlah resepi ayam pencen ni pada pembaca2 blog aku.... aku ni x kedekut . Semua boleh kongsi... Sapa2 yang teringin buat boleh ikut.... Sapa2 yang malas boleh order... tp kt Shah Alam je... xleh nk pos... nanti basi. Seekor ayam RM 30.00


RENDANG AYAM PENCEN

Bahan -Bahan:
1 ekor ayam pencen
4 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
1 helai kunyit (di koyak)
1 helai daun kunyit (di hiris halus)
4 btg serai (di titik)
1/2 bungkus serbuk kari daging
1 btg kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 keping asam keping
1/2 sudu teh gula
garam secukup rasa
semangkuk air


Bahan Kisar:
8 labu bawang merah
6 ulas bawang putih
3 btg serai
3 inci halia 

1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
15 tangkai cili kering & 2 sudu besar ciling giling
15 biji cili api
2 biji buah keras
secubit jintan manis & jintan putih


Cara Membuat:
Ayam di potong kecil2. Masukkan ayam, bahan kisar, serbuk kari, serai titik, daun kunyit, kulit kayu manis, bunga lawang dan semangkuk air. Kacau sampai hampir kering. Selepas tu masukkan santan, kerisik dan asam keping serta garam dan gula.
Masask hingga ayam lembut dan kuahnya kering. Jika daging ayam belum lembut masukkan secawan air dan kacau sampai kering.Sedia di makan dengan nasi panas2.

Itu ajelah..... SELAMAT MENCUBA!!
Have a nice day! :)

Monday, November 1, 2010

Finally....... anak2 guna Score A

Selalunya promote tentang score A tapi sebenarnya anak2 x guna lagi pun. Hari in baru le start guna.... Harap ia dapat meningkatkan tahap pembelajaran anak2.... Puas jugalah nk memahamkannya...... masuk sana-sini. At last biarlah anak yang dengar... mereka yang nk pakai kan! Cuti panjang ni biar di isi dengan pelajaran je. X de chance le diaorang nk main2 lebih.

Have a nice day! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...