Just Klik!

Monday, January 31, 2011

Gambar Lama Sekeluarga....

Ni gambar lama..... ambik masa raya 2005. Masa raya kat Kg Perigi Jernih, Rembau Negeri Sembilan. Kg my hubby. Bergambar di pagi raya bersama keluarga n sanak saudara..... Kenangan yang mengusik jiwa tu!!!


Have a nice day! :)

Sunday, January 30, 2011

Rezeki ada.....

Alhamdulillah..... minggu ni tempat niaga baru menampakkan hasilnya. Tapi tak cukup untuk menampung gaji pekerja dan bayar sewa. Kalau minggu lepas tak masuk langsung..... minggu ni kira orang dah tahu. Jual barang semuanya yang simple saja..... tak padan dengan sewanya yang mahal gila. Tu yang tak boleh nak tampung tu... Nak beli barang banyak2, modal sikit.... cukup2 nak meneruskan perniagaan. Entahlah...... ingat nak ajak anak buah yang jual buku tu (skrg ni dia tumpang letak buku kat tempat niaga-kira 10% je dari harga jual)share separuh. Kongsi lagi!!! Nak buat camne, tapi nak bagi syarat sikit. Tak nak macam dulu, jual barang yang sama. Takut nanti bersaing sesama sendiri. Kira bolehlah  daripada lepaskan tempat tu... ya tak?

Have a nice day! :)

Thursday, January 27, 2011

Persiapan Berniaga Esok.....

Pagi ni siapkan barang-barang nak niaga kat masjid esok. Petang ni nak bawa barang2 kat tempat jualan di masjid negeri. Huh... penatnya... Apa nak buat, dah sumber rezeki. Nak beli barang2 buat burger pagi2 esok. Nak buat 120 ketul je... Tempat baru ni tak boleh buat banyak2. Tak di kenali lagi. kalau tempat lama tu senang sikit sebab tempat laluan orang ramai. Dulu di tempat lama, hari Jumaat pernah buat sampai 200  ketul. kejap je dah habis. Buat burger segera dan simple je, siapkan dari rumah. Burger sejuk  je lah. Harga burger ayam dan daging tu murah je.... RM 1.80 seketul.

Selain jual produk... kami terpaksalah jual makanan. Sewa gerai kat masjid negeri ni mahal. Tak boleh hidup kalau jual produk je. Jadi, kami jual makanan dan minuman sekali macam burger, roti, piza mini, air tin, air kotak dan macam2 lagi. Syarat masjid makanan dan minuman mesti dibungkus baru jual. Suka hatilah...... Tapi tempat ni terceruk sikit... payah, payah.....

Harap-harap esok ada rezeki untuk anak2 kami...... Moga2 jualan suksessssss!!!!!!!

Have a nice day! :)

Monday, January 24, 2011

Start berniaga kt lot baru...

Dah dpt niaga balik..... Kawasan baru.....  jauh terceruk, org tak perasan lagi. Sewa dah naik pulak tu. Macamana ni? Jualan tak memberangsangkan langsung. Pening kepala... My hb merungut je kerjanya. Apa-apapun tunggu ajelah minggu depan... Kami dah lama niaga kat masjid, orang pun ramai dah tahu apa yang kami jual. Bila pelanggan lama ramai dah tahu nanti... rasanya akan oklah jualan kami nanti. Yang penting bersabar dan percaya yakin dengan rezeki yang diberi Allah.Nak merungut-rungut pun bukannya dapat buat apa. Insya'allah!! 
Sebenarnya aku seronok dengan tempat baru tu.... Maklum, tempat sendiri... tak kongsi. Senang nak buat apapun dan tak sendat dengan barang. Tapi tulah, kalau dilepaskan sayangnya!!! Mintak2 dptlah dikekalkan gerai ni walau dah niaga di tempat lain.. Niaga kat masjid ni bagus... amal ibadat terjaga... tu yang best tu...

Have a nice day! :)

Sunday, January 16, 2011

Perancangan Terbantut....

Awal bulan Januari ni banyak perancangan terbantut akibat masalah kewangan luar jangka... ialah ingatkan perniagaan di gerai masjid berjalan seperti biasa. Akibat kesalah fahaman dan macam2 perkara, perniagaan dihentikan. Sekarang ni dalam proses nak mendapatkannya balik. Bukannya kerja senang tu. Kena meyakinkan orang.... Memanglah ada tempat satu lagi.... tapi berkongsi. Biasalah adat berkongsi ni...kena jaga hati dan perasaan satu sama lain. Itu yang agak leceh sebab barang2 niaga tu sama banyak. Macam mana nak disumbat dalam satu gerai. Harap2 semuanya berjalan dengan lancar dan di uruskan dengan baik. Tunggu berita baik esok... berdebar-debar ni!

Have a nice day! :)

Monday, January 10, 2011

Menu Tengahari Ini

Menu tengahari ini .....
1. Sambal Sardin dgn kentang.
2. Sawi goreng dgn Cendawan.
3. Ikan Masin Goreng.

Simple tapi sedap!!! Sebenarnya dah tak tau nak masak apa lagi. Hari-hari menu yang sama je.


Have a nice day! :)

Friday, January 7, 2011

MADU TUALANG TIGA

KHAZANAH HUTAN NUSANTARA, PENAWAR PENYAKIT ZAHIR & BATIN
Mengandungi Royal Jelly, Bee Pollen & Propolis


Annurbeauty ada menjual Madu Lebah Tualang Asli iaitu Madu Tualang Tiga yang didatangkan dari Kedah. Madu Lebah Tualang Asli rasanya masam-masam manis dan cair. Ia amat berkesan mengeluarkan asid dan toksik (racun dari tubuh manusia).


Madu Tualang  Tiga yang kami jual  telah di formulasi dengan berbagai kegunaan :


1. 100% Madu Lebah Tualang Asli  - 400gm (semasa dibotolkan) RM 41.00
 - 200gm (semasa dibotolkan) RM 22.00


2. Madu Habbatussauda  -  400gm (semasa dibotolkan) RM 50.00
- 200gm (semasa dibotolkan) RM 27.00

3. Madu Manja Fatimah  - 400gm (semasa dibotolkan) RM 57.00
- 200gm (semasa dibotolkan) RM 31.00

4. Madu IQ - 400gm (semasa dibotolkan) RM 57.00

5. Madu Resdung - 400gm (semasa dibotolkan) RM 57.00
 - 200gm (semasa dibotolkan) RM 31.00

6. Madu Tualang + Tongkat Ali + Ginseng - 400gm (semasa dibotolkan) RM 57.0
 - 200gm (semasa dibotolkan) RM 27.00


7. Madu Barah - 200gm (semasa dibotolkan) RM 45.00


Sebarang pertanyaan & pembelian sila hubungi : NOOR di 0172387594 

                                              

Have a nice day! :)

Wednesday, January 5, 2011

URUS ANAK SEKOLAH...

Sibuknya urus persekolahan anak2. Itupun x selesai lagi. Macam2 kemahuan dan permintaan..... Yuran sekolah, buku tulis dan macam2 lagi ..... Duit keluar macam air je. Dah lebih seribu ni untuk 4 orang anak. Dua di sekolah rendah dan dua lagi di sekolah menengah. Dah penat ibubapa bersusah payah... harap anak2 berjaya dalam pelajaran. Banggakan keluarga, gembirakan ibubapa.
Have a nice day! :)

Saturday, January 1, 2011

HAPPY NEW YEAR!!!

Happy New Year.... Selamat Tahun Baru!!!! Tapi xde yang baru cuma tahun je yang baru.... masalah lama tak selesai2 jugak.... masalah yang sedia ada bertimpa-timpa. Lebih2 lagi sekarang ni barang2 dah naik harga. Memang poneng kepalo den di bueknyo.... Lusa anak2 dah start nak sekolah. Tambah pening kepala ni.. Sabarlah duhai hatiku.....Cubaan dan dugaan ni akan ku hadapi dengan tabah.
Have a nice day! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...