Breaking

Tuesday, March 29, 2011

Kuih apam pink aku....

Inilah kuih apam yang aku buat petang tadi.... Kuih apam ni sedap sangat dan  mudah sungguh membuatnya. Aku ambil resepi ini dari MyResepi.com. Selalunya kuih apam macam ni guna tapai... so lepas buat tapai kena tunggu 2-3 hari baru boleh buat kuih.Tp kuih ni bila tergerak hati je terus boleh buat... janji ada nasi sejuk... selalunya nasi memang ada je. Fuh! sekejap je dah licin dikerjakan anak2....

Inilah resepinya.

3 cawan tepung beras
1cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 paket mauripan @ ibu roti
2 cawan nasi
3 cawan air

Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan kedalam mangkuk besar kecuali nasi dan air.
  2. Gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu.
  3. Kisar nasi dengan air sehingga betul2 hancur.
  4. Campurkan nasi yg telah dikisar dengan bahan yang telah digaul tadi dan sebatikan adunan.
  5. Biarkan adunan mesra selama 1 jam. Adunan akan mengembang selepas itu.
  6. Selepas 1 jam, isikan adunan ke dalam acuan dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15 minit.
  • Nota : Sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum memasukkan adunan agar kuih mudah ditanggalkan dari acuan nanti.
*******************
my priority.....!
klik SINI
*******************

1 comment:

IFA Athirah said...

waaah!sdapnye kek apam ni1!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...