Breaking

Saturday, April 30, 2011

Saturday, April 30, 2011

Cara mudah masak sayur yang sedap untuk orang berdiet

Sering kita di ingatkan agar makan makanan seimbang. Makanan seimbang mempunyai kesemua zat atau khasiat yang diperlukan mengikut piramid makanan dengan kuantiti yang mencukupi. makanan seperti sayur dan buah-buahan sememangnya digalakkan diambil dalam kuantiti yang banyak dan boleh membuat rasa kenyang yang lebih lama.

Kali ini aku nk kongsi cara masak yang mudah je untuk orang yang berdiet macam aku...... Masakan ni kira macam sup atau tumis air jelah.

Bahan2 :

  • Beberapa jenis sayur -x kisahlah sayur apa.....campurkanlah, macam carot, sawi, kobis, bunga kobis, brokoli, bayam, tomato dan apa2 ajelah.
  • Sedikit minyak masak atau minyak zaitun(lebih bagus)
  • Seulas bawang putih dan  sebiji bawang merah
  • sedikit halia
  • 1 camca teh serbuk lada hitam
  • sedikit serbuk pati ayam(jika suka)
  • gula dan garam secukup rasa
  • air secukupnya
Cara2 : Tumis bawang putih, bawang merah dan halia. Masukkan serbuk lada hitan dan serbuk pati ayam. Masukkan air (ikut suka banyak mana yang dikehendaki). Biarkan mendidih. Masukkan sayur yang keras dulu. Bila sayur yng keras tu hampir lembut baru masukkan sayur berdaun.... tomato boleh masuk last sekali.
Dah masak boleh makan macam tu je atau campur sekali dengan 2-3 sudu nasi atau 2 -3 sudu oat atau 2-3 keping biskut tawar. Sedap tu.....! dan kenyang. Gerenti diet korang x terbabas selalu.

p/s : Masa masak sayur tu korang boleh tambah tauhu, ikan, ayam , atau daging  tanpa lemak kt dalam tu... mesti lagi sedap. Yang penting kurangkan karbohidrat..... protein tak pe!

Friday, April 29, 2011

Friday, April 29, 2011

Sup Ketam

Hari ni wat entry pasal sup ketam.... yg dimasak smlm.... sedap! Tp my hubby bengang n bising. Dia suruh masak lomak cili api.....masakan kegemaran dia! Kita nk jaga badan, x maulah asyik berlomak je hari2...At last buat pekak telinga je.

Bahan2 :

3 ekor ketam - buang cengkerang dan dipotong dua.
3 ulas bawang putih - di hiris
4 biji bawang merah - di hiris
1nci halia - di hiris memanjang
2 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
2 biji kentang - potong kiub
2 btg seleri - potong menyerong
1 biji tomato - potong baji
1 keping tauhu
1 sup bunjut
1 camca teh  lada hitam
1 btg serai
3 biji cili api - di ketuk(jika suka)
1camca teh serbuk pati ayam (jika suka)

Cara2:
  • Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. kemudia masukkan halia, bawang putih bawang merah, serai sup bunjut, cili api dan lada hitam ke dalam periuk. 
  • Masukkan kentang, seleri, tomato, tauhu dikuti garam, serbuk pati ayam dan gula secukup rasa.
  • Selepas itu masukkan ketam yang siap dipotong. Biarkan selama 15 minit.
  • Masukkan daun bawang dan daun sup sebelum di hidangkan.

Ada yang mengatakan sup ketam ni boleh ubatkan orang demam denggi.... !!! apapun memang sedap sup ni.

SELAMAT MENCUBA...

Thursday, April 28, 2011

Thursday, April 28, 2011

Air Teh Bunga Kekwa

Aku mula minat ngan teh ni bila aku kerja dengan sebuah syarikat yg kebanyakan staffnya chinese. Dari situlah aku kenal dgn teh china dan teh bunga kekwa ni. Cantik bunga2 kekwa ni berkembangan dalam teko. Aku pun cubalah rasa... sodap jugak. Tau pulak teh ni banyak khasiatnya. Akupun jatuh cinta ngan teh ni. Selalu gak aku buat di rumah. Senang je nak buat... ambil teh tu, rebus. Nak minum tapis airnya. Aku suka minum tanpa gula. Untuk jaga kesihatan le katakan....

Inilah infonya.... copyrigh dari majalah lama....

Cuaca panas dan sejuk sekarang tidak menentu di Malaysia  menjadikan minuman seperti air teh kekwa menjadi pilihan bagi menyejukkan badan yang panas. Kekwa atau dikenali dengan nama chrysanthemum adalah sejenis bunga. Namun begitu bukan semua spesies bunga kekwa boleh dijadikan sebagai air teh. Paling penting jangan gunakan bunga kekwa hiasan di pasaran sebagai ubat herba kerana kebanyakannya telah disemburkan dengan pelbagai jenis kimia. Kekwa adalah sebahagian daripada keluarga Asteraceaae. Terdapat hampir 150 species keluarga crysanthemun di dunia tetapi hanya dua species yang lazim digunakan untuk tujuan perubatan iaitu Crysanthemum indicum dan Crysanthemum morifolium.

Pokok kekwa banyak ditanam di China dan Jepun sebagai hiasan dan untuk memperoleh cakera bunga yang digunakan sebagai sayur, minuman teh dan ubat. Di Jepun, disebabkan maharajanya amat menyukai bunga ini, maka baginda telah mengadaptasikan bunga kekwa pada cap mohornya. Disesetengah negara Eropah dan Asia, bunga kekwa melambangkan kematian dan digunakan untuk perkuburan. Di Amerika Syarikat, bunga kekwa dianggap sebagai bunga yang positif dan menggembirakan. Malah di negara itu juga, bunga kekwa adalah bunga bulan November dan bunga kebangsaan bagi negeri Chicago.

Memang banyak khasiat ubatan bunga kekwa atau di kenali juga dengan nama Ju Hua oleh masyarakat Cina ini. Bunga kekwa mengandungi bahan anti keradangan, antibiotik dan anti demam. Ia juga mengandungi alkaloid, minyak meruap, seskuiterpen, flavonoid, adenin, colin, stakidrin, krisasternin dan vitamin B1. Bahagian yang digunakan untuk tujuan ubatan adalah bunganya. Perubataqan Cina menganggap bahawa bunga kekwa adalah herba yang menyejukkan. Bagi mereka yang ada masalah panas badan, sakit telinga dan sakit tekak disyorkan untuk meminum air teh bunga kekwa ungtuk melegakan masalah tersebut.

Selain diminum, bunga kekwa yang telah direbus juga dikatakan berguna untuk tujuan ubatan lain. Air rebusan  ini boleh digunakan sebagai losyen mencuci kulit ataupun disapu pada kulit untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti bisul dan bengkak di leher akibat penyakit tibi. Bunga kekwa yang telah ditumbuk hingga halus pula dikatakan boleh ditampal pada luka. Manakala cecair yang diperoleh daripada bunga kekwa yang telah di perah pula boleh  dititis pada luka  dan masalah jangkitan kulit. Wap daripada bunga kekwa yang telah dimasukkan ke dalam air mendidih dikatakan boleh digunakan untuk merawat mata yang sakit dan kabur. Caranya adalah menghalakan wap tersebut pada mata yang bermasalah. Bagi anda yang setiap hari bekerja menggunakan komputer, boleh meminum air teh bunga kekwa yang direbus sendiri bagi mengurangkan keletihan mata. Air teh bunga kekwa dikatakan mampu membantu meredakan kesan sampingan radiasi tahap rendah yang diperoleh daripada skrin komputer.

Bunga yang telah direbus dan dikeringkan boleh direbus atau dicampurkan air mendidih. Ramuan ini boleh diminum untuk merawat hati yang lemah, membaiki daya penglihatan, merangsanng pengedaran dan membaiki kualiti darah, masalah penghadaman, sistem saraf, haid, buta malam, menghalang rambut beruban, ubat bronkitis, reumatisme, sakit kepala, selesema, pening kepala, telinga berdesing, tekanan darah tinggi dan sebagai tonik. 

Untuk tujuan perubatan tradisional atau herba, pakar perubatan Cina mengesyorkan meminum air teh bunga kekwa sebanyak tiga kali sehari. Dos yang disyorkan pula  adalah sebanyak 200 mililiter setiap kali diminum.Walaupun terdapat pelbagai khasiat bunga kekwa, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan untuk mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

Teh bunga kekwa ni boleh didapati di kedai ubat Cina...... harganya pun tak mahal. Sepeket cuma RM 5.00 je. Boleh guna  2 kali... separuh2. Rebus je dalam periuk. Air sebanyak 3 liter(buat makan tengahari n malam). Nak minum, tapis dan isi dalam jag. Nak minum ni tak payah taruh gula. Anak2 kena taruh gula sendiri. Kadang2 diorang siap tambah ais dan perah limau nipis lagi. Sedap!!!!

Wednesday, April 27, 2011

Wednesday, April 27, 2011

Telur....... pelbagai khasiat.



Telur amat mudah di dapati.... (walau ada macam2 cerita pasal telur tiruan ). Mudah disediakan pulak tu. Nk bagi info tentang telur sikit.
Selain mudah didapati. harganya juga murah dan penyediaan hidangan daripada sumber ini juga boleh dipelbagaikan. Ikuti beberapas manfaat yang diprolehi daripada telur.
  • Protein - Kandungan protein dalam telur adalah semulajadi, oleh itu protein yang terdapat di dalamnya adalah protein yang bermutu tinggi, yang dapat menyediakan asid amino yang diperlukan oleh tubuh.
  • Tenaga - Menurut beberapa kajian, makan telur ketika bersarapan dapat memberikan sumber tenaga yang cukup untuk keseluruhan anggota keluarga bagi melakukan aktiviti harian.
  • Harga Berpatutan - Dengan harga yang murah berbanding makanan  berprotein yang lain, anda boleh mendapatkan stok telur yang banyak untuk jangka masa yang agak lama.
  • Tidak Bahaya Pada Jantung - Di dalam sebuah kajian yang di lakukan selama 30 tahun mendapati bahawa memakan telur tidak membahayakan orang dewasa mahupun golongan warga emas kerana ia tidak mempunyai kesan signfikan terhadap jantung 
  • Kepelbagaian Hidangan - Cara penyediaan yang mudah, ringkas dan pelbagai menjadikan telur satu hidangan pilihan kebanyakan orang. Contohnya, telur boleh dimakan mentah, separuh masak atau dimasak sepenuhnya. Cara penyediaannya juga banyak dan anda boleh merebus, menggoreng, dicampurkan didalam mi, bihun, dibuat sambal, dimasak bersama roti dan sebagainya.
  • Baik Untuk Bayi - Telur kaya dengan kolin, iaitu nutris yang diperlukan bagi tumbesaran bayi dan janin. Kolin ini juga membantu merendahkan risiko bayi cacat, dan ia membantu perkembangan otak bayi menjadi lebih baik lagi.
  • Kaya Nutrisi - Sebiji telur mengandungi 13 vitamin dan mineral serta rendah kalori iaitu lebih kurang 70 kalori sahaja. Telur juga mempunyai karbohidrat, protein dan 8 jenis asid amino sehingga ia menjadi amat baik untuk tubuh terutama bagi anak-anak yang sedang membesar.
Kita makan telur selalu...... sebab mudah dan  murah! Jangan tak tau...... bila  poket kempis apalagi lauk yang murah nk dimasak/ makan. Sedap gak!

Tuesday, April 26, 2011

Tuesday, April 26, 2011

Langit Tidak Selalu Cerah.......


Kadang2 apabila mendapat sesuatu , kita menyangka ia bakal menjadi kepunyaan kita buat selamanya. Kadang2 kita berfikiran tiada apa yang mampu menukar perancangan kita kerana di pihak kita ia sudah kita rancangkan dengan teliti. Malangnya kita lupa bahawa hidup ini seperti roda yang sentiasa berputar tanpa mengira waktu rehatnya. Putarannya sentiasa berlaku biarpun kita cuba memberhentikannya. Apabila langit yang cerah tiba2 dilanda hujan makan kita menjadi resah dan muram kerana keinginan kita menjadi luruh.

Kita mungkin melihat kesalahan itu pada awan yang membawa yang membawa hujan tanpa menyedari ianya berlaku kerana itulah sifat alam.begitu juga dengan kehidupan, apabila sesuatu perkara terbantut di tengah jalan, kita jarang sekali melihat kesalahan itu pada diri sendiri krana mata fizikal hanya mampu memandang keluar tanpa cuba melihat ke dalam diri. Hakikatnya kita  juga adalah penymbang utama penghalang kepada cita-cita dan impian kita. Mungkin itulah pengajaran yang selalu kita alpakan. Antara kelemahan yang sering kita remehkan walhal ianya cukup  kuat memberi impak dalam kehidupan kita secara keseluruhannya  adalah mudah kasihan. Baik hati itu satu sikap yang bagus tetapi murah hati itu amat membinasakan. Baik hati bakal membuatkan seseorang itu dihormati kerana sikap prihatinnya itu namun sebaliknya murah hati membuatkan seseorang itu mudah ditindas atau diperlekehkan.

Begitu juga dengan sikap tidak mahu berterus terang. Kita takut melukakan hati orang lain jika kita berkata tidak. kita memendam rasa marah dan sebagainya demi menjaga hati orang lain. Akibat kelemahan diri sendiri, kita akhirnya berada dalam keadaan tertekan dam bermulalah pelbagai masalah dalam hidup.Justeru, kita perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi hari cerah kerana langi tidak selalu cerah. Kita perlu menjadi orang yang berani menghadapi pelbagai cabaran. Masalah dan cabaran akan mematangkan diri kita dan akal kita untuk menempuh rintangan dan pancaroba kehidupan.

Inilah rencah kehidupan. Hadapinya dengan tabah...

Monday, April 25, 2011

Monday, April 25, 2011

Tips Mencuci Sayuran

Suka makan sayur..... baca info ni!!

Makan sayur-sayuran dapat membantu memelihara kesihatan tubuh badan anda namun jangan kerana kealpaan ketika membersihkan sayur-sayuran, anda dibebani  penyakit2 lain. Sayuran perlu dicuci dan dibersihkan dengan betul. Ini kerana, kebanyakan sayur-sayuran mengandungi pelbagai bahan kimia dan racun serangga untuk mengelakkan sayur-sayuran daripada dimakan ulat dan serangan penyakit. Jadi, biasakan diri untuk mencuci sayur-sayuran terlebih dahulu sebelum dimasak untuk menyingkirkan bahan kimia yang terdapat pada sayuran anda. Ikuti tip-tip  mudah mencuci sayuran.
  • Cuci sayuran sebelum dipotong agar zat-zat penting didalam sayuran tersebut tidak hilang dan larut bersama air.
  • Gunakan air bersih yang mengalir untuk membersihkan daun dari bahan kimia berbahaya dan bersihkan tanah yang masih melekat padan sayuran anda.
  • Ketahui usia sayuran untuk meminimumkan kandungan zat kimia yang melekat pada batang atau daunnya. Racun serangga yang digunakan pada ketika merawat sayur-sayuran membuatnya lebih kebal terhadap hama dan jangkitan penyakit tetapi memerlukan waktu yang lebih lama untuk hilang ketika mencucinya.
  • Sayur-sayuran organik mudah dibersihkan kerana tidak mengandungi bahan kimia, namun ia agak mahal. Walau apa juga jenis sayuran yang anda ambil, sebaik-baiknya cuci sayuran terlebih dahulu sebelum memasaknya. 
Aku kalau cuci sayur memang lama.... 5 kali cuci baru rasa betul2 bersih.... sebab inilah, juga sebab takut ada pasir melekat kt sayur tu. Kak ipar aku siap cuci dengan garam halus lg... katanya nk neutralkan toksin (racun serangga). Boleh juga kan! Apapun mesti cuci sampai bersih.....barulah bila makan tu rasanya sodap je!


Sunday, April 24, 2011

Sunday, April 24, 2011

AMBILLAH SEDIKT DARI WAKTUMU.....

Nk bermadahlah pulak.....

  • Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah  sumber kekuatan.
  • Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
  • Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
  • Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
  • Ambillah waktu mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
  • Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
  • Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
  • Ambillah waktu untuk memberi, itu akan membuat hidup terasa bererti.
  • Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
  • Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
Hayatilah!!!! Fikirkanlah dirimu..... luangkan masa untuk diri sendiri. Amin!!!

Saturday, April 23, 2011

Saturday, April 23, 2011

Air Tembikai laici

Fuh!!! sedapppp..... bila ada je pasar malam, anak aku mesti beli air tembikai laici. dh jadi favourite diaorang tu... So satu ari tu aku buatlah sendiri... sekejap je dh diselesakan oleh anak2 ....

Disini aku turunkan resepinya...

Bahan2

1 jag air masak
1 biji besar buah tembikai
1 tin buah laici
gula secukup  rasa.

Cara2 :
Kisar isi tembikai bersama air dan gula. Kemudian, bancuh dengan air laici dan masukkan isi laici sebagai hiasan. Tambahkan ketulan ais jika suka....

Cuba, jangan x cuba... dijamin sedap!!!!

Friday, April 22, 2011

Friday, April 22, 2011

Pegaga yang berkhasiat/Jus pegaga dan epal


 Info.... ulam dan sayur yang sangat disukai...... selalunya buat ulam dan buat masak lemak cili api. Aku suka jugak buat jus pegaga campur epal .... sedap!!

Pokok Pegaga adalah sejenis pokok ulam yang terdapat Malaysia serta di negara-negara ASEAN. Nama botaninya Centella asiatica. Dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai pennywort.

Ada beberapa  jenis pegaga seperti:

  1. Pegaga Kampung - banyak tumbuh liar di kawasan kampung
  2. Pegaga air - selalunya ditanam sebagai hiasan 
  3. Pegaga salad -  biasa dijual di pasar2
Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.

Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.

Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.

Antara khasiat lain pegaga adalah:
  • penawar alahan
  • anti kanser
  • melawaskan air kencing
  • penawar batu karang
  • penawar kencing berdarah
  • penawar ulser
  • merangsang peredaran darah
  • merawat cirit birit
  • menurunkan tekanan darah
Jus Pegaga dan Epal

Bahan2:

Segenggam pegaga
sebiji epal hijau
secawan air
sesudu gula & madu  jika suka

Cara :
Pegaga dibersihkan. Epal dipotong2. Campurkan 2 bahan dan air bersama gula/madu dan masukkan dalam blender. Blend sampai hancur. Tapiskan.... dan boleh diminum.  

p/s :  untuk kesihatan diri.... JANGAN X CUBA, SEDAP NI!!

Thursday, April 21, 2011

Thursday, April 21, 2011

Tips menggoreng agar minyak tidak terpercik

Kali ni nk kongsi tips dan petua tentang cara2 menggoreng  agar minyak tidak terpercik keluar dari kuali. Selain takut terpercik ke muka, ia juga amat mengotori dapur. Remaja skrg kalau  ke dapur..... nk menggoreng ikan takutnya x terkira... sampai perisai muka dengan tutup periuk konon2nya....

Ini cara yg amat senang dan mudah...selain untuk menggoreng ikan... apa2 ikan jelah boleh ikut cara ni especially ikan keli (sebab ikan keli lah yg palimg dasyat sekali percikannya) boleh juga digunakan untuk menggoreng hati ayam, ayam, dan udang. 
  1. Siang ikan/ayam dan bersihkan ikan/ayam  dulu....
  2. Seperti biasa lumurkan dengan garam dan kunyit
  3. Masukkan bersama sesudu tepung jagung (anggaran 5 ekor ikan - kalau lebih boleh tambah kuanttiti tepung)
  4. Lumurkan rata2 pada ikan/ayam
  5. Siap..... bolehlah digoreng.
Anda akan dapati  minyak x memercik lagi keluar dari kuali..... SELAMAT MENCUBA!!

p/s : Kalau nk masukkan bahan2 tu, letak dulu atas sudip dulu lepas tu  sodorkan dalam kuali perlahan2... Jangan main campak je..... bahaya tu!!

Wednesday, April 20, 2011

Wednesday, April 20, 2011

Waktu Makan Pengaruhi Berat Badan

Info lagi....

Seringkali untuk menurunkan berat badan, dua perkara utama yang disarankan adalah kurangkan makan dan tambahkan aktiviti fizikal. didalam rutin harian anda. Kini, selain dua perkara utama yang menjadi panduan ramai yang berdiet, terdapat satu lagi petua tambahan untuk membantu proses penurunan berat badan menjadi lebih berjaya. Petuanya adalah makan pada waktu yang betul dan tepat.

Di dalam sebuah kajian di Northwestern University. para pengkaji menemui bahawa makan pada waktu yang tidak teratur contohnya pada waktu tengah malam, ketika tubuh keletihan dan mahu berehat,  boleh mempengaruhi penambahan berat badan anda. Penemuan ini berdasarkan pada kajian yang mendapati pengaturan tenaga oleh 'ritme carcadian' tubuh turut memainkan peranan dalam hal ini. Kajian ini merupakan kajian pertama yang membuktikan kebenaran hubungan di antara waktu makan mempengaruhi penambahan berat badan. para pengkaji turut berkata, mengubah waktu makan saja sangat mempengaruhi berat badan.

Berikut di berikan beberapa penemuan teliti daripada para pengkaji mengenai hubungan di antara makan pada waktu tengah malam dan penambahan berat badan.
  • Ukuran  - Menunda waktu makan boleh menjadi penyebab pengambilan kuantiti makanan yang lebih banyak.
  • Kualiti makanan - Setelah seharian bekerja atau belajar, makan makanan segera (beberapa potong pizza atau burger) jauh lebih menggoda berbanding makan sayur kukus atau ikan rebus.
  • Mengunyah makanan tanpa dikawal - Menghabiskan waktu malam dengsn bekerja, belajar, membeli-belah atau menonton televisyen mendorong anda memilih makanan yang lebih mudah disediakan, bergula dan tinggi kalori (terutama makanan segera).
  • Masalah kesihatan - Membiarkan perut kosong dalam jangka waktu yang lama dan diikuti dengan makan dengan boleh menganggu interaksi di antara kadar gula darah dan insulin. Gangguan ini boleh membuatkan anda berisiko lebih tinggi untuk mendapat serangan diabetes tahap 2.
Waktu Terbaik  Untuk Makan

Beberapa  pakar menyarankan bahawa waktu paling baik untuk makan adalah ketika anda berasa lapar. Rasa lapar ini merupakan satu signal bahawa tubuh memerlukan tenaga. Misalnya, beberapaorang sering berasa lapar dan bertindak makan makanan yang tinggi tenaga.  Tetapi, waktu terbaik untuk makan adalah ketika tubuh berada dalam keadaan paling aktif. Pada waktu ini metabolisme masih tinggi dan tubuh memerlukan tenaga ekstra. Contoh terbaik adalah di waktu pagi. Sebab itulah sarapan amat penting untuk setiap individu untuk memulakan hari mereka. Ketika tidur tubuh tidak mempunyai  stok nutrisi yang mencukupi.  Jadi, sel-sel di dalam posisi bersedia untuk menggunakan pengambilan tenaga dari makanan. 

Selain itu, di waktu pagi tubuh memerlukan nutrisi penting khususnya protein. Ini kerana tubuh telah menggunakan protein  dalam darah untuk membantu pemulihan otot-otot seperti rambut, kulit dan kuku. Bukan itu saja, tubuh juga menggunakan protein untuk mencipta jutaan antibodi sebagai pertahanan melawan bakteria yang memasuki tubuh sewaktu kita tidur.  Ertinya tubuh memerlukan tenaga tambahan untuk menggantikan protein yang hilang sewaktu tidur.

Anda boleh mengurangkan pengambilan kalori ketika hari semakin lewat. Cara terbaik adalah dengan membahagi-bahagikan kalori harian anda kepada lima waktu makan setiap hari. Mulakan dengan sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Petuanya, anda susun waktu makan ini selang tiga jam. Cuba hindarkan makan dalam kuantiti yang banyak setelah hampir pukul 9 malam. 

Waktu lain  yang terbaik untuk makan adalah setelah selesai berolahraga. Cuba makan dalam kuantiti yang lebih sedikit, iaitu lebih kurang 30 hingga 45 minit setelah mengikuti latihan beban. Ini kerana pada waktu ini enzim2 yang bertanggungjawab untuk menghasilkan tenaga berada di dalam keadaan paling aktif dan kemungkinan tenaga yang masuk dalam bentuk lemak adalah lebih kecil. Zat yang masuk seperti karbohidrat akan digunakan untuk memperbaharui glikogen yang rendah akibat berolahraga manakala protein digunakan untuk membantu pemulihan dan pertumbuhan jaringan otot baru dan sebahagian lemak dari makanan akan digunakan sebagai bahan bakar untuk proses2  ini. Ini bermaksud, selepas berolahraga sebahagian besar makanan digunakan untuk proses pemulihan tubuh badan. 


Jaga makan.... jaga kesihatan... terus berdiet untuk menghindari penyakit..... bye!

Tuesday, April 19, 2011

Tuesday, April 19, 2011

MY LV........Sesuai !!


Semenjak skrg ni aku dh jadi pengumpul bag LV kiranya..... kerana semua bag2 aku tu brand LV. Tp bukanlah yg original.... org macam aku ni manalah mampu nk beli (harga ribu2 tu)..... hidup pun kais pagi2 ada makan.... kais ptg2 silap2 miss soru....

Xpelah..... janji ada tulisan LV.... aku x kisah....... Org macam aku ni kalau beli handbag harga ribu2 pun xkan org percaya. Mesti dia ingat brand pasar malam je. Xpelah, asal boleh isi barang usung sana sini sudah.

Tote bag tu untuk isi telekung, buku, calculator dn brg2 kecil bila gi berniaga. Handbag bila gi rumah org kahwin dan hari raya je. Senang nk letak brg2 macam makeup, purse, handphone n bila anak2 nk tumpang  isi brg. Sling bag untuk digunaka bila gi shopping . Ada tali panjang senang nk sandang dan untuk jaga keselamatan jugak..takut kena ragut. Satu lagi sebab kalau bawa handbag besar takut xleh bawak masuk supermarket (ada supermarket siap ukur saiz handbag- yang sesuai je boleh bawa masuk). Purse tu macam biasalah isi duit, mykad, ATM kad n kredit kad.... oops! itupun kalau ada. 

p/s : Gambar bag2 tu aku ambil kt cik google je..... bukannya xnak tunjuk himpunan bag2 LV aku tu. Tp xde kamera..... nk guna kamera web...susah nk tertongeng2kan my laptop ni. Jadi ambil jalan senang ajelah. Bentuknya adalah lebih kurang .


Monday, April 18, 2011

Monday, April 18, 2011

Tips Memilih Sarapan Yang Sihat

Selamat pagi semua..... nk kongsi dgn anda semua  tentang sarapan yang sihat!!!

Sudahkah anda bersarapan? Apakah sarapan anda pada hari ini? Adakah anda masih berasa lapar setelah dua atau tiga jam sesudah sarapan? Adakah anda berasa mengantuk setelah bersarapan? Pernah cuba pelbagai program diet, tetapi masih gagal kerana anda mempunyai masalah dengan pola pemakanandan mem punyai kadar metabolisme tubuh yang rendah?


Begitu banyak persoalan yang diajukan saat bercerita mengenai sarapan dan diet. Jika kebanyakan jawapan  di atas adalah ya, cuma satu yang perlu anda lakukan iaitu pastikan sebenarnya anda mengambil sarapan yang sihat setiap hari. Berikut dipaparkan beberapa tip sebagai panduan untuk anda mengamalkan sarapan yang sihat setiap hari.

Apa yang perlu anda tahu

Sarapan perlu untuk memulakan hari anda setiap hari. Ia merupakan bahan bakar yang digunakan oleh tubuh untuk melakukan aktiviti2 seharian. Tetapi, jika kita memasukkan bahan makanan seperti 'sampah' yang tidak diperlukan oleh tubuh badan, ia boleh merosakkan organ tubuh yang lain. Organ yang paling banyak terjejas akibat tidak mengambil berat mengenai sarapan adalah pankreas kerana organ ini berfungsi untuk menghasilkan jus gastrik dan insulin. Apabila kita bangu pagi, tubuh kita memerlukan 114 jenis nutrisi untuk masuk ke dalam tubuh. jadi, srapan yang sihat dan kaya nutrisi penting untuk bahan bakar otak. Juga, ia merupakan rahsia hidup sihat. Terdapat dua jenis sarapan yang berbahaya dan kesannya terhadap kesihatan iaitu terlalu banyak karbohidrat dan tidak bersarapan.

Terlalu banyak karbohidrat

Contohnya, bersarapan dengan nasi, mi dan tauhu. Ketiga-tiga jenis makanan ini merupakan sumber makanan kaya karbohidrat. Jika anda banyak makan makanan yng terdiri daripada sumber karbohidrat seperti karbohidrat sederhana (bijirin, roti putih, roti panggang dan nasi)ia akan menyebabkan kenaikan kadar gula dalam darah yang mendadak, yang mengakibatkan tubuh akan melepaskan insulin dalaam kuantiti yang cukup banyak. Kesannya, kadar gula dalam darah menurun dan keinginan untuk makan lebih karbohidrat meningkat. Pusingan kelaparan sebegini akan berulang sehingga dua atau tig kali sehari dan biasanya akan berlaku antara jam 9.00 - 10.00 pagi, 4.00 - 5.00 ptg. pusingan turun naik kadar gula dalam darah ini akan membebankan tugas pankreas sehingga lama  kelamaan akan melemahkan organ ini. inilah salah satu penyebab atau punca ramai yang menghidap diabetes, tekanan darah tinggi dan kenaikan berat badan.

Tidak bersarapan

ketika anda tidak bersarapan, gula dalam darah turun di bawah kadar normal. Sebab itu, anda akan bersa kelaparan dan tenaga semakin rendah. Akibatnya, anda akan kembali mengambil karbohidrat sederhana untuk mendapatkan peningkatan kadar gula darah dengan cepat untuk mengatasi rasa lapar dan penurunan tenaga yang anda alami. Krbohidrat sederhana ini akan menyebabkan kenaikan kadar gula dalam darah secara mendadak  yang menyebabkan badan melepaskan jumlah insulin yang cukup besar. Insulin akan mengambil kelebihan gula dalam darah dan mengubahnya menjadi lemak dan seterusnya menyebabkan penurunan kadar gula darah dan keinginan untuk makan lebih banyak meningkat.

Pusingan ini akan berulang sepanjang hari sehingga badan mengeletar. Anda juga boleh mengalami tekanan darah rendah dan kurang gula jika tidak bersarapan. Pusingan lapar yang berulang-ulang akan membuat jadual makan dan metabolisme anda bercelaru. Lama kelamaan, anda mungkin diserang penyakit kardiovaskular dan kegemukan akibat sindrom metabolik.

Konsep sarapan yang mengenyangkan

Sarapan yang mengenyangkan dan menyihatkan seharusnya mengandungi kombinasi nutrisi seperti protein, vitamin, mineral, karbohidrat(rendah), lemak(rendah), dan air. Sarapan sepeti ini akan memberi tubuh nutrisi penting dan tenaga tanpa meningkatkan kadar gula darah dan kadar insulin. Ia juga akan mengelakkan diri dari ketergantungan terhadap karbohidrat setiap hari. cara ini, nafsu makan dapat dikawal dengan baik. keinginan makan makanan karbohidrat juga akan berkurangan. Hasilnya, tubuh akan menggunakan lemak berlebihan yang tersimpan di dalam tubuh untuk mendapatkan tenaga atau sebagai sumber tenaga.

Kriteria sarapan yang baik

  • Memenuhi nutrisi penting yang diperlukan tubuh sepanjang hari. 
  • Memberikan tubuh tenaga yang baik sepanjang hari.
  • memberikan tubuh air yang cukup.
  • Membantu menjaga kadar gula dalam darah pada kitaran normal sepanjang hari.
  • memberikan nutrisi optimum kepada otak.
  • Memberikan mood yang baik untuk konsentrasi kerja.
  • Membantu memberikan kadar kesegaran organ tubuh sepanjang hari.
Dah siap.....!!  copyright dari majalah lama (Mingguan Wanita). Aku memang suka baca info yang sebegini. Bagus untuk di adaptasi dalam hidup kita sehari2. Untuk jaga kesihatan......

Wednesday, April 13, 2011

Wednesday, April 13, 2011

Bina Minda Anda Untuk Berjaya

Motivasi untuk diriku..... 

Usah bersedih jika anda tidak menyerlah hebat hari ini. Laluan sentiasa terbuka untuk sesiapa saja sampai ke puncak. Inilah matlamat motivasi, iaitu untuk memberikan anda idea serta semangat menggapai kejayaan meskipun anda tidak begitu bagus. Semua laluan seolah-olah telah tertutup buat anda. Serajin manapun anda, anda tidak nampak bagaimana puncak kejayaan itu dapat didaki.

Laluan kedua untuk ke puncak adalah laluan yaang pernah dilalui oleh ramai orang seperti anda. Iinilah mekanisme yang akan membawa anda ke puncak gunung sedangkan anda tiada kaki untuk mendaki. Nampaknya macam mustahil tetapi apakah anda sanggup berubah? Jika ya, anda sentiasa ada harapan untuk ke sana. Jika anda masih gagal walaupun telah kuat berusaha, janganlah berhenti kerana kejayaan anda mungkin selangkah sahaja di hadapan.

Sebagaimana masalah sentiasa membuka peluang, kegagalan adalah tiket untuk berjaya. Macam mana? dengan kegagalan itulah anda tidak mengulangi kesalahan yang sama seterusnya itu adalah petanda kejayaan yang lebih besar apabila berjaya nanti.

Dari Migdam R.A. dri rasulullah S.A.W. "Tidak ada makanan yang dimakan oleh seseorang sesekali tidak, yang lebih baik daripada memakan makanan hasil dari usaha tangannya sendiri. Sesungguhnya Nabi Allah Daud A.S. makan dari usaha tangan baginda sendiri" (Bukhari)
Berfikirlah sebagaimana orang maju berfikir, terus belajar menimba ilmu dalam perniagaan. Jangan matikan semangat ini dengan menceburi perniagaan yang memerlukan modal yang besar, sekali anda gagal seluruh semangat anda akam padam. Sebaliknya berjinak-jinak  dengan alam perniagaan yang kecil-kecil dan selaras dengan minat anda dahulu.

Dari Anas bin Malik R.A. katanya, dia mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sesiapa yang ingin dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang )." (Bukhari)

Jangan sesekali mengabaikan ibubapa,  cari keberkatan  dengan mentaati mereka. Hubungan kasih sayang adalah sebab mengapa rezeki ditambah dan mengapa umur dipanjangkan. Perniagaan yang menjadi boleh bermula dari hal ini.

Bagiku hidup mesti bermatlamat agar kita sentiasa fokus atas perkara yang dilakukan dan tak putus asa. Kalau dah putus asa, matilah jiwa padamlah harapan..... 

  p/s : Post ini adalah untuk anda yang senantiasa bermotivasi macam aku......

Tuesday, April 12, 2011

Tuesday, April 12, 2011

Lelaki Idaman, lelaki pilihan

Inilah tajuk entry kali ini.... 

Selalunya lelaki idaman tu mestilah yang kacak, kaya n educated beserta dengan serba sedikit sifat2 lain yg bagus2 belaka....  lelaki pilihan pulak selalunya pilihan mak bapak atau keluarga. Boleh jadi juga pilihan sendiri sebab dh x dpt yg di idamkan.

Kalaulah dapat berkahwin dengan lelaki idaman dan sesuai dengan diri tu memang orang tu sangat bertuah....tp berapa kerat ajelah yg dapat macam tu.

Zaman sekarang ni boleh pilih sendiri.... untung nasib dapatlah lelaki idaman.... cuma satu je yg nk diperingatkan. Kena pastikan kita ni pun wanita idaman si dia jugaklah.... xlah bertepuk sebelah tangan je.

Nk kongsi cerita.... ada seorang lelaki tu... boleh tahan orgnya. Dah kahwin ada anak 5. Aku dpt cungkil isi hatinya... isterinya tu bukan wanita pilihan n bukan dicintainya. Dia pilih wanita tu jadi isterinya sebab dh kecewa dengan wanita  idaman yg dicintainya. So... perasaaan skrg dengan isterinya cuma rasa tanggungjawab dan kasih sebagai isteri dan ada anak2 je.... cinta2 xde. Kalau mcm tu... mana bahagianya?

Aku rasa kes2 perceraian  yg banyak skrg di sebabkan perkara inilah...... Bila tengok kawan2 ada boyfriend, kita pun nk ada boyfriend..... tangkap muat je! Bila dh kahwin, baru tau x sesuai.... apa nk kata, nasi dh jadi bubur. Itu yang ada tu...... bercinta 5 tahun, kahwin 2 bulan je..... 

Lelaki idaman ke... lelaki pilihan ke...... mesti ada penyesuaian dari segenap segi. Dalam hati mesti ada CINTA untuk diberi dan diterima oleh pasangan masing-masing. Jangan sebelah pihak je. Mesti terima pasangan seadanya....

Aku?????...... alhamdulillah, walau x dapat lelaki idaman.... sebab x jumpa pun....yang aku pilih ni dh okey.... aku pun x minta banyak.... janji jangan yg panas baran dah. Bahagia? memang bahagia........  waktu2 suka duka tu adalah jugak because 'everybody not perfect' like me and my hubby.



Saturday, April 9, 2011

Saturday, April 09, 2011

Lelaki mengandung?

Gambar cuma hiasan je...
Aku nk kong si cerita ni ngan anda semua.... mesti gelak besar punya.... Selain dpt cerita, dpt juga pengajaran drp cerita ni.....

Satu pagi seorang lelaki ni masuk bilik air.... mandi nk pegi keja. Di samping tu dia bawa satu bekas kecil nk ambil sample air kencing nk bawa gi klinik - checkup. Lepas mandi diletaknya sample tu tepi bilik air dulu... Pastu isteri dia masuk bilik air... tersepak sample tu....tumpah. Dia takut nk beritahu suaminya nnti kena marah. dia pun bagi sample air kencingnya sendiri... suami dia tak tau.

Balik rumah petang tu.... lelaki tu termenung je.... sampai 2 hari 2 mlm si  isteri pelik tengok kelakuan suaminya yg  asyik termenung je. tapi dia takut nk tanya sebab suaminya panas baran tahap maksimum punya. Salah sikit siap lempang n sepak terajang pun ada. Tetapi dek kerana ingin tahu.... diapun tanyalah.... 'nape abang menung je skrg ni.... x banyk cakap macam biasa?' Lelaki tu cakap... dengan muka yg sedih dan kebingungan.... 'kelmarin abang buat checkup kt klinik.... klinik tu kata abang mengandung'.... Hah ..... Dengan nada ketakutan si isteri tu pun berkata 'sebenarnya air kencing abang tu tumpah.... saya tukar dengan air kencing saya' 

Punyalah lega si suami bila dapat tahu cerita yang sebenar iaitu dia memang x mengandung......... xde pulak di lempangnya  isterinya tu... disebabkan dek terlalu gembira. 'Nape tak bagitau....'  'Tu la bang...... jangan garang sangat.....saya x beranilah nk cakap nanti abg marah' kata isterinya.

Pengajaran drp cerita ni ialah sebagai ketua, bapa, ibu, suami atau apa jelah sebagai seorang ketua jangan bersikap garang sangat...hingga tahap melampau, nanti org takut sampai cerita yang benar pun orang tak berani nk cakap yng betul. 

Ha....ha... ha!

Wednesday, April 6, 2011

Wednesday, April 06, 2011

Nk jadi kaya.... cewahh!!

Beberapa hari lepas dptlah satu sms ni dari seorang kawan. 

Tahun ini kita akan mengalami 4 tarikh yg jarang berlaku dlm setahun iaitu 1/1/11, 11/1/11, 1,11/11 & 11/11/11. Serta bukan itu saja, cuba ambil dua nombor terakhir kita dilahirkan & tambah dgn umur kita pd tahun ni, keputusannya ialah 111 buat semua org! ini ialah tahun KEKAYAAN!! 

Pada bulan Oktober akan ada 5 kali hari Ahad, 5 kali hari Isnin & 5 kali hari Sabtu!! Ini hanya akan terjadi sekali setiap 823 tahun. Tahin spt ini dikenali sebagai tahun 'Beg Kekayaan' bermaksud jika kita menghantar mesej ini kepada 8 kawan2 kita ,kekayaan akan muncul pd hari ke4 seperti yg dinyatakan dlm fengshui (tilik tuah) Cina . Sesiapa yg x menghantar msj ini kpd org lain tidak akan mendapat apa2. Ia adalah misteri tp xde salahnya untuk mencuba!. :)

Mesti kawan aku tu dpt sms dari kengkawan dia n  forward kt aku..... ye la... kena sebarkan kt 8 org.

Aku ni jenis x kisah, x minatpun nk layan mesej cam gini... ntah ape2 jelah!!

Tp anak bujang aku sorang ni, balik dari sekolah.....belek2 tepon aku.... di forwardnyalah mesej ni pd kengkawan n adik2 aku....

Katanya ' mummy, Adi dh anta mesej jadi kaya tu kt kawan2 n adik2 mummy.... apasal ko anta.... marah diorang nanti'... aku cakap... 'ala anta jelah  ... suka2 ...mana tau kita jadi kaya,'  anak aku cakap. Excited pulak dia ni dgn sms tu... aku garu kepala.....

X lama lepas tu.... aku dpt sms dari adik aku, Apis ... 'Mudh2an .... kita jadi kaya'.

Aku ketawa.... ha..ha..ha! gelihati betul...

Nk kaya?.... makan ajelah roti kaya, dh tentu kenyang perut.... kah... kah...kah!!!  x abis2 lagi ketawa.

Monday, April 4, 2011

Monday, April 04, 2011

Kerja, kerja.... APA LAGI!!

Dah masuk bulan ke2 ni.......  sejak pekerja berhenti aku urus dan jaga sendiri sepenuh masa gerai kt bazzar masjid negeri...yg beroperasi 3 hari dlm seminggu iaitu hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Jualan produk kini meningkat dengan begitu ketara sekali. Alhamdulillah..... tp penatnya jangan cakaplah, x terkirakan. Apapun amat berbaloi.

Aku kini dh ambil keputusan x nk cari pembantu gerai lagi..... baik aku cari pembantu rumah je.... sebab dia boleh urus kerja rumah dan mkn minum anak2 aku. Xlah aku penat giler dibuatnya. balik rumah kul 9.00 mlm.... lepas tu kena kemas rumah yg lintang-pukang dikerjakan anak2... tido kul 1.00 pagi. Bila nk berehat? 

Macam2 perancangan ada dalam fikiran aku ni...... nak  tambah sale lg. Mana nk cari modal.... Pasal pengangkutan brg2 yang selalu tergendala pun kena fikir tu.... nk cari transport sendiri.... kalau boleh nk cari keta yg besar atau van, xpayah angkut 2-3 kali. Lepas tu baru le boleh fikir nk masuk karnival ke atau expo . Kalau tidak......wat serabut fikiran je. Pekerja cari yg part time je (student uitm)... kalau nk pakai baru panggil....

Itu la.... kerja memang banyak..... dah kira jualan nk kena kira perbelanjaan pulak... Kalau tidak mana nk dpt tau untung bersih perniagaan aku ni. Resit dh penuh 1 laci.... kerja x mula lagi. Ingat tu je aku dh rasa letih ... pembantu dh xde ni kena wat sendiri..... APA LAGI.....!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...