Just Klik!

Friday, May 27, 2011

Asam Pedas Sardin Oh La La


Kali  ni nk post entry..... Asam Pedas Sardin je.... Lauk yang biasa2 je. Hari2 pun  kalau x pergi bukak gerai kat bazaar Masjid Negeri mesti aku masak. Kesian anak2 makan ntah ape2 je bila aku xde. So bila ada kat rumah tu... aku masaklah, tp yang simple2 je!! Simple pun sedap... la.. la.. la... Kalau lauk beli tu  ntah apa2 je rasanya. Tak sedap langsung.

Ini dia ' Asam Pedas Sardin  Oh La La'

Bahan2 : 

1 tin kecil Sardin
1 bji terung bulat
6 biji bendi
1 biji tomato
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1cm halia
1cm isi kunyit
21/2 sudu besar cili giling
1/2 cawan air asam jawa
2 cawan air
Sedikit minyak
Gula dan Garam secukup rasa

Cara2 :

Terung dan tomato  di potong baji. Bendi di potong tangkai dan hujungnya. Bawang merah, bawang putih, halia dan isi kunyit di tumbuk lumat. Tumiskan bahan tumbuk. Bila dah agak kekuningan, masukkan cili giling dan air asam jawa. Masak sampai pecah minyak dan agak garing. Masukkan air. Bila mendidih masukkan  terung dan bendi. Masak lagi dan masukkan sardin dan kuahnya sekali. Perasakan dengan gula dan garam serta tomato. Biarkan sebentar. Agak2 dh nk mendidih lagi bolehlah diangkat.

p/s : Selalunya asam pedas taruh belacan dan daun kesom serta bunga kantan tp aku x masukkan sebab hubby aku tak suka... kalau taruh dia x makan lauk ni. So kalau korang nk taruh dlm resepi ni, silakan... mesti lagi sedap!!!


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...