Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Friday, May 6, 2011

Belimbing Buloh

Hari ni... nak cerita tentang buah belimbing buluh. Aku ada nostalgia berkenaan buah ni, Sebab kat kampung aku belakang pintu dapur ada tanam pokok ni. Bunganya warna merah hati, cantik dan wangi je. Bila musim berbuah..... cantiknya. Buahnya pula bergugus-gugus keluar macam buah anggur. Tapi masamnya, tak terkira.


Buah ni bila dah musim banyak sangat masa tu..... bebudak buat peluru main perang-perang  dengan buah tu. Ha! ha! kelakar gila.... lebih2 lagi bila kena marah.... sebab mengerjakan pokok dan sepahkan laman dengan buah belimbing.


Biasanya..... buah tu digunakan dalam masakan macam masak lemak  dan masak sambal. Boleh juga dicampur dalam sambal belacan... emm sedap! Selain tu gunanya untuk membasuh  ikan agar ikan tak berbau hanyir. Caranya guna buah yg dah masak raanum dan lembik . Ramas2kan pada ikan. Perap sekejap.... bolehlah dicuci


Ini infonya : 


Buah Belimbing Buluh berbentuk bujur dan memanjang. Warnanya hijau kekuningan. Setiap buah mempunyai 4-5 bonggol yang tidak kelihatan. Apabila telah masak, isinya lembik dan mengandungi banyak air serta rasanya masam. Walaupun begitu, ia tetap menjadi kegemaran kanak-kanak yang memakannya bersama garam halus.

Buah Belimbing Buluh sebenarnya mengandungi banyak khasiat yang tidak ternilai. Daunnya apabila digiling halus dan dilumur, ia dapat menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit di muka, sakit-sakit sendi serta panau. jika direbus pula, ia boleh mengubati batuk, menurunkan tekanan darah tinggi dan pitam.


Selain itu
bagi menghilangkan batuk, segenggam bunga Belimbing Buluh dicampurkan sedikit jus pegaga yang telah ditumbuk, 2 biji bawang merah dan 1 batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking. Lalu direbus dan ditapis air rebusan itu. Kemudian minum dengan mencampurkan sedikit madu. Minum segelas, tiga kali sehari.


Untuk mereka yang menghidap penyakit seperti darah tinggi pula, petik 3 biji buah Belimbing Buluh. Potong kecil-kecil dan rebus. Minum air rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari. Bagi bayi yang diserang penyakit kuning pula dimandikan dengan air rebusan daun belimbing untuk meredakannya.



Have a nice day! :)

2 comments:

~izan~ said...

salam kenal..byk khasiat belimbing buluh ni..izan masak sardin pun letak hehe..yang kuning tu memang betul,mak amik daun dia mandikan baby izan masa kuning.Alhamdulillah..memang surut (dgn izinNya). =D

Noor said...

izan : betuul tu... macam2 boleh buat ngan buah belimbing ni....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...