Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Wednesday, May 25, 2011

Ikan Tongkol Masak Kicap Lada Hitam



Aku sebenornya hari ni dah pening sikit.... xde idea nk tulis entry.... Nk tulis apa ye... Oh ya! kalau korang tengok betul2, blog ni dah pakai baju baru... macam wall paper la plak. Cantik tak...! Anak2 yang suggest...kata diorang cantik dan sesuai... aku x minat sangat... okeylah tu sebelum jumpa yang aku nk... Dah kering idea ni.. Post ajelah entry masak2 lagi.

Ini lauk yang biasa aku masak setiap minggu. Lauk ni aku masak beberapa hari yang lepas. Aku memang suka ikan tongkol. Jadi sesuailah dengan aku...

Bahan2 :

2 ekor ikan tongkol saiz agak sederhana 
2 biji bawang merah - tumbuk
1 biji bawang putih - tumbuk
1cm halia - tumbuk
1 biji bawang besar - di hiris
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan cili giling
sedikit air asam jawa
1/4 cawan air
2 sudu besar kicap 
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2 : 

Goreng Ikan. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk sehingga kekuningan. Masukkan serbuk lada hitam dan cili giling. Tumiskan. Masukkkan  air asam jawa, kicap  dan bawang  besar. Kacau sampai pecah minyak.. Masukkan air. Masukkan garam dan gula dan rasakan kesesuaian rasanya.Biar hingga agak pekat. Sudah siap bolehlah diangkat. Curahkan ke atas ikan goreng tadi. Sedia di hidangkan.

p/s : resepi sendiri..... lauk biasa2 je.

Have a nice day! :)

2 comments:

Anonymous said...

dah try...sedap...tq....
-imah-

Anonymous said...

saya pun dah try.. tip top.. cuma hubby mintk tambahkan kulit kayu manis sikit dan bunga cengkih sikit.. fuhh.. mmg terangkat.. :) simple but nice

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...