Breaking

Tuesday, May 31, 2011

Kacang Buncis Goreng Dengan Carot


 Hari2 kt rumah aku mesti ada satu lauk sayur. Makanan seimbanglah katakan.... Kali ni masakannya ialah Kacang Buncis Goreng Dengan Carot. Sebenarnya lauk ni aku masak seminggu yang lepas. Aku skrg ni gantung periuk.... niaga  berterusan kt masjid negeri sempena Karnival Cuti Sekolah. Okeylah .... untuk suri rumah sepenuh masa...... Selamat memasak!

Bahan2 :

Secekak kecil kacang buncis - potong kecil
1/4 batang lobak merah - potong kecil
1 biji bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1/2 tangkai cili merah - hiris
6-7 ekor ikan bilis
1 sudu makan sos tiram
sedikit minyak masak
1/2 cawan air
garam dan gula secukup rasa
sedikit serbuk pati ayam (jika suka)

Cara :

Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih , cili  merah dan ikan bilis bersama-sama. Bila dah kekuningan, masukkan kacang buncis dan lobak merah. Masukkan juga sos tiram dan air. Biarkan mendidih dan perasakan  dengan garam dan gula. Sedia dihidangkan....

p/s : Lauk sayur ni aku masak sikit .... sebab lauk sampingan je. Kalau nak masak banyak boleh tambah bahan2 tu lagi .Ikan bilis pun boleh diganti dengan udang.

1 comment:

Zuwairi Aiman said...

Salam kunjungan... blog menarik.. senang2 singgah la ke blog saya
;)

http://www.zuwairiaiman.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...