Just Klik!

Tuesday, May 24, 2011

Tips Menggalakkan Anak Ke Dapur


Info terkini....

Lazimnya ibu-ibu tidak gemar anak-anak yang masih kecil berada di dapur. Namun adalah baik menggalakkan mereka bersama anda di dapur kerana dari situ anda boleh melatih mereka memasak, menyukat bahan, memperkenalkan makanan sihat dan cara-cara menjaga keselamatan di dapur.
  • Latihan Kebersihan. Pastikan anak2 membasuh tangan bersih-bersih sebelum memasak.
  • Memotong Bahan. Latihan memasak boleh dimulakan dengan membenarkan anak-anak yang sudah besar sedikit dengan memotong sayur, buah-buahan, bawang dan bahan yang mudah.
  • Makanan Sihat. Sediakan resepi yang mudah seperti sandwich. Tentu seronok bila mereka boleh membentuk sayur, salad dan buah-buahan dalam bentuk tertentu di permukaan sandwich. Dalam pada itu anda boleh berkongsi tentang khasiat roti, sayur-sayuran dan buah-buahan dengan mereka.
  • Mengira. Latihan matematik boleh juga diajar kepada anak kecil dengan membenarkan mereka menyukat ramuan seperti tepung, gula dan sebagainya untuk digunakan  dalam masakan. Suruh mereka menyebut angka dengan suara yang kuat.
  • Aspek Keselamatan Di Dapur. Beri arahan yang tepat dan mudah difahami kepada anak-anak kecil, "Dapur itu panas! Jangan sentuh." Selain itu beri anak-anak yang berusia tiga ke enam tahun perkakas memasak yang selamat seperti yang diperbuat daripada kayu dan plastik untuk sekadar mereka bermain 'masak-masak'. Paling penting jangan sekali-kali anda meninggalkan mereka bersendirian di dapur sebelum sesi memasak bersama itu berakhir.
p/s : Aku memang ajar dan ajak anak memasak kat dapur. Biar diorang tau macamana nak memasak. Jangan cuma tau makan je. Dah besar nanti taklah liat ke dapur. 


Have a nice day! :)

1 comments:

ROJAK said...

anak perempuan sepatutnya dilatih memasak sejak kecil demi kebaikan bakal suami dorang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...