Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Friday, May 20, 2011

Wangian Pelengkap Kecantikan Wanita


Ari ni nk tulis entry pasal minyak wangi..... sebab ramai org suka pakai minyak wangi, wangilah katakan! Kalau namamya minyak busuk tentu orang x suka... kan! kan! kan!

My Info.... Wangian pelengkap kecantikan.......aku.... he..he! perasan sendiri!

Mengenakan wangian atau minyak wangi merupakan satu rutin buat kebanyakan wanits malah ada yang terasa tidak lengkap keluar dari rumah tanpa menyemburkanya pada tubuh. Aromanya bukan setakat menambah semangat, malah menjadi daya penarik seseorang. Dalam pada itu bau tubuh yang harum juga menjadi sebahagian daripada pakej kecantikan seorang wanita.

Tips Pemakaian Minyak Wangi
  • Semburkan terlebih dahulu minyak wangi sebelum mengenakan pakaian. Semburkan pada leher dan di pergelangan tangan. bagi menambah sensasi pada tubuh, anda juga boleh menyembur pada bahagian belakang lutut dan mata kaki.
  • Semasa menyembur minyak wangi ini, berikan jarak sekitar 30 cm dari tubuh supayaia boleh tersebar ke bahagian tubuh lain dan tidak hanya  tertumpu pada satu bahagian sahaja.
  • Agar tubuh yang wangi boleh bertahan lama, anda boleh juga menggunakan shower gel, losyen badan dan semburan badan dengan wangian yang sama. Selepas itu barulah disemburkan dengan minyak wangi.
  • Hindari botol wangian dari sinaran cahaya matahari dan suhu yang panas kerana jika botol dibiarkan terbuka setelah dipakai, ia akan mempengaruhi kualiti minyak wangi tersebut. Sebaiknya simpan  ditempat yang sejuk agar kualitinya terjaga.
p/s : minyak wangi kegemaran aku sekarang ialah sunflower dari Elizabeth Arden. Aroma baunya tu rasa macam duduk di taman yang penuh dengan bunga-bungaan je. Romantiknyaeeee!!

Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...