Just Klik!

Thursday, June 30, 2011

Gulai Tempoyak Ikan Tongsan dengan Rebung Kuning


Wah..wah...wah! sedapnya gulai tempoyak ni!!! Berselera makan.....  Memang aku suka sangat gulai tempoyak. Al-maklum aku ni memang anak Perak jati dan dibesarkan dengan gulai tempoyak .... Lebih2 lagi kalau masak dengan ikan sungai.... Fuh!!! makan tak toleh kiri kanan leeee.... Anak2 semua suke... ikut mummynya... xde macam ayahnya.. xsuke langsung gulai ni.... ha...ha..ha!

Gulai ni guna ikan tongsan dan rebung kuning yang aku beli kt Mydin  hari tu.... kalau ada ikan patin atau ikan keli  dan rebung kampung lagi terangkat...! Xpelah, ini pun dah dikira  okay sesangat!

Ini resepi aku..... ' Gulai Tempoyak Ikan Tongsan dengan Rebung Kuning'

4 ketul  ikan tongsan
3  sudu besar  tempoyak
1 mangkuk rebung kuning  
8 biji cili api
1 biji cili merah
1 cm isi kunyit
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Ikan Tongsan  dibersihkan. Jangan lupa rendam sebentar dengan air asam jawa untuk buang hanyir. Cili  api, cili merah dan  isi kunyit di tumbuk lumat. Masukkan dalam periuk dan gaulkan dengan ikan dan tempoyak. Masukkan air. Masukkan juga rebung. Didihkan. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Dah masak boleh diangkat.

Makan dengan nasi panas2 ...... best!!!!

p/s : Sebenarnya nk banyak mana rebungnya, ikannya, ikut suka sendirilah..... aku main agak -agak je...  ok!


Have a nice day! :)

Wednesday, June 29, 2011

Sambal Sardin Berkentang


Hari ni aku agak buntu sikit memikir apa nak di masak..... Dah jenuh aku masak rasanya.... dah xtau apanya yang nak dimasak lagi.... dah tentu mesti yang sedap dan seisi rumah suka ngan lauk tu....

Semalam pun macam tu... . at last ini aje yang dok terfikir dek aku ni....

Resepinya 'Sambal Sardin Berkentang'

3 biji kentang
1 tin besar sardin
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sudu besar cili giling
sedikit air asam jawa
minyak secukupnya
garam dan gula secukup rasa.

Cara :

Kentang dihiris nipis dan  digoreng. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk. Tumiskan bahan tumbuk. Bila dah kekuningan, masukkan cili giling. Goreng sampai naik minyak. Masukkan air asam jawa dan sedikit air. Perasakan dengan garam dan gula.Bila dh agak kering, masukkan kentang dan sardin. Gaul rata dan biarkan sehingga sardin betul2 masak dan bolehlah dihidangkan.

P/s : Dok  tengah fikir nk masak apa tengahari ni.! Ce... bagi idea....


Have a nice day! :)

Tuesday, June 28, 2011

Petua Taugeh Kekal Segar...

Taugeh..... Ia merupakan sejenis makanan daripada percambahan kekacang atau bean sprout sama ada daripada kacang hijau (vigna radiata) atau kacang hitam (vigna mungo).

Taugeh..... adalah sayuran yang di tanam tanpa menggunakan tanah. Jadi ia bebas bahan kimia dan bahan toksik serta bakteria yang merbahaya.

Taugeh... Adalah sayuran dan  bahan  penting dalam masakan mee, soto, laksa, tauge goreng, gado-gado, kerabu dan banyak lagi. Boleh juga di tumis dan direbus dan dimakan bersama nasi.

Taugeh.... Harganya pun tak mahal. Kadang-kadang tu kita terbeli taugeh dalam jumlah yang banyak. Lebih2 lagi kat supermarket, ianya dah siap dibungkus. Rugi kalau dibuang....

Bagi memastikan lebihan taugeh yang nak disimpan itu kekal segar, ikut petua ini....
  • Masukkan taugeh kedalam sebuah mangkuk yang berisi air.
  • Letakkan sekeping asam keping atau asam gelugur. 
  • Simpannya ke dalam peti sejuk.
Taugeh yang disimpan  akan tahan lama dan tidak lembik.


Have a nice day! :)

Monday, June 27, 2011

Ikan Kerisi Goreng bercili


Lauk biasa je......  Yang bersambal merah2 ni memang kegemaran my hubby n anak2. Aku je yang x berapa nak suka. Masak ajelah...

Ini dia......' Ikan Kerisi Goreng bercili'

Bahan2 : 

4 ekor ikan kerisi - digoreng
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu makan cili giling
1/4 cawan air asam jawa
Sedikit minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Bawang merah dan bawang putih ditumbuk lumat. Bawang besar di mayang halus. Tumis bahan tumbuk. Bila dah kekuningan massukkan cili giling. Goreng sampai wangi. Masukkan air asam jawa dan bawang besar. Tumis sampai pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula. Selepas tu bolehlah diangkat dan dituang di atas ikan kerisi goreng. Bolehlah dihidangkan.

Try... Ok!


Have a nice day! :)

Sunday, June 26, 2011

Kacang Botor Tumis Air


Aku ni..... kalau korang perasan, selalu masak lauk sayur...... sayur, sayur dan sayur..... Kali ni pun aku nk post satu lagi resepi sayur yang baru aku masak semalam. Kalau boleh aku ni nak jadi vegeterian... Agak susah nk laksanakan kemahuan aku ni.... al maklum lidah melayu.......namun aku nak lebihkan makan sayuran jugak. Salah satu sebabnya  aku ni alergik dengan sesetengah makanan.......Sebab lainnya dah tentu kerana makan sayuran bagus untuk kesihatan dan menjauhkan diri dari pelbagai penyakit. Anak2  pun suka sayur sebab dah di dedahkan dari kecil lagi.

Ini dia masakan sayur aku..... 'Kacang Botor Tumis air'

Bahan2 :

15 batang kacang botor
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
beberapa ekor ikan bilis
1 sudu makan sos tiram
1/2 sudu kecil pati ayam (jika suka)
1/4 cawan air
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2:

Kacang botor di potong kecil2. Bawang merah, bawang putih dihiris halus, Cili merah dipotong serong. Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili merah dan ikan bilis. Masukkan sos tiram dan kacang botor. Masukkan air dan pati ayam. Masak hingga mendidih. Sesuaikan rasa garam dan  gula. Bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan lauk2 lainnya.

'Selamat Makan'




Have a nice day! :)

Saturday, June 25, 2011

Pajeri Nenas Perak Style



Ini masakan yang biasa  sesangat-sangat aku masak. All my family suka makan lauk ni. Berselera sekali makan nasi ngan lauk ni. Ini resepi  mak aku kt kampung tu.... So aku tags sebagai masakan Perak style.....

Sodap gitu!!!

Ini  dia resepi  'Pajeri Nenas Perak Style' aku ......

Bahan2 :

1 biji nenas
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu makan ikan bilis atau udang kering
1 paket kecil serbuk kari kari ikan
1 paket kecil kerisik
1 sudu makan cili giling
2 cawan santan
1/2 cawan air
Sedikit rempah ratus ( kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang)
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Nenas di buang kulit,  dibersihkan dan dipotong-potong . Bawang merah, bawang putih, halia ditumbuk lumat. Tumbuk juga ikan bilis/udang kering separuh lumat.  Tumiskan rempah ratus bersama bahan tumbuk. Bila dah wangi, masukkan cili giling. Masukkan pula serbuk kari dan air. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan  kerisik dan santan. Bila dah dah mendidih masukkan nenas. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Bila  dah agak nak kering kuahnya, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Selamat Mencuba....!


Have a nice day! :)

Friday, June 24, 2011

Rendang Ayam Pencen

Dah siap isi dlm bekas .... nk anta kt org order le tu!!

Rendang ni pernah aku masak dan post kat blog ni x berapa lama dulu. Aku edit balik je. Rendang negori ni...  podeh dan sodap! Pernah jugaklah aku dapat tempahan open house lauk ni waktu lepas raya tahun lepas..... 1 ekor kira dalam rm 30... Boleh ditukar dengan daging. 1 kilo dalam rm 45. Aisey... promote lah pulak. Sesaje je ni.... he..he..

Inilah resepiku.... 'Rendang Ayam Pencen'  ghombau style.


Bahan -Bahan:
1 ekor ayam pencen
4 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
1 helai kunyit (di koyak)
1 helai daun kunyit (di hiris halus) 
4 btg serai (di titik)
1/2 bungkus serbuk kari daging
1 btg kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 keping asam keping 
1/2 sudu teh gula
garam secukup rasa
semangkuk air 

Bahan Kisar:


8 labu bawang merah
6 ulas bawang putih 
3 btg serai
3 inci halia 

1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas 
15 tangkai cili kering & 2 sudu besar ciling giling
15 biji cili api
2 biji buah keras
secubit jintan manis & jintan putih


Cara Membuat:
Ayam di potong kecil2. Masukkan ayam, bahan kisar, serbuk kari, serai titik, daun kunyit, kulit kayu manis, bunga lawang dan semangkuk air. Kacau sampai hampir kering. Selepas tu masukkan santan, kerisik dan asam keping serta garam dan gula.


Masask hingga ayam lembut dan kuahnya kering. Jika daging ayam belum lembut masukkan secawan air dan kacau sampai kering.Sedia di makan dengan nasi panas2.




Itu ajelah..... SELAMAT MENCUBA!!
 

Have a nice day! :)

Thursday, June 23, 2011

Sayur Kobis Goreng ngan Carot

Ini lauk sayuran yang simple.... biasa le aku masak ni. Lauk ni yang bestnya berwarna-warni. Cantik dilihat dan juga sedap dimakan..... berkhasiat pulak tu!

Inilah dia..... 'Sayur Kobis Goreng ngan Carot'

Bahan2 :

1/4 dari 1 biji  kobis yg kecils - potong kecil
1/2 batang lobak merah - potong kecil
1 biji bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1/2 tangkai cili merah - hiris
6-7 ekor ikan bilis
1 sudu makan sos tiram
sedikit minyak masak
1/2 cawan air
garam dan gula secukup rasa
sedikit serbuk pati ayam (jika suka)

Cara :

Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih , cili  merah dan ikan bilis bersama-sama. Bila dah kekuningan, masukkan kobis dan lobak merah. Masukkan juga sos tiram, air dan juga serbuk pati ayam. Biarkan mendidih dan perasakan  dengan garam dan gula. Sedia dihidangkan....

'Selamat Mencuba'

*******************
my dream.....!
klik SINI
********************


Have a nice day! :)

Wednesday, June 22, 2011

Ikan Kerisi Bertaucu


Ini masakan yg biasa jugak aku buat.... Cuma tukar je jenis ikannya. Kali ni aku gunakan ikan kerisi Aku sangat2 suka lauk ni. Bila dah makan lauk yang berlemak tu...... sesekali tukar yang berair je... ala2 sup gitu. Taruh cili hijau banyak2. Jadikan cili hijau tu sayurnya... Wah! berselera makan!!!

Ini dia Ikan Kerisi Bertaucu aku......

Bahan2 :


4 ekor ikan kerisi - goreng

2 biji bawang merah - hiris halus

2 ulas bawang putih - hiris halus

1 cm halia - hiris halus

1 paket taucu
9 biji cili hijau - di buang biji.
1/2 cawan air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak masak
11/2 cawan air.



Cara2 :


Tumis bawang putih, bawang merah dan halia. Bila kekuningan masukkan taucu. Kacau dan masukkan air asam jawa. Masukkan pula cili hijau. Bila dah mendidih. Masukkan air (Kalau nk banyak kuah, lebihkan air). Bila dah mendidih lagi, masukkan ikan goreng. Perasakan dengan garam dan gula. Siapp!


Nak rasa? Sila lah cuba....!

Have a nice day! :)

Tuesday, June 21, 2011

Masak Lemak Cili Api Labu dan Fucuk Tauhu


Kekadang tu buntu pemikiran nak memasak ni.... Gi kedai dah rancang nak masak benda ni... tup-tup x de plak  bendanya. Terpaksalah 'on the spot'  tukar menu lain.... poning. At last, fikir punya fikir jadi le masakan  ni. Tu dia ... cerita masak memasak smlm. Ari ni x dpt nk berfikir lagi.....

Inilah resepi masakan aku yg tah ape2 ni. "Masak Lemak Cili Api Labu  dan Fucuk Tauhu". Sodap gak...

Bahan2

1 biji kecil labu yg masih kehijauan - potong dadu besar2 
2 keping fucuk tauhu (1 pkt rm 1.20) - potong2 dan rendam
Sedikit ikan bilis - agak2 dlm 12 ekor. 
11  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Labu   dan fucuk tauhu yang  telah dipotong2 didihkan dalam periuk bersama bahan tumbuk dan ikan bilis.   Masukkan juga secawan santan pekat dan secawan air. Bila dah mendidih, masukkan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi. Tapi jangan banyak2 nanti x sedap plak. Biarkan  sehingga labu agak empuk.  Kacau dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.

p/s :  Kalau x suka pedas boleh kurangkan cili api... Tengok anak2 & hubby berselera makan.... berbaloi!


Have a nice day! :)

Monday, June 20, 2011

Petua Agar Sayur Kekal Hijau Selepas di Masak

Selalunya jika terlalu lama menggoreng atau mencelur sayur-sayuran hijau, sayuran berubah warna dan kelihatan layu je....  Ini ada petua yang mudah  je.... untuk dipraktikkan.

Untuk sayur yang di goreng, masukkan secubit soda bikarbonat dlm masakan ... nescaya sayur akan kelihatan cantik dan x bertukar warna.... segar je nampaknya!

Apabila mencelur sayuran hijau pula, masukkan satu sudu kecil minyak masak ke dalam air rebusan. Kemudian. barulah masukkan sayur-sayuran. Sayur pasti kekal hijau.

Selamat mencuba!

Have a nice day! :)

Sunday, June 19, 2011

Kacang Panjang Goreng dengan Lobak Asin dan Telur

Kelmarin ada wat lauk sayur ni.... Emm sedap gak!  Rasa lobak Asin sesuai dan sedap bagi aku. Tp tidak ngan anak2 aku.... Mereka kata rasanya pelik dan x sedap langsung.... Apapun ikut citarasa masing2. kalau x suka pilih kacang panjang je.... lobak asin ketepikan..... Biar aku je yg makan.

Inilah resepinya  " Kacang Panjang Goreng dengan Lobak Asin dan Telur"

1 ikat kacang panjang (dlm 10 tangkai) - potong kecil2
1/2 pkt lobak asin - hiris nipis2
2 biji bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1  biji cili merah - hiris
1 biji telur
1/2 sudu teh pati ayam (jika suka)
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa.

Cara :

Bawang merah, bawang putih dan cili merah di tumis sehingga kekuningan. Lepas tu masukkan lobak asin dan kacang panjang. Kacau merata.... masukkan telur kacau lagi. Lepas tu masukkan pati ayam. Perasakan dengan  garam dan gula.... Bila  kacang panjang dh agak2 layu  boleh diangkat dan dihidangkan.... so simple je!!!


Have a nice day! :)

Saturday, June 18, 2011

Petua mengelakkan kelapa parut mudah basi.

Kadang2 kita buat kuih yang  sedap  dimakan dengan kelapa parut. Kalau xde kelapa parut x sedap dan xde rasalah kuih tu. Masalahnya kelapa parut yang digunakan x tahan lama dan mudah je basi.

Petua ni bagus untuk mengelakkan kelapa dari cepat basi. Elok dipraktikkan ni.

Kukus dulu kelapa parut selama lebih kurang 10 minit. Lagi bagus kukus berlapikkan selembar daun pisang. Ini akan menerbitkan aroma yg sedap dan wangi.

Dengan mengukus akan mengekalkan rasa kelapa parut dan kelapa parut tidak cepat basi. Kuih pun jadi bertambah sedapppp.....

p/s : sebelum digaul  pada kuih kenalah taruh garam halus cikit..barulah  terasa lemaknya... ok!

Have a nice day! :)

Friday, June 17, 2011

Kari Ikan Tongkol


Smlm masak gulai kari.... taruh ikan tongkol. Masukkan juga terung bulat, bendi dan tomato... Woo! peberet aku ni... nasib baik satu family suka gulai ni. Gulai ni simple je..... x belajo mana2 .... buat je, sebab dulu pun mak aku selalu masak.... Kiranya gulai turun-temurun  je le..

Ari ni macam biasa kena gantung periuk.... niaga kt bazaar. Makan lauk kedai je.

Bahan2 :

1 ekor ikan tongkol - bersihkan dan dipotong2
5 biji bendi - dipotong pangkal  dan hujung
1 bji terung bulat - potong baji
1 biji tomato - potong baji
2 biji bawang merah - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
1 cm halia - tumbuk
2 sudu makan cili giling 
1 pkt kecil serbuk kari
1/2 cawan air asam jawa
1 cawan air
2 cawan santan pekat
minyak secukupnya
gula dan garam secukup rasa
sedikit daun kari

Cara :

Tumiskan bahan tumbuk. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. Tumis sampai agak garing. Masukkan air asam jawa. Masukkan serbuk kari sekali. Tumis bahan2 sampai garing. Lepas tu masukkan 1 cawan air dan 1 cawan santan. Masukkan juga terung dan bendi serta ikan tongkol. Masak sampai mendidih. lepas tu masukkan 1 cawan santan lagi. Perasakan juga dengan garam dan gula. Biarkan mendidih sekali lagi dan masukkan tomato sekejap.Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Ok... bye!



Have a nice day! :)

Thursday, June 16, 2011

Sambal Ayam Bermayonis



Taraaa!!!!!...... inilah sambal ayam bermayonis ku.... Masak tghari smlm. Anak2 kata sedap je!!! Copyright dari Mas Duniaku... adalah di modified ckit... ckt je kan! Tp yg musykil ckit ni, x gelap macam   yang si cikgu tu ajar. Xpelah.... nk wat camne lg!!! Dah lama nak cuba resepi dia ni.... at last tengok sambal ni plak yg  dapat di buat. Ada kelainan sikit daripada masakan yg biasa di buat. Nantilah... kalau ada masa nk cuba lain2 resepi .

Bahan2 :

1/2 ekor ayam  - dipotong  kecil
2 biji bawang merah -tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
1 cm halia -tumbuk
1 bji bawang besar - hiris 
 2 sudu besar cili giling 
1 sudu makan sos tiram 
1 sudu besar mayonis
sedikit kiub ayam - jika suka
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Gaul  ayam dengan garam dan kunyit dan goreng 1/2 masak. Angkat dan tos, ketepikan.Tumis bahan-bahan tumbuk sehinga kekuningan.Lepas tu masukkan cili giling dan tumis sehingga agak garing sedikit. Masukkan sedikit air, bawang besar, sos tiram, kiub ayam dan mayonis. Kacau sebati dan masak hingga pecah minyak. Setelah itu masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaulkan rata2 , biarkan sambal tu mesra dengan ayam dalam 5 - 8 minit dengan api perlahan, boleh tambah sedikit air panas jika sambal kelihatan agak kering dan biarkan masak hingga sambal pekat balik dan rasa dan jika ok boleh diangkat.

Selamat mencuba ...


Have a nice day! :)

Wednesday, June 15, 2011

Masak Lemak Cili Api Daging dan Kentang


Smlm inilah juadah tengahari kami sekeluarga.... macam biasa resepi peberet suami kita le. Dan ada juga juadah iringan yg lain2. Set makan tengahari kami sekeluarga yang tah ape2 ni.. Selain masak lomak ada ikan goreng, ulaman dan yg paling best ada buduuuu! Sebenonya ada lg...ikan masin, tp x tunjuk.... suamiku x makan budu... so gorengkan ikan masin.


Inilah resepi yg biasa2 je... "Masak Lemak Cili Api Daging dan Kentang"

Bahan2


300gm daging  - potong kecil2
3 biji kentang
12  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Daging  yang  telah dipotong kecil tadi masukkan dalam periuk bersama bahan tumbuk dan serai yang telah dititk. Biarkan mereneh lama agar daging tak liat. Selepas itu masukkan kentang yg telah di kupas kulit dan dipotong-potong. Masak lagi sampai kentang empuk.  Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. Bila dah mendidih, masukkan secawan lagi santan pekat. masukkan juga asam keping. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi. Tapi jangan banyak2 nanti x sedap plak. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.

p/s : Masa merebus daging tu x payah taruh air. Air daging akan keluar dengan sendirinya.


Have a nice day! :)

Tuesday, June 14, 2011

Sambal Ikan Bilis ngan Kentang


Ari ni masih rasa letih yg x terkirakan...... Penatl lelah berkampung di Karnival Cuti Sekolah Masjid Negeri Shah Alam masih terasa.Semalam baru start tengok2 dapur dan masak.... Dah tentunya yang mudah2 je. Janji boleh ditelan... Lepas masak pergi bank plak.... Nak uruskan akaun bank anak. Ada je halnye yg x selesai. Mana ngan anak demam plak tu.....isssshhhh!!!

Resepinya Sambal ikan bilis ngan kentang....

3 biji kentang
Segenggam ikan bilis
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sudu besar cili giling
sedikit air asam jawa
minyak secukupnya
garam dan gula secukup rasa.

Cara :

Kentang dihiris nipis dan  digoreng. Ikan bilis digoreng garing. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk. Tumiskan bahan tumbuk. Bila dah kekuningan, masukkan cili giling. Goreng sampai naik minyak. Masukkan air asam jawa dan sedikit air. Perasakan dengan garam dan gula.Bila dh agak kering, masukkan kentang dan ikan bilis. Gaul rata dan bolehlah dihidangkan.

p/s : Lauk semalam dah selesai... Ni tengah fikir nk masak apa tengahari ni.!




Have a nice day! :)

Sunday, June 12, 2011

Petua Buang Lemak dengan Limau Nipis

Memakan pil atau menggunakan peralatan moden untuk menguruskan badan bukan pilihan semua orang, terutama mereka yang lebih menggemari cara tradisional. Dalam hal ini, limau merupakan sumber alam yang sangat hebat kesannya. Hal ini disebabkan limau nipis mengandungi asid sitrik yang berkesan memecahkan lemak dan melancarkan penghadaman . Ini info antara cara tradisional menguruskan badan menggunakan limau nipis.
  1. Perahkan dua biji limau nipis ke dalam segelas air kosong, setiap kali selepas makan tengahari atau makan malam. Minumlah air ini sebagai ganti air manis.
  2. Rendam tiga sudu besar teh cina. Tapis dan campurkan perahan limau nipis. Minumlah dua kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
  3. Ambil sebiji kapur makan dan sebiji limau purut. perahkan limau tadi bersama kapur makan lalu digaul sehingga sebati. Sapukan disekitar perut  sebelum tidur dan biarkan kering sehingga pagi sebelum dicuci.
p/s : Jus limau berfungsi memecahkan lemak terhasil dalam badan. Petua ni agak x sesuai untuk org yang ada gastrik.


Have a nice day! :)

Friday, June 10, 2011

MINUMAN JUS JAMBU BATU PAKCU 916


Ini gambar Jus Jambu Batu yang aku jual di Masjid Negeri @ Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.

Ini serba sedikit mengenai jus jambu batu ini.

Jenama: Jus Jambu Batu Pak Cu 916. Aku tak  pasti mengapa jus jambu batu Pak Cu ni bernombor 916 (macam emas 916 plak kan?).

Berat bersih jus ni 340ml. Yang tak bersihnya tak tau pulak.

Jus jambu ni keluaran bumiputera. Dari jenama pun kita sepatutnya boleh agak kan? Lainlah kalau jenama jus ni Jus Jambu Batu Steven Spielberg.

Ramuan untuk membuatnya: Jus jambu batu, sukrose, kondisioner makanan, perisa, pengawet dan pewarna yang dibenarkan.

Fakta Nutrisi Jus ini adalah seperti berikut:
Saiz HidanganPer 100g
Tenaga/Energy88kcal
Karbohidrat/Carbohydrate21.6g
Protein0.41g
Jumlah lemak/Total fat0.01g
Jumlah gula/Total sugar4.9g

Minuman ini mesti digoncang sebelum anda meminumnya. Biar pesnya tersebar sekata.
Jus ni perlu disimpan ditempat yang kering dan tertutup. Sodap ni!!!  Terasa segarnyaaaaaaaa!



Jika anda terliur dan berminat boleh datang ke gerai kami........ harganya x mahal dan amat berpatutan.

RM 2.00 sebotol

Selamat minum!!!!!!!!!!!!!

Have a nice day! :)

Thursday, June 9, 2011

Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api Dengan Peria


Ini salah satu lauk kegemaran suami aku...... Dia memang pengemar massak lomak cili api. Maklumlah orang Negori lah katakan!!! Aku pun suka lauk gulai ni sebab sayur peria memang kesukaan aku, walaupun rasanya pahit. Anak2 memang x sentuh langsung lauk ni bila aku taruh peria  sekali.

Bahan2 :

1 biji peria (sederhana besar)  - potong kecil2
4 ekor ikan kembung
12  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Peria yang  telah dipotong kecil tadi masukkan dalam periuk bersama bahan tumbuk dan serai yang telah dititk. Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. Bila dah mendidih, masukkan ikan dan secawan lagi santan pekat. masukkan juga asam keping. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi.. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.

p/s : Untuk mengurangkan pahit peria rendam peria yang telah dipotong2 dalam air dicampur garam lebih kurang dalam 5 minit.


Have a nice day! :)

Wednesday, June 8, 2011

Taugeh Tumis Air


Ini juga lauk yang simple...... aku sentiasa masak yang mudah2 je.... boleh  di makan, sedap dan berkhasiat.... kira okeylah tu!!!

Bahan2 :

1 mangkuk taugeh
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
beberapa ekor ikan bilis
1 keping tauhu - goreng sebentar
1 sudu makan sos tiram
1/2 sudu kecil pati ayam (jika suka)
1/4 cawan air
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2:

Bawang merah, bawang putih dihiris halus, Cili merah dipotong serong. Tauhu digoreng  dan dipotong dadu. Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili merah dan ikan bilis. Masukkan sos tiram dan taugeh. Masukkan air dan pati ayam. Masak hingga mendidih. Masukkan tauhu. Sesuaikan rasa garam dan  gula. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.


Have a nice day! :)

Tuesday, June 7, 2011

Ikan Kembung Goreng Sambal

Ini satu lagi jenis lauk yang simple. Lauk yang paling biasa aku masak.Anak2 n hubby suka lauk ni.... aku x berapa suka lauk ni.... kalau ada lauk lain x aku sentuh lauk ni.

Bahan2 : 

4 ekor ikan kembung - digoreng
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu makan cili giling
1/4 cawan air asam jawa
Sedikit minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Bawang merah dan bawang putih ditumbuk lumat. Bawang besar di mayang halus. Tumis bahan tumbuk. Bila dah kekuningan massukkan cili giling. Goreng sampai wangi. Masukkan air asam jawa dan bawang besar. Tumis sampai pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula. Selepas tu bolehlah diangkat dan dituang di atas ikan goreng. 

"Selamat makan!! "


Have a nice day! :)

Monday, June 6, 2011

OZI (Air Mineral Tongkat Ali)

OZI TONGKAT ALI - TERBARU 2 dalam 1
(Air Mineral Gau dengan Tongkat Ali  - tanpa rasa pahit)

Tongkat Ali telah dikenali semenjak 1000 tahun yang lampau sebagai "Raja Herba Hutan Tropika" yang boleh menguatkan dan menyihatkan badan untuk kekal muda jika diamalkan secara berterusan.

Ozi Tongkat Ali adalah minuman herba gabungan formula bioteknologi Ekstrak Tongkat Ali bersama Herba Tempatan dengan Air Mineral Gau TANPA RASA PAHIT dalam bentuk cecair yang mudah diserap oleh badan.

Formula BioTek oleh 
Prof. Dr. Syed Mohsin Sahil Jamalullail (USM)

Selain menghilangkan dahaga, secara tradisinya ia juga dipercayai dapat :-
  • Menyegarkan badan ketika memandu, berbasikal atau melakukan sebarang aktiviti.
  • Menstabilkan pusingan darah.
  • Menyeimbangkan suhu badan.
  • Menyeimbangkan fungsi hati dan buah pinggang.
  • Meningkatkan daya tahan badan.
  • Membantu mengurangkan kegemukan.
  • Membantu para atlit dan ahli sukan.
  • Sesuai diminum oeh semua golongan - Kanak2, dewasa, lelaki dan perempuan. * tidak sesuai bagi bayi

Harga : RM 2.00 sebotol

Sebarang pertanyaan atau  pembelian sila hubungi : NOOR di 0172387594 atau datang ke : Bazaar Masjid Negeri Shah Alam dan Annur Rawatan Resdung Seksyen 24 Shah Alam


Have a nice day! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...