Just Klik!

Thursday, June 9, 2011

Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api Dengan Peria


Ini salah satu lauk kegemaran suami aku...... Dia memang pengemar massak lomak cili api. Maklumlah orang Negori lah katakan!!! Aku pun suka lauk gulai ni sebab sayur peria memang kesukaan aku, walaupun rasanya pahit. Anak2 memang x sentuh langsung lauk ni bila aku taruh peria  sekali.

Bahan2 :

1 biji peria (sederhana besar)  - potong kecil2
4 ekor ikan kembung
12  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Peria yang  telah dipotong kecil tadi masukkan dalam periuk bersama bahan tumbuk dan serai yang telah dititk. Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. Bila dah mendidih, masukkan ikan dan secawan lagi santan pekat. masukkan juga asam keping. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi.. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.

p/s : Untuk mengurangkan pahit peria rendam peria yang telah dipotong2 dalam air dicampur garam lebih kurang dalam 5 minit.


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...