Just Klik!

Wednesday, June 22, 2011

Ikan Kerisi Bertaucu


Ini masakan yg biasa jugak aku buat.... Cuma tukar je jenis ikannya. Kali ni aku gunakan ikan kerisi Aku sangat2 suka lauk ni. Bila dah makan lauk yang berlemak tu...... sesekali tukar yang berair je... ala2 sup gitu. Taruh cili hijau banyak2. Jadikan cili hijau tu sayurnya... Wah! berselera makan!!!

Ini dia Ikan Kerisi Bertaucu aku......

Bahan2 :


4 ekor ikan kerisi - goreng

2 biji bawang merah - hiris halus

2 ulas bawang putih - hiris halus

1 cm halia - hiris halus

1 paket taucu
9 biji cili hijau - di buang biji.
1/2 cawan air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak masak
11/2 cawan air.



Cara2 :


Tumis bawang putih, bawang merah dan halia. Bila kekuningan masukkan taucu. Kacau dan masukkan air asam jawa. Masukkan pula cili hijau. Bila dah mendidih. Masukkan air (Kalau nk banyak kuah, lebihkan air). Bila dah mendidih lagi, masukkan ikan goreng. Perasakan dengan garam dan gula. Siapp!


Nak rasa? Sila lah cuba....!

Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...