Breaking

Sunday, June 26, 2011

Kacang Botor Tumis Air


Aku ni..... kalau korang perasan, selalu masak lauk sayur...... sayur, sayur dan sayur..... Kali ni pun aku nk post satu lagi resepi sayur yang baru aku masak semalam. Kalau boleh aku ni nak jadi vegeterian... Agak susah nk laksanakan kemahuan aku ni.... al maklum lidah melayu.......namun aku nak lebihkan makan sayuran jugak. Salah satu sebabnya  aku ni alergik dengan sesetengah makanan.......Sebab lainnya dah tentu kerana makan sayuran bagus untuk kesihatan dan menjauhkan diri dari pelbagai penyakit. Anak2  pun suka sayur sebab dah di dedahkan dari kecil lagi.

Ini dia masakan sayur aku..... 'Kacang Botor Tumis air'

Bahan2 :

15 batang kacang botor
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
beberapa ekor ikan bilis
1 sudu makan sos tiram
1/2 sudu kecil pati ayam (jika suka)
1/4 cawan air
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2:

Kacang botor di potong kecil2. Bawang merah, bawang putih dihiris halus, Cili merah dipotong serong. Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili merah dan ikan bilis. Masukkan sos tiram dan kacang botor. Masukkan air dan pati ayam. Masak hingga mendidih. Sesuaikan rasa garam dan  gula. Bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan lauk2 lainnya.

'Selamat Makan'



3 comments:

Lia said...

lama tak makan kacang botol.. selalunya lia buat ulam aja mkn dgn sambal belacan..

Noor Akma said...

cubalah buat.... sodap nih!!!

mdhilwan said...

TQ. Malam ni saya cuba masakan kacang botor. Tentu sedap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...