Just Klik!

Saturday, June 25, 2011

Pajeri Nenas Perak Style



Ini masakan yang biasa  sesangat-sangat aku masak. All my family suka makan lauk ni. Berselera sekali makan nasi ngan lauk ni. Ini resepi  mak aku kt kampung tu.... So aku tags sebagai masakan Perak style.....

Sodap gitu!!!

Ini  dia resepi  'Pajeri Nenas Perak Style' aku ......

Bahan2 :

1 biji nenas
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu makan ikan bilis atau udang kering
1 paket kecil serbuk kari kari ikan
1 paket kecil kerisik
1 sudu makan cili giling
2 cawan santan
1/2 cawan air
Sedikit rempah ratus ( kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang)
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Nenas di buang kulit,  dibersihkan dan dipotong-potong . Bawang merah, bawang putih, halia ditumbuk lumat. Tumbuk juga ikan bilis/udang kering separuh lumat.  Tumiskan rempah ratus bersama bahan tumbuk. Bila dah wangi, masukkan cili giling. Masukkan pula serbuk kari dan air. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan  kerisik dan santan. Bila dah dah mendidih masukkan nenas. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Bila  dah agak nak kering kuahnya, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Selamat Mencuba....!


Have a nice day! :)

2 comments:

Mas said...

lama dah tak buat pajeri..
sedappnya tengok..

Noor said...

resepi biasa je.... sodap tu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...