Just Klik!

Tuesday, June 28, 2011

Petua Taugeh Kekal Segar...

Taugeh..... Ia merupakan sejenis makanan daripada percambahan kekacang atau bean sprout sama ada daripada kacang hijau (vigna radiata) atau kacang hitam (vigna mungo).

Taugeh..... adalah sayuran yang di tanam tanpa menggunakan tanah. Jadi ia bebas bahan kimia dan bahan toksik serta bakteria yang merbahaya.

Taugeh... Adalah sayuran dan  bahan  penting dalam masakan mee, soto, laksa, tauge goreng, gado-gado, kerabu dan banyak lagi. Boleh juga di tumis dan direbus dan dimakan bersama nasi.

Taugeh.... Harganya pun tak mahal. Kadang-kadang tu kita terbeli taugeh dalam jumlah yang banyak. Lebih2 lagi kat supermarket, ianya dah siap dibungkus. Rugi kalau dibuang....

Bagi memastikan lebihan taugeh yang nak disimpan itu kekal segar, ikut petua ini....
  • Masukkan taugeh kedalam sebuah mangkuk yang berisi air.
  • Letakkan sekeping asam keping atau asam gelugur. 
  • Simpannya ke dalam peti sejuk.
Taugeh yang disimpan  akan tahan lama dan tidak lembik.


Have a nice day! :)

1 comments:

Rohaizam Rosli said...

alamak... kalau xmakan taugeh cmne ekkk... hu8huhu

*Iejam dtg singgah dari oh belog....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...