Just Klik!

Friday, June 24, 2011

Rendang Ayam Pencen

Dah siap isi dlm bekas .... nk anta kt org order le tu!!

Rendang ni pernah aku masak dan post kat blog ni x berapa lama dulu. Aku edit balik je. Rendang negori ni...  podeh dan sodap! Pernah jugaklah aku dapat tempahan open house lauk ni waktu lepas raya tahun lepas..... 1 ekor kira dalam rm 30... Boleh ditukar dengan daging. 1 kilo dalam rm 45. Aisey... promote lah pulak. Sesaje je ni.... he..he..

Inilah resepiku.... 'Rendang Ayam Pencen'  ghombau style.


Bahan -Bahan:
1 ekor ayam pencen
4 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
1 helai kunyit (di koyak)
1 helai daun kunyit (di hiris halus) 
4 btg serai (di titik)
1/2 bungkus serbuk kari daging
1 btg kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 keping asam keping 
1/2 sudu teh gula
garam secukup rasa
semangkuk air 

Bahan Kisar:


8 labu bawang merah
6 ulas bawang putih 
3 btg serai
3 inci halia 

1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas 
15 tangkai cili kering & 2 sudu besar ciling giling
15 biji cili api
2 biji buah keras
secubit jintan manis & jintan putih


Cara Membuat:
Ayam di potong kecil2. Masukkan ayam, bahan kisar, serbuk kari, serai titik, daun kunyit, kulit kayu manis, bunga lawang dan semangkuk air. Kacau sampai hampir kering. Selepas tu masukkan santan, kerisik dan asam keping serta garam dan gula.


Masask hingga ayam lembut dan kuahnya kering. Jika daging ayam belum lembut masukkan secawan air dan kacau sampai kering.Sedia di makan dengan nasi panas2.




Itu ajelah..... SELAMAT MENCUBA!!
 

Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...