Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Tuesday, June 14, 2011

Sambal Ikan Bilis ngan Kentang


Ari ni masih rasa letih yg x terkirakan...... Penatl lelah berkampung di Karnival Cuti Sekolah Masjid Negeri Shah Alam masih terasa.Semalam baru start tengok2 dapur dan masak.... Dah tentunya yang mudah2 je. Janji boleh ditelan... Lepas masak pergi bank plak.... Nak uruskan akaun bank anak. Ada je halnye yg x selesai. Mana ngan anak demam plak tu.....isssshhhh!!!

Resepinya Sambal ikan bilis ngan kentang....

3 biji kentang
Segenggam ikan bilis
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sudu besar cili giling
sedikit air asam jawa
minyak secukupnya
garam dan gula secukup rasa.

Cara :

Kentang dihiris nipis dan  digoreng. Ikan bilis digoreng garing. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk. Tumiskan bahan tumbuk. Bila dah kekuningan, masukkan cili giling. Goreng sampai naik minyak. Masukkan air asam jawa dan sedikit air. Perasakan dengan garam dan gula.Bila dh agak kering, masukkan kentang dan ikan bilis. Gaul rata dan bolehlah dihidangkan.

p/s : Lauk semalam dah selesai... Ni tengah fikir nk masak apa tengahari ni.!




Have a nice day! :)

3 comments:

Mas said...

salam noor...bestnya tengok sambal bilis ngan kentang tu....
peberet mas ngan suami tau..
noor berniaga ke kat karnival masjid shah alam tu..

maszmadi said...

sedap walaupon simpel, lagi2 kalau air tangan sendiri kan..

Noor said...

Mas : Yalah mas... sodap dan simple. Apa yg diniagakan kt blog ni, itulah yg sayajual kt bazaar masjid negeri...makanan dan minuman pun ada.

Maszmadi : yg mudah2 je.... busy!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...