Just Klik!

Saturday, July 2, 2011

Kari Ayam, Dhal dan Kentang


Skrg ni rasanya aku ni terlebih excited bebeno plak ngan blogging ni..... Bila dah dapat cara nak tingkatkan trafik kt blog dan tengok orang masuk blog aku ni berduyun2.... lagilah best. Dan aku jugak dah tau camne nak buat watermark kt gambar dan macam2 lagilah.... tengok le perubahan demi perubahan yang dah ada kt blog ni... Okeylah...... membebel plak aku ni.

Ari ni nak post masakan yang aku masak semalam.... sodap gitu!!!!  

Resepi nya .....'Kari Ayam, Dhal dan Kentang'  

Bahan2 :

5 ketul ayam - bersihkan 
2 biji kentang - dipotong 
1/2  cawan kacang dhal - direbus dgn 1 cawan air sampai kembang
2 biji bawang merah - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
1 cm halia - tumbuk
2 sudu makan cili giling 
1 pkt kecil serbuk kari ayam
1/4 cawan air asam jawa
1/2  cawan air
1/2 tin susu cair
minyak secukupnya
gula dan garam secukup rasa
sedikit rempah tumis - kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga

Cara :

Tumiskan bahan tumbuk. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. Tumis sampai agak garing. Masukkan air asam jawa. Masukkan serbuk kari ayam sekali. Tumis bahan2 sampai garing. Lepas tu masukkan kacang dhal dgn airnya sekali dan 1/2 cawan air. Masukkan juga kentang  dan ayam Masak sampai mendidih. Lepas tu masukkan 1/2 tin susu cair. Perasakan juga dengan garam dan gula. Biarkan mendidih sekali lagi. Bolehlah diangkat dan dihidangkan. Selain makan dengan nasi boleh juga di makan dengan roti jala, roti canai dan macam2 lagilah.

Selamat mencuba.....!




Have a nice day! :)

1 comments:

PenDekAr LauT said...

Alahai sedapnye.. Lapa plak rasanye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...