Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Tuesday, July 12, 2011

Masak Lemak Cili Api Ikan Kembung dan Rebung

Ini ajelah resepi yang dimasak semalam..... kegemaran my hubby. Sedap jugaklah. Dalam sibuk2 mengemas rumah, sempat jugak aku memasak juadah tengahari untuk keluarga. Alhamdulillah.... kerana masih diberikan tenaga dan kudrat untuk membahagiakan keluargaku ini...

Melalut pula aku hari ni..... sebenarnya aku penat ni, nak demam pun ada.

Inilah dia masakan yang tak seberapa.... 'Masak Lemak Cili Api Ikan Kembung  dan Rebung

Bahan2 :

4 ekor ikan kembung
1 mangkuk rebung
12  biji cili api - tumbuk
1 cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Rebung  dididihkan dalam periuk bersama bahan tumbuk. Masukkan juga secawan santan pekat dan secawan air. Bila dah mendidih, masukkan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi. Tapi jangan banyak2 nanti x sedap plak. Biarkan  mereneh.  Masukkan ikan. Kacau perlahan-lahan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.

p/s : Wah! sodap sekali nih..... puji sendirilah!!!


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...