Just Klik!

Wednesday, July 6, 2011

Muffin Coklat Kukus


Muffin coklat ni aku buat sempena harijadi anak..... Merengek dia, tengok aku tak peduli pun pasal harijadi dia 2 hari lepas. Apapun aku tak prepare..... So terpaksalah aku bekerja keras buat muffin ni. Aku cakap ngan dia.... inilah kek harijadi dia... Nak wat camne.... busy je, tak sempat nak pergi mana-mana pun. Muffin ni pun simple je... Resepi dari kawan baik..... Kak Noriah yang tinggal kat Lestary Puchong... dulu tu dia jiran kat rumah lama.... Dia ni member bisnes masa buat kuih raya tahun 1999 dan 2000. Dah lama tuuu!

Muffin mudah dan bahan2nya pun senang dapat.....

Simple je 'Muffin Coklat Kukus' ni.... sukatan pakai cawan je!

Bahan2 :

1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak atau marjerin(cairkan penuh 1 cawan)
1 cawan gula
2 biji telur
13/4 cawan tepung gandum
1 camca teh soda bikarbonat
1 cawan air sejuk
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
mangkuk kertas

Cara2 :

Gula, susu dan minyak dipukul sampai kembang. Lepas tu masukkan telur, pukul lagi sampai kembang.... Masukkan pula air dan kacau sebati.Gaulkan besama tepung, serbuk koko dan soda bikarbonat. (Kalau boleh ayak dahulu bersama.) Masukkan campuran tepung tadi kedalam adunan.Kacau rata sehingga sebati. Panaskan  kukusan terlebih dahulu, Masukkan mangkuk kertas ke dalam acuan kuih lompang. Taruh adunan separuh penuh sahaja. Adunan bolehlah di kukus. Sekejap je dah masak.... sekali kukus dalam 15 minit je!

Sekian.... Selamat mencuba.


Have a nice day! :)

4 comments:

Siti NurFalahah said...

ermmm,,,,naper ek kadang2 x jadik???


mohon penjelasan.......
:p

Noor said...

Siti.. nape ye x menjd plk...? Maybe soda bikarbonat tu dah expired kot... Ape2 pun jgn putus asa cube lg..!

Anita Abdul Ghaffar said...
This comment has been removed by the author.
Anita Abdul Ghaffar said...

Tepung gandum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...