Breaking

Thursday, July 7, 2011

Paprik Ayam Masam Manis


Smlm masak lauk paprik ayam.... Dah lama tak masak lauk ni..... anak2 mintak. Asyik makan lauk yang sama je, jemu jugak. Bukannya susahpun cuma bahan2 nya tu banyak... remeh ckit. Rasa masam dan manis Ayam paprik ku ini amat menyerlah...... wah!

Inilah dia...... 'Paprik Ayam Masam Manis ' campak2 je...!

Bahan2 :

Separuh dari sebelah ayam sahaja - potong kecil2

(a)
3 biji  bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai
5 biji cili api 

(b)
1/2 batang carot
1/4  tangkai bunga kobis
4 batang putik jagung
5 kuntum cendawan kelabu
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
1 biji tomato 

1 paket pes tomyam
3 sudu besar sos cili 
1 sudu  besar  sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1/2 cawan air
beberapa helai daun limau purut
sehiris limau nipis
Sedikit minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Cara2:

Bahan2 (a) ditumbuk kasar. Bahan2 (b) dihiris.  Tumiskan bahan (a) sehingga wangi dan kekuningan. Masukkan ayam dan dibiarkan mereneh seketika. Masukkan pes tomyam, sos cili, sos tiram dan kicap pekat. Masukkan juga 1/2 cawan air. Biarkan mereneh sebentar.

Selepas itu masukkan bahan2 (b) kecuali tomato. Kacau sebati. Biarkan mereneh dan sayur masak. Sebelum  itu masukkan  tomato dan kacau lagi. Perasakan dengan garam dan gula. Tutup api dan masukkan pula jus dari sehiris limau nipis. Kacau rata dan bolehlah dihidangkan dengan nasi putih.

Sekian.... selamat mencuba!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...