Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Saturday, July 9, 2011

Sambal Tempoyak Asing2

Ari ni wat entry resepi sambal tempoyak.... Aku bagi nama sambal tempoyak asing2 ni sebab biasanya aku tengok selalunya semua orang wat resepi sambal tempoyak yang digaul sekali. Tapi  mak dan opah aku kat kampung  wat cam gini...... x dicampurkan . Bila nak makan ambil sambalnya sikit dan tempoyaknya sikit...... gaulkan dalam pinggan masing2.....  Dari dulu lagi macam tulah aku diajar bila makan sambal ni.

So.... aku persembahkan resepi ku ini 'Sambal dan Tempoyak Asing2'

Bahan2 

1/2 cawan tempoyak - ikut sukalah banyak mana
5 biji cili api 
segenggam ikan bilis
garam dam gula secukup rasa

Cara2 :

Cili api, garam dan gula ditumbuk lumat. Bila cili api dah lumat, masukkan ikan bilis. Tumbuk jangan sampai lumat. Biar  agak kasar sikit ikan bilisnya.... barulah terasa ikan bilisnya. Dah siap, taruh dalam piring berisi tempoyak. Letak sebelah-menyebelah. Bolehlah di hidangkan selepas ni, sebagai penyedap rasa masakan.

Selamat mencuba.........!

p/s ; Sebenonya ni antara masakan tengahari aku 3 hari lepas.... dah abis dah!!!

Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...