Breaking

Saturday, August 27, 2011

Saturday, August 27, 2011

SELAMAT HARI RAYA!!!!!!!!!!!!!


DITUJUKAN KEPADA ANDA SEMUA YG MENGENALI DIRI INI.......... SANAK SAUDARA, SAHABAT HANDAI DAN TAULAN DI ALAM MAYA, DI ALAM REALITI DI MANA JUA BERADA

KU SUSUN SEPULUH JARI, KU MOHON MAAF DARI HUJUNG RAMBUT  KE HUJUNG KAKI..

JIKA ADA SALAH DAN SILAP PERKATAAN DAN GURAUAN

SELAMAT SEJAHTERA DI AIDILFITRI

BERHATI-HATI DI PERJALANAN

SEMOGA SELAMAT SAMPAI KEDESTINASI!!!!

Saturday, August 27, 2011

Tat Kurma Coklat


Haaaaaaaaaaaa kuih raya lagi...... ini yg terakhir aku buat  biskut utk raya ni. Lepas ni aku dah cukup sibuk...

Biskut macam tat nenas jugak. Cuma tukar citarasa je sebab aku ni berniaga kurma kat psr ramadan. Jadi xpayah susah2 nk buat jem. Tenyeh je!!!!

Lepas tu letak perisa coklat. Ingat nk buat biskut coklat. Disebabkan masa dah suntuk...... redah jerrrrrrrrrrrr!!!

Jadilah ' Tat kurma Coklat'

750gm tepung gandum
1 ketul mentega
2 biji telur
2 sudu makan susu pekat
2 sudu makan gula icing
2 sudu besar serbuk coklat
Gula warna warni utk hiasan

Utk inti
Kurma secukupnya di buang biji dan dilecek.
Kalau kurma yg keras tu, celur sebentar baru dilecek.

Cara2 :

Kacau mentega, gula, susu dan telur sampai kembang. Lepas tu masukkan serbuk coklat. Masukkan pula tepung dan kacau sehingga menjadi doh yg lembut dan boleh ditekan.

Tekan dengan acuan semperit memanjang. Letakkan kurma dan gulung kemas. Susun di atas loyang pembakar. taburkan gula warna warni diatasnya utk hiasan.

Bakar didalam ketuhar selama 20 minit atau sehingga masak. Sejukkkan sebelum disimpan

Saturday, August 27, 2011

Honey Cornflakes Cookies


Ini kuih raya yg aku buat mlm tadi...... 2 hari dah aku berjaga mlm, siapkan kuih raya. 

Inilah hasilnya.... 

Biskut ni rangup.... bahan2 pun mudah jerrrrrrrrrr!!

Senang plak tu nk buatnye, Gaul je semua sekali dan masukkan dlm paper cup. Buat dua adunan..... dpt banyak !!

Resepi ni dah lama dlam simpanan (resepi dari kawan lama Kak Noriah (Lestari Puchong).... dah biasa buat time raya.

'Honey Cornflakes Cookies'

Bahan2 : 

2 cawan cornflakes
2 cawan nestum
250gm/1ketul mentega
1/2 cawan gula halus
5 sudu besar madu
Mangkuk kertas secukupnya.

Cara2 :

Cornflakes di ramas2 separuh hancur. Mentega di gaul dengan gula sampai kembang. Masukkan madu. Gaul lagi. Masukkan puka nestum dan cornflakes. Digaul sampai sebati. 

Lepas tu bolehlah dimasukkan didalam  mangkuk kertas. Bakar selama 15 minit atau sehingga masak.

P/s : Boleh juga dicampurkan dengan buah2an kering atau coklat cip/ball atau apa2 je hiasan. Aku bubuh coklat ball ckit.



Saturday, August 27, 2011

Ikan Patin Masak Tempoyak


Waaaa!!!!!!!!!!!!!! Teringin plak smlm nk makan Ikan Patin. Wat Masak tempoyak .....

Sedapppppppp...!!!!!

Aku beli la ikan patin kat Mydin.....  buat berbuka puasa smlm. Ari ni x tahu nk masak ape lagi!!!!

'Ikan Patin Masak Tempoyak'

Bahan2 :


1 ekor ikan patin
5  sudu besar  tempoyak  
8 biji cili api
2 biji cili merah
1 cm isi kunyit
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Ikan patin  dibersihkan. Jangan lupa rendam sebentar dengan air asam jawa untuk buang hanyir. Cili  api, cili merah dan  isi kunyit di tumbuk lumat. Masukkan dalam periuk dan gaulkan dengan ikan dan tempoyak. Masukkan air.  Didihkan. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Dah masak boleh diangkat.

Sedap dan terangkat abis.................. (makan x toleh kiri kanan punya!!!!)

P/s : Air x perlu banyak, cukup2 terendam ikan je. Masak agak pekat ckit.... !!!


Friday, August 26, 2011

Friday, August 26, 2011

Biskut Aiskrim Coklat


Biskut ni permintaan anak2. Al-maklumlah rupanya yg menarik membuat anak2 aku suka. Buat ajelah. Aku buat 2 adunan biskut ni........ 

Anak2 aku ni..... tau ajelah semuanya dok menyibuk nak menolong. So, aku bagilah diorang mengecop adunan kuih ni. Tp...... berkecahlah dapur dikerjakan diorang ni, xpelah... bukannya selalu. Sekejap je, bila dah jemu n mengantuk..... sorang2 masuk tidur. Tinggal aku terkontang-kanting............

Siap bubuh cooking coklat  sekali dalam pukul 2 pagi..... legaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!

Resepi dari majalah saji 2011

Bahan2 :

130gm mentega
60 gm gula ising
160gm tepung gandum
20gm tepung jagung
10gm tepung kastard
1 sudu teh kecil serbuk penaik
1 bji kuning telur - utk sapu atas biskut
Coklat masakan dan manik warna utk hiasan

Cara2 :

Pukul mentega dan gula sampai kembang. Lepas tu campurkan kesemua adunan tepung dan serbuk penaik. Kacau sebati sehingga menjadi doh yg lembut. Canai dan terap dengan acuan aiskrim dan bakar dengan suhu 180C selama 20 minit atau sehingga masak.

Sejukkan biskut. Selepas tu  Cairkan coklat masakan dan celupkan separuh biskut dengan coklat. Taburkan dengan manik warna warni. Bila coklat dah kering, bolehlah disimpan.

Friday, August 26, 2011

Golden Daisy Cookies


Inilah dia............ biskut raya buat mlm tadi. Biskut yg simple dan senang jerrrrrrrrrrrr.

Rasa dia..................... eeeemmmmmmmmmmm sedap. Bahannya pun teramat rinkas sesangat. Itu yg aku suka. Resepi biskut ni aku pun lupa cilok dari buku resepi mana, tp dah lama ada dalam simpanan.

Kalau tengok bentuknya sama je dengan biskut dahlia yg biasa, cuma kaler dia lebih kuning keemasan. Intinya pula guna kismis kuning. Pulak tu biskut ni kaya dengan rasa susu yg sedap.


Bahan2 :

600gm tepung kastard
1/2 tin susu pekat manis
250gm/1 ketul  mentega
Kismis kuning secukupnya

Cara2 :

Pukul mentega dan susu pekat sampai kembang. Lepas tu masukkan tepung kastard. Jangan masuk semua sekali, masukkan sikit2 utk mendapat adunan lembut. Gaul sebati. Adunan ini agak lembik sedikit. Ini adalah utk memudahkan memicitkan adunan kedlm acuan.

Masukkan adunan kedlm acuan dan picitkan adunan diatas loyang pembakar. Gunakan acuan semperit atau acuan biskut dahlia. Letakkan inti kismis kuning diatasnya. Jika kismis terlalu besar, boleh dipotong kecil2.

Bakar dlm suhu 170C selama lebih kurang 15 minit atau sehingga bawahnya kekuningan.

Wednesday, August 24, 2011

Wednesday, August 24, 2011

Danish Coconut Cookies


Mlm tadi aku mulalah mengukis. Teringin nak makan biskut kelapa. Godek2 resepi.... aku  cuba resepi ni, menjadi dan sedap! Cuma kaler dia x meriah.

Xpelah,  janji rasa dia sedap.... macam rasa biskut dlm tin biru tuuuuuuuuuuu!

Resepi ni aku jumpa kt myresepi.... by Kak Fida

 'Danish Coconut Cookies'

150gm mentega lembut (2/3 cawan)
150 gm tepung gandum (11/4 cawan)
50 gm tepung jagung (1/2 cawan)
50 gm gula castor (1/4 cawan
50 gm kelapa parut kering (1/2 cawan)

Utk hiasan :
sebiji putih telur
Kelapa parut kering secukupnya

Cara 2 :

Satukan kesemua bahan kecuali bahan utk hiasan. Simpan doh dlm peti ais selam 1 jam. X lakuan kaedah ini pun xpe. Bulatkan doh atau terap dengan acuan yg disukai. Sapu atas biskut dengan putih telur dan taburkan kelapa parut kering.

Bakar  pada suhu 150C selama 20 minit atau sehingga kekuningan mengikut kepanasan oven masing-masing. Sejukkan biskut dan simpan dalam bekas kedap udara.

p/s ; Buat cara yg mudah je n sukat pakai cawan... nak detail  rujuk myresepi  yer!

Tuesday, August 23, 2011

Tuesday, August 23, 2011

Kuih Bahulu Cermai


Juadah raya lagi..........!  Kuih orang lama. Permintaaan dari my hubby lah tu. Dia suka kuih macam ni. Al-maklum tekak jenis dulu-dulu punya.

Bahan2 :

420gm tepung gandum - digoreng dahulu dengan api perlahan
10 bji telur
600gm gula pasir
1 sudu teh esen vanila
Sedikit minyak - untuk disapu pada  acuan

Cara2 :

Pukul telur dan gula hingga kembang dan gula hancur. Kemudian masukkan esen vanila dan kacau rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau perlahan.

Panaskan acuan berbentuk buah cermai terlebih dahulu dan lenserkan dengan sedikit minyak. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 20 minit atau sehingga masak.

p/s : tepung boleh juga di bakar sebentar di dalam ketuhar. Bakar bahulu di dalam ketuhar menggunakan api bawah dahulu.... bila  bhgn bawah dah hampir masak tukar pada api atas untuk masak serata.

Monday, August 22, 2011

Monday, August 22, 2011

Ayam Lada Hitam


Dek kesibukan nk raya ni aku masak ajelah lauk ni untuk berbuka smlm....

Ambik resepi dari buku masak 'Senangnya Memasak.... Ayam' Chef Hanieliza.

Ayam ni lebihan dari barang2 masakan aku minggu2 yang lepas. Maksudnya keluar dari peti ais je.

Bahan2 :

500 gm ayam - aku x timbang pun, pakai mana yg ada
1 batang lobok merah - dipotong kecil
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung - di bancuh, aku x buat
1/2 cawan air
2 sudu besar lada hitam (tumbuk)
Minyak utk menumis

Bahan hiris
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang besar

Bahan hiasan
2 tangkai daun sup - x bubuh
2 tangkai daun bawang - x taruh
1 biji tomato - potong 4
2 biji cili merah (dihiris)

Cara2 :

Ayam dipotong kecil2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris hingga wangi. Masukkan ayam dan goreng sehingga masak dan dagingnya lembut.

Masukkan bancuhan air tepung jagung, kicap pekat dan sos tiram. masak hingga pekat dan masukkan bahan hiasan. Dah siap.... angkat dan hidangkan.

p/s : Buat agak berkuah sikit lauk ni..... bye!

Sunday, August 21, 2011

Sunday, August 21, 2011

Kuih Goyang/Ros Pedas


Inilah juadah  pertamaku untuk raya nanti..... menjadi jugaklah resepi ni.

Ambik resepi ni dari myresepi. Selalu buat yg manis, kali ni jumpa plak yg pedas..... malam tadi beria-ialah aku membuatnya.

Alhamdulillah... cantik dan sedap. Rasanya iras2 kuih maruku atau kuih siput.

Kuih Goyang/Ros Pedas
Resepi dari myresepi-Kak Besah

Bahan2 :

500gm tepung beras - 1 paket
1 cawan tepung gandum
1 cawan cili kisar
1 sudu makan penuh jintan manis
1 sudu makan penuh jintan putih
2 sudu makan penuh udang kering
8 ulas bawang putih
2 bji telur grade B
Semangkuk santan dari sebiji kelapa
1 sudu makan garam dan gula secukup rasa
4 tangkai daun kari - dihiris halus
Minyak untuk goreng terendam
Acuan kuih ros

Cara2 :

Tumbuk jintan2, pas tu masukkan bawang putih dan udang kering. tumbuk hingga lumat.(setakat yg boleh la..) Satukan semua bahan. Kacau sebati. awas, santan jgn masuk semua, agak2 dulu.. takut tercair plak. Adunan ni hampir2 sama ngan adunan lempeng dadar, pekat skit dari kuih ros manis. Rasa lah garamnya.

Panaskan minyak dlm kuali. rendam acuan kuih ros di dlm nya. Bila minyak telah panas, celupkan acuan yg panas tu ke dlm adunan hingga paras ketinggiannya saja. Jgn sampai meliputi semua acuan, nnti x bleh tertanggal. Celup beberapa saat hingga adunan melekat pd acuan..

Terus celupkan acuan ke dlm minyak beberapa saat lalu digoyang2/henjut perlahan hingga kuih tertanggal ke dlm minyak .Biar acuan terendam dlm minyak seminit dua, baru ulangi langkah seterusnya..

Buat lah sampai habis.. yer..  Sekejap je!

Sunday, August 21, 2011

Meehoon Goreng Putih


Inilah hidangan berbuka smlm..........  so simple! tp sedap je.....!

Meehoon ni x payah pakai cili kisar, cuma pakai cili api hijau yg di ketuk2 campur ngan lada hitam.

Bahan2 :

1 bungkus meehoon
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
4 biji cili api hijau
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh asam jawa
1/4 dari 1 ketul  kiub ayam
1/2 cawan daging yg telah dipotong kecil2
2 pokok sawi
2 keping kek ikan
2 biji telur
Sedikit kicap
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya

Cara2 :

Meehoon dicelur. bawang putih, bawang merah, halia di tumbuk lumat. Cili api di ketuk2. Sawi dipotong2. Kek ikan dipotong kecil2.

Tumiskan bahan tumbuk sehingga kekuningan. Masukkan daging, cili api dan lada hitam. Kacau2 sehingga daging masak. Masukkan kek ikan, sos tiram dan asam jawa. Kacau lagi dan masukkan juga sedikit air. Masukkan pula sawi. Kacau lagi sehingga layu. Masukkan sedikit garam dan gula. kacau lagi. 

Pecahkan telur didalam bahan2  dan kacau segera. Masukkan meehoon dan percikkan sedikit kicap kedalam kuali. Kacau semua bahan sehingga sebati. Perasakan lagi dengan garam dan gula. Bila semua dah sebati, bolehlah diangkat.

p/s : Selain daging, boleh juga dimasukkan ayam, udang dan sotong sebagai perencah. 

Saturday, August 20, 2011

Saturday, August 20, 2011

Rendang Ayam


Dah buntu nak masak ape.....!!!!! Akhirnya hubby bawak balik ayam sekor n dgn bahan2 segala bagai.... masak rendang le aku smlm. Aikkk!!! belum raya dah nak makan lauk ghondang?????Hubby aku sengih je.

Ghondang pun ghondang lah....... sodap gak!!

Ini ghondang aku main buat je..... ikut naluri!!!  Mix and match nogori n perak gitu!!

Bahan2 :


1 ekor ayam 
4 cawan santan 
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih 
4 btg serai
3 inci halia 
1 inci isi kunyit
1 inci lengkuas
1 helai kunyit (di koyak)

1/2 bungkus serbuk kari daging
 2 sudu besar ciling giling
10 biji cili api
2 keping asam keping 
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Ayam di potong2. Bawang putih, bawang merah dan halia dihiris halus. Lengkuas, isi kunyit, cili api dan 2 batang serai ditumbuk lumat.2 batang serai lagi cuma dititik. Masukkan ayam, bahan tumbuk, bahan hiris,  cili giling, serbuk kari,  serai yang dititik dan santan kedalam kuali. 

Masukkan juga asam keping dan daun kunyit.  Kacau...... Bila hampir kering, perasakan dengan garam dan gula. Biar sehingga kuahnya kering. Kacau selalu.....Bila dah siap, bolehlah diangkat...

Friday, August 19, 2011

Friday, August 19, 2011

Gulai Tempoyak Ikan Kembung


Dah hari ke 19 kita berpuasa.......... selera makan dah caca-marba. Sana-sini dok sibuk cerita tentang raya. mooad raya dah mari.... aku je yg xde mood lagi.

So.... aku masak gulai tempoyak ajelah.... tempoyak sebalang tu xkan terbiar je. Lama2 nanti x sedap pulak rasanya.

Menu kali ni  'Gulai Tempoyak Ikan Kembung'

Bahan2 :


4 ekor  ikan kembung
3  sudu besar  tempoyak
1 mangkuk rebung kuning - xde pun xpe  
8 biji cili api
1 biji cili merah
1 cm isi kunyit
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Ikan kembung   dibersihkan.. Kalau nak, boleh dipotong2. Cili  api, cili merah dan  isi kunyit di tumbuk lumat. Masukkan dalam periuk dan gaulkan dengan ikan dan tempoyak. Masukkan air. Masukkan juga rebung. Didihkan. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Dah masak boleh diangkat.

p/s : Rebung tu boleh kalau x taruh pun. Tukar dengan timun pun boleh!


Friday, August 19, 2011

Roti Jala Dengan Kari Daging


Tetiba je rasa nak menjala plak. Bila dah buat roti jala ni..... aku teringat roti jala dan kari daging yg paling sedap pernah aku makan dulu. Dah lama dah.... Sedara ex-husband adik aku buat. Seorang Puan Sri... lupa nama dia... skrg ni pun aku dengar dia dah sakit kena strok. Kalau dah dia tu Puan Sri, dah tentulah laki dia Tan Sri... Tan Sri Ani Arope nama suami dia. Mesti ada yg penah dengar.... Sedap tau roti jala ngan kuah kari dia. Sampai skrg daku dok teringat.....

Aku ni, dah lah tak pandai menjala.....  kuali plak buat hal. Adunan tu macam gam plak kat kuali. Susahnya nak tanggal. Sedangkan itulah resepi yg aku buat dari dulu. Kali ni plak dia buat hal. Tapi dalam dok mengirai dan upe jala aku buruk  je..... anak2 laju je  makan. Sedap! Tersengih aku gelihati...!!!!

Apapun aku letak resepinya kt sini......!

'Roti Jala Dengan kari Daging'

3 cawan  tepung gandum
1 tin susu cair
1 sudu teh serbuk kunyit (boleh ganti dengan pewarna kuning)
2 biji telur
Sedikit garam
Air secukupnya.
Marjerin atau mentega untuk melenser kuali
Acuan roti jala

Cara2 :

Campurkan tepung dengan susu cair, serbuk kunyit, telur, air dan sedikit garam. Kepekatan adunan adalah lebih cair dari adunan buat goreng pisang. Kacau sampai tidak berbiji dan bergentel. Tapis adunan. Bila dah siap, panaskan kuali leper dan lenser dengan marjerin. 

Masukkan adunan kedlm acuan dan tebar adunan kedlm kuali. Buat bulatan dari luar kedalam. Jangan pusing ditempat yg sama dua kali, nanti adunan akan menjadi tebal. Tunggu... bila dah nampak nk masak terbalikkan dan gulung atau lipat. Ulangi proses yang sama sampai habis.

Untuk kari dagingnya... boleh klik sini

Thursday, August 18, 2011

Thursday, August 18, 2011

Nasi Goreng Cina


Bengang betul.... blog buat hal. Tak boleh post n3. Sebenonya n3 inipun aku tengah mencuba pakai post editor (old setting). Cuba2 je... kot2 boleh... harap2 bolehlah.

Ini masakan kelmarin, bukan semalam tau...

'Nasi Goreng Cina'

4 cawan nasi
1 cawan sayur campur
1/2 cawan isi ayam
2 biji telur
3 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 sudu kecil serbuk lada hitam
5 biji cili api
2 sudu makan sos tiram
1/4 dari 1 ketul kiub ayam
Garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Bawang putih dicincang halus, isi ayam dipotong kecil2. Cili padi pula di ketuk2 pecah2 je. Panaskan kuali, masukkan bawang putih. Lepas tu masukkan ayam. Ayam dah masak, masukkan cili api, sos tiram, serbuk lada hitam dan kiub ayam.

Masukkan cili merah dan sayur campur pula. Kacau sebati, pecahkan telur kacau lebih kurang masukkan nasi. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau rata dan betul2 sebati bolehlah diangkat dan di hidangkan.

p/s : Kalau nak boleh tambah udang dan sotong dalam nasi ni......!

Wednesday, August 17, 2011

Wednesday, August 17, 2011

Agar-agar Tradisi


Aku buat kali ni agar-agar yang paling asas sekali. macam mak aku selalu buat kat kampung dulu. Simple dan sangat2 senang.

Kiranya Agar-agar ni  pesen agar2 dulu-dulu le..... itu yg panggil agar-agar tradisi tu.....!!

Bahan2 :

1 paket agar-agar tali (25gram)
1400 liter air
2 cawan gula - kurangkan ckit pada yg x suka manis sesangat

Cara2 :

Rebus semua bahan sampai agar-agar tidak bertali-tali lagi. Bila dah siap, masukkan kedalam acuan atau loyang. Sejukkan didalam peti ais.

Bila nak maakan bolelah dikeluarkan dari acuan atau dipotong2.

Okey... bye!!

Wednesday, August 17, 2011

Spagheti Sardin Bolognese

Ini je yang aku masak smlm.....  revision dari masakan aku sblm ni. Masa tu aku guna penne, kali ni guna spagheti plak.

Anak bujang aku suka ni ...

Okeylah.... kalau nak tengok  resepi aku yg lama pakai pasta penne boleh klik sini

'Spagheti Sardin Bolognese'

Bahan2 :

1 paket spagheti (500g)
1 tin kecil tomato puri
1 tin kecil sardin - lecek
3 batang sosej - potong kecil
1/2 batang carot - cincang halus
4 biji cendawan dlm tin - hiris dan cincang halus
2 biji tomato - potong kecil2
3 ulas bawang putih - cincang halus
3 biji cili api - cincang halus
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Secubit oregano
1/4 cawan air
Sedikit keju parmesan parut
Garam dan gula secukup rasa
Minyak zaitun secukupnya

Cara2 :

Spagheti  direbus dan ditoskan airnya. Tumiskan  bawang putih dan cili api dengan minyak zaitun. Bila dah naik bau, masukkan sosej. Masukkan juga tomato puri. Kacau2 sebati. Masukkan juga  carot, cendawan dan tomato. Teruskan digaul sebati. 



Masukkan serbuk lada hitam dan oregano. Selepas tu masukkan sardin. Tambahkan air serta garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga mendidih dan semua bahan betul2 sebati. Bolehlah diangkat

Untuk hidangan... taruh spagheti  kedalam pinggan dan letakkan kuah tadi. Lepas tu bolehlah ditaburkan keju parut. Sedia untuk di makan.

Selamat mencuba..........

p/s : Selalunya orang biasanya guna daging kisar... tp kali ni guna sardin je.... sodap!

Tuesday, August 16, 2011

Tuesday, August 16, 2011

Sagu Gula Melaka


Pencuci mulut yg simple..... semenjak dah makin hampir nk raya ni, mood pun dah kureng, malas je n ngantuk je maemanjang. 

Apapun aku masak je pencuci mulut ni.... Tak payah letak santan dan segala bagai.. buat menambah lemak dan kolesterol je!!!

'Sagu Gula Melaka'

Bahan untuk sagu
1 paket sagu telur ikan(dalam 3/4 cawan)
secubit garam
3 cawan air

Bahan utk air gula melaka
2 keping gula melaka
1 cawan gula pasir
2 cawan air

Cara2 : 

Sagu dicuci didalam tapis sehingga bersih. Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan sagu dan garam kedalam periuk. Masak sehingga likat dan pekat. Pastikan biji2 sagu bertukar jernih. Boleh diangkat dan dimasukkan kedalam acuan.

Gula melaka, gula pasir dan air dimasukkan kedlm periuk. Didihkan sehingga gula melaka dan gula pasir hancur. Dah siap. boleh diangkat

Keluarkan sagu dari dalam acuan dan hidangkan bersama air gula melaka. Boleh juga ditaruh sedikit santan. Takde pun xpe.....

Tuesday, August 16, 2011

Sambal Ikan Bilis Dengan Kentang II


Smlm masak lauk ni............Lauk siaran ulangan je!!! Bolehlah.....

N3  terdahulu lauk ni boleh klik sini

'Sambal Ikan Bilis Dengan Kentang' aku yg spesel..... eerrrr ya  ke!!!

Bahan2 :

3 biji kentang
Segenggam ikan bilis
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sudu besar cili giling
sedikit air asam jawa
minyak secukupnya
garam dan gula secukup rasa.

Cara2  :

Kentang dihiris nipis dan  digoreng. Ikan bilis digoreng garing. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk. Tumiskan bahan tumbuk. Bila dah kekuningan, masukkan cili giling. 



Goreng sampai naik minyak. Masukkan air asam jawa dan sedikit air. Perasakan dengan garam dan gula.Bila dh agak kering, masukkan kentang dan ikan bilis. Gaul rata dan bolehlah dihidangkan.

Monday, August 15, 2011

Monday, August 15, 2011

Puding Buah Pic


Smlm aku buat puding lagi.... kali ni Puding Buah Pic pulak.

Aku ambil resepi puding  ni dari buku resepi Puding & Desert Chef Hanieliza.

Bahan2 :

10 gram agar serbuk (1 paket)
4 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin buah pic - dipotong dadu. - dlm buku 2 tin

Cara2 :

Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masakkan sehingga mendidih. Tutupkan api. Masukkan pula susu cair dan air buah pic tadi . Tuang kedalam loyang atau acuan yang telah di isi dengan potongan buah pic. Sejukkan....

Sedia untuk di makan... Selamat Mencuba!!!

Monday, August 15, 2011

Cekodok Kucai Dengan Ikan Bilis

Wat cekodok je.... simple!!! Itu la.... penangan sibuk bershopping smlm. Xlah shopping banyak mana sangat... tp laju je perginya duit. 

Cekodok ni biasa buat pakai udang... dek disebabkan family aku ni allergik dengan udang  jadi tukar je dengan ikan bilis. Bolehlah....

Cekodok Kucai Dengan Ikan bilis

Bahan2 :

3 cawan tepung gandum
sedikit kucai - agak2 lah
1/2 biji bawang besar
1 bji cili merah
segenggam ikan bilis
sebiji telur
1/2 sudu teh serbuk kunyit
garam secukup rasa
air dan minyak masak secukupnya.


Cara2 :

Kucai dipotong2. Bawang merah, cili api dipotong kecil2. Ikan bilis dutumbuk kasar. Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar. Masukkan kucai, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis kedalam mangkuk. 

Pecahkan juga telur. Masukkkan air bersama garam secukupnya . Anggaran pekat2 nya macam buat cekodok pisang. Masukkan juga serbuk kunyit. 

Gaul sebati. Goreng di dalam kuali didalam minyak yang panas. Bila dah hampir garing bolehlah diangkat.

Boleh dimakan bersama dengan sos cili D'Ansar yang sangat sedap.

Sunday, August 14, 2011

Sunday, August 14, 2011

Bubur Gandum


Aku sangat2 suka bubur gandum ni.... Masa kecik2 dulu mak aku selalu buat.

Ada cerita lucu pasal  bubur gandum masa kecik2 dulu. Aku ni.... anak sulung, jadi selalulah kena tolong mak kat dapur. Kira cepatlah tahu memasak... Satu hari makbapak aku x de kat rumah. Aku pulak teringin nk memasak.

Dek sebab suka ngan bubur ni aku pun ambiklah gandum makanan ayam  buat bubur. Beria2lah aku rebus gandum tu. Heran aku pasal lambat sangat nk kembang... At last kembang jugak dan jadilah bubur gandum walau agak keras ckit. Apalagi, bila makbapak aku balik kena marah dan kena gelak lah aku ni... haiya!!!

Mana aku tahu... aku ingat sama je.. Sekarang aku dah tahu, gandum makanan ayam tu memang keras sebab masih ada kulitnya lagi..

"Bubur Gandum'  ....bukan makanan  ayam tau.... ha.. ha.. ha!

Bahan2

3/4 cawan gandum dlm paket
11/2 cawan gula
2 cawan santan
Air (sukatan ikut suka)
Secubit garam
2 helai dain pandan

Cara2 :

Gandum direbus bersama daun pandan sampai kembang. Dah kembang, masukkan gula santan dan garam. Biarkan mendidih. Dah mendidih... bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Sunday, August 14, 2011

Mee Goreng Ayam


Smlm masak mee goreng ayam......... taruh perencah sini ckit, sana ckit, campur dengan isi ayam ckit dah siap!!!
Senang je.... !!!

Raya dah makin nk dekat.... lagu raya berdendang-dendang dah.... tp nape aku x rasa apa2 yg best pun. Anak2 je yg sangat teruja. bukan sebab raya, tp sebab dpt duit raya... cehhh!!!!

Berbalik cerita tentang ' mee goreng ayam aku '.....

Bahan2 :

1 paket mee kuning
3 bji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 cawan isi ayam
2 batang kek ikan
2 bji telur
sedikit sayur kobis
sedikit  carot
2 sudu makan cili giling
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap
1 sudu teh pes asam jawa
1/4 dari 1 ketul kiub ayam
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya.

Cara2 :

Bawang merah bawang putih dan halia ditumbuk lumat. Kek ikan dihiris. Kobis dan carot di parut kasar. Tumiskan bahan tumbuk. Bila naik bau dan kekuningan,  masukkan cili giling. Bila dah agak garing, masukkan pula isi ayam.

Masukkan juga sos tiram, kicap, pes asam jawa, dan kiub ayam. Kalau agak2 kering boleh masukkan sedikit air. Bila ayam dah masak, masukkan sayur kobis dan karot. masukkan juga sedikit garam dan gula.

Selepas itu, pecahkan 2 biji telur dan masukkan sekali. Masukkan juga mee kuning. Kacau2 sehingga sebati dan serata. Perasakan dengan garam dan gula.

Boleh juga dipercik2 kan sedikit kicap untuk menggelapkan masakan mee ini. Gaul dengan merata, sudah siap bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Saturday, August 13, 2011

Saturday, August 13, 2011

Ikan Pekasam Goreng Cik Kiah


Ini lauk pekasam je.... resepi juadah berbuka dan besahur smlm. Ikan pekasam dari Lenggong Perak. Berjenama Kiah Pekasam. Itu sebab aku taruh nama tu... glamer ckit.

Senang je nak goreng pekasam ni.... ramai org dah tau!!

Cuma aku nk share kt cni..

'Ikan Pekasam Goreng Cik Kiah'


Bahan2 :

Sepeket ikan pekasam
1 biji bawang besar
4 biji cili api
Minyak masak secukupnya

Cara2 :

Bawang besar dimayang halus. cili api dopotong dua. Ikan pekasam digoreng di dlm minyak yg cukup2 je utk masukkan ikan. Ikan tak perlu dibasuh, terus je digoreng dengan serbuk berasnya sekali. Apabila bahagian bawahnya dah hampir masak, terbalikkan.

Masukkan bawang  besar dan cili api bersama. Ketepikan sikit ikan untuk memberi ruang menggoreng bawang dan cili api. Bila ikan dan bawang dah agak garing, bolehlah diangkat dgn minyknya skali dan dihidangkan

P/s : Sedap ni... wa cakap lu... makan plak dengan sambal tempoyak, mesti tak toleh kiri kana punya!!!!

Saturday, August 13, 2011

Puding Tropika 'Fruit Cocktail'

Anak2 suruh aku buat lagi puding laici........... my hubby dibelinya setin setin fruit cocktail.  So, modified ajelah dari puding laici dangdut tu jadi puding ni.

Emmm...... sedap pun puding ni. Anak2 dengan my hubby terlagi2 nak makan puding ni. Lain kali boleh buat lag!!!!!!!

Resepi asal Puding Laici dangdut  dari buku Chef Hanieliza dan blog Hanieliza Cooking 

Kalau nk tengok puding laici ...yg  aku pernah buat klik sini

Modified by me ' Puding Tropika Fruit Cocktail '

Bahan2 :

10 gram agar-agar serbuk
2 liter air
2 cawan gula ( kurangkan sikit)
1 tin susu cair
1 tin tropical fruit coctail
Sedikit perwarna hijau (biar nampak ala2 tropika )  -x taruh pun x pe

Cara2 :

Masukkan agar-agar, air dan gula ke dalam periuk. Larutkan agar-agar dan gula. Padamkan api. Masukkan susu cair dan air laici. Kacau sebati. Masukkan ke dalam acuan. Buah-buahan boleh dijadikan hiasan atau nak letak dalam acuan pun boleh.  Versi aku ni  letakkan je dalam acuan dan bekukan skali. Sejukkan di dalam peti ais.

Friday, August 12, 2011

Friday, August 12, 2011

Cekodok Pisang @ Jemput2 pisang


Kuih kali ni simple jer............ kegemaran my hubbby. Sibuk suruh buat ni!!! Dah masak western food .. kenalah pulak masak kampung food, barulah adil katanya. Iyalah cik abang oi!!!!

Ha..ha.. Cekodok ni biasa aku buat untuk sarapan pagi... kali ni buat untuk juadah berbuka puasa...

'Cekodok Pisang'

Bahan2 :

Sesikat pisang  emas atau pisang berangan
Tepung secukupnya
2 sudu besar gula
secubit garam
Minyak masak secukupnya.

Cara2 :

Pisang dilecek sampai hancur. Masukkan gula, secubit garam dan tepung. Agak2 ajelah tepungnya. Anggaran boleh dijemput dengan jari untuk dimasukkan kedalam minyak panas dalam kuali. Goreng didalam kuali yg berisi minyak  panas. Sentiasa dibalik-balikkan. Bila dah hampir kecoklatan bolehlah diangkat dan dihidangkan. 

Friday, August 12, 2011

Pasta Penne Sardin Bolognese


Sesekali aku masak makanan yg lain dari biasa..... anak2 lah yg suruh. Diorang memang suka. Ikutkan aje .Pasta ni diorang jugak yg pilih.

Aku masak ni utk anak2... Hubby x suka makanan ni, tekak melayu kampung dia tu mana boleh terima western food cam gini. Alahai... banyaknya kerja aku nak masak ni...

Apapun buat ajelah.... 'Pasta Penne Sardin Bolognese' x tiru dan x copy dari mana2. Pernah buat sblm ni, so ingat lebih kurang dan main campak2 je ikut selera....

Bahan2  :

1 paket pasta penne(500g)
1 tin kecil tomato puri
1 tin kecil sardin - lecek
3 batang sosej - potong kecil
1/2 batang carot - cincang halus
4 biji cendawan dlm tin - hiris dan cincang halus
2 biji tomato - potong kecil2
3 ulas bawang putih - cincang halus
5 biji cili api - cincang halus
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Secubit oregano
1/4 cawan air
Sedikit keju parmesan parut
Garam dan gula secukup rasa
Minyak zaitun secukupnya

Cara2 :

Pasta penne direbus dan ditoskan airnya. Tumiskan  bawang putih dan cili api dengan minyak zaitun. Bila dah naik bau, masukkan sosej. Masukkan juga tomato puri. Kacau2 sebati. Masukkan juga  carot, cendawan dan tomato. Teruskan digaul sebati. 

Masukkan serbuk lada hitam dan oregano. Selepas tu masukkan sardin. Tambahkan air serta garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga mendidih dan semua bahan betul2 sebati. Bolehlah diangkat

Untuk hidangan... taruh pasta penne kedalam pinggan dan letakkan kuah tadi. Lepas tu bolehlah ditaburkan keju parut. Sedia untuk di makan.

Selamat mencuba

p/s : Biasanya guna daging kisar... tp kali ni guna sardin je.... sodap gak!

Thursday, August 11, 2011

Thursday, August 11, 2011

Kuih Dadar @ Kuih Ketayap


Kali ni main terjah je buat kuih ni untuk berbuka puasa smlm. Buat cara senang je.... Inti pun memang dah ready dari lebihan kuih badak berendam beberapa hari yang lepas.

Resepi mudah ...........  redah je!!!!!

' Kuih Dadar @ Kuih Ketayap

Bahan :
2 cawan tepung gandum
sebiji telur
perwarna hijau
esen pandan
Secubit garam
Air secukupnya
sedikit minyak masak

Bahan untuk inti :
1 biji kelapa
1 cawan gula
1 keping gula melaka
secubit garam

Cara2  :
Untuk inti : Masukkan semua bahan kedalam periuk. Panaskan di atas api. Kacau terus menerus jangan berhenti sehingga kelapa dan gula bergaul sebati. Sejukkan. Kalau adal lebihan inti boleh disimpan di peti ais dan digunakan untuk membuat kuih yg lain pula spt badak berendam, tepung bungkus dll.

Untuk kulitnya : Masukkkan tepung kedalam mangkuk. Pecahkan telur kedalaamnya. Masukkan juga bahan2 lain dan juga air. Agak2 lah air tu. Kepekatan adunan sama dengan kepekatan adunan buat goreng pisang. Panaskan kuali yang telah disapu dengan sedikit minyak. Tuangkan sesenduk  adunan, angkat dan goyangkan kuali untuk membuat adunan yg nipis. Dah masak, angkat dan letakkan dalam pinggan. Ulangi proses ini hingga habis

Bila dah siap proses diatas,  boleh di gulung kuih tadi dengan intinya. Masukkan inti ditengah2, Lipat bahagian kiri dan kanan, kemudian gulung dengan kemas. Buat hingga selesai dan hidangkan.

Thursday, August 11, 2011

Nasi Goreng Tomyam Ayam


Dah hari yg ke 11............. Pesiapan raya memang x prepare lg. Rasa malas nk fikir. Anak2 dah berdendang lagu balik kampung je....  Aku buat pekak, tension memikirkan macam2 ...... mana nk siapkan baju rayanya, kuih rayanya dan segala bagai lagi. Aisey poneg kepalo den.. dibueknyo!!!!!

Kita tinggakan dulu tentang hal tu, lagi bagus fikir pasal masak dan makan......

Menu aku smlm  ' Nasi Goreng Tomyam Ayam '

 Bahan2

4 cawan nasi
3 ketul ayam - dipotong kecil2
2 biji bawang besar -hiris halus
2 ulas - di cincang
2 batang serai - hiris halus
5 biji cili api  - tumbuk lumat
1/2 batang karot - di potong kecil2
1 paket pes tomyam
1/4 dari 1 ketul kiub ayam
2 biji telur
1/4 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya

Cara2 :

Tumiskan bawang besar dan bawang putih. Dah naik bau masukkan cili api tumbuk dan serai. Kacau2,  masukkan pes tomyan, kiub ayam dan 1/4 cawan air. Kacau sampai mendidih dan masukkan karot dan ayam.

Kacau lagi sampai ayam masak dan karot agak lembut. Kalau terlalu kering boleh tambah air lagi. Pecahkan 2 biji telur ke dalam kuali tu dan cepat2 masukkan nasi.

Kacau lagi sampai sebati. Perasakan dengan garam dan gula. Dah siap, bolehlah diangkat dan dihidangkan....

p/s : Jika nak nasi  yg gelap ckit boleh taruh kicap.

Wednesday, August 10, 2011

Wednesday, August 10, 2011

Puding Laici Dangdut


Hidangan pencuci mulut berbuka puasa kelmarin.....Yummy! yummy! anak2 ngan hubby memang cakap sangat sedap. Dah ramai yg aku tengok buat puding ni... aku ni kira ketinggalan keretapi lah ye...

Resepi ni  dari pengetahuan akulah, resepi asal dari buku resepi Chef Hanieliza @ Blog Hanieliza's Cooking.... lepas tu tersebar kat  internet.... itu le aje yg aku dapat tahu.

Tp xpe janji aku dah buat ni ... by the way, memang akan buat lg dan lg dan lg!!!!!!

Aku buat ni versi kureng ckit dangdutnya, ikut resepi blog Cooking Time Nor64..... mudah anak2 nk makan. Kalau tidah sememeh je nanti. Bebudak kecik tengah lasak le katakan!!!

'Puding Laici Dangdut'

Bahan2 :

10 gram agar-agar serbuk
2 liter air
2 cawan gula ( kurangkan sikit)
1 tin susu cair
1 tin laici (resepi asal 2 tin)

Cara2 :

Masukkan agar-agar, air dan gula ke dalam periuk. Larutkan agar-agar dan gula. Padamkan api. Masukkan susu cair dan air laici. Kacau sebati. Masukkan ke dalam acuan. Laici boleh dijadikan hiasan atau nak letak dalam acuan pun boleh.  Sejukkan di dalam peti ais.

p/s : Sempoi je.... gambonya.. . almaklum xde piring yg comel n cantik2...

Wednesday, August 10, 2011

NASI AYAM IPOH



Wakaka!................... jadik jugak nasi ayam kite. Sure terbeliak biji mata adik2 n sedara mara aku kt Ipoh tu tengok aku masak ni!!! Mana idaknya.... aku masak nasi ayam Ipoh, diorang duk  Ipoh pun x tau ada upenya nasi ayam beremejkan Bandaraya Ipoh .. kekeke!!!!

Ini le resepi yang aku dapat dari blog  Nor Azmihah secubit Garam. Terliur nengok nasi ayam terhidang kat blognya. Anak2 pun sibuk nakkan aku masak nasi ayam untuk menu berbuka ni.... Daripada susah2 dok selongkar buku resepi... baik aku try je nasi ayam ni....

Rumusan aku..... memang sedap dan terbaikkkkkkkkk.

Inilah resepinya.......... 'NASI AYAM IPOH' (ubah aturcara ckit - utk mudahkan  aku nengok resepinya)

Bahan utama
1 ekor ayam 

(1) Buat air rebusan ayam dulu
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah

Cara2 :
Masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. Tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.

(2) Bahan untuk perap ayam
1 ekor ayam yg dah direbus tadi
3 biji bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau xde pun tak pe)
1/2 sudu teh serbuk lada hitam


Cara2 :
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu mangkok besar. Masukkan halia dan bawang putih yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, bolehlah digoreng atau di bakar dalam oven. kalau nak goreng jgn goreng terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.

(3) Bahan untuk sambal cili
10/15 biji cili api
6 biji cili merah
sedikit halia (ambil dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis - ambil airnya
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya


Cara2 :
Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur

(4) Bahan untuk sambal kicap
5 biji cili api

sedikit halia (ambil dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
2 sudu besar sos tiram
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)


Cara2 :
Blend semua bahan kecuali tepung jagung. Selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. Agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)

(5) Bahan untuk nasi
4 mug beras

41/2  mug air rebusan ayam 
2 inci halia
3 biji bawang putih
3 helai batang daun bawang (ambil  bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu marjerin


Cara2 :
Masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bawang putih dan halia ygm telah ditumbuk lumat. Biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasi masak.

(6) Bahan hiasan
Timun, tomato, salad, daun bawang dan daun sup

Cara2 :
Timun, tomato, salad di buat hiasan..... daun bawang dan daun sup bubuh dalam kuah sup.

Itu je... dah siap, bolehlah dihidangkan.


p/s : Lupa pulak nak tag kt cni..... resepi asal dari  Quinnie myr. thanks....!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...