Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Wednesday, August 3, 2011

Agar-agar Santan


Agar-agar ni hidangan pencuci mulut berbuka puasa smlm. Bolehlah..... ingat dah x jadi je. Sedap dan warnanya pun terang dan merah menyala.........fuhh!!!!

Inilah dia resepi Agar-agar santan ku...... pada yang nak mencuba resepi  yg mudah sangat ni.

Bahan2 :

1 paket agar2 serbuk warna merah
3 cawan air
3 cawan santan
1 1/2 cawan gula
sedikit esen rose

Cara2 :

Didihkan air. Masukkan agar-agar serbuk dan gula.  Kacau sehingga gula dan serbuk agar-agar hancur. Masukkan santan dan esen rose.

 Didihkan dengan api yang perlahan. Sentiasa dikacau. Apabila dah ada tanda2 nak mendidih. Tutupkan api dan boleh di tuang ke dalam acuan atau loyang.

Sejukkan. Bila mengeras bolehlah dikeluarkan dari acuan atau diipotong2.

Tarraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Dah siap! Boleh dihidangkan.


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...