Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Thursday, August 4, 2011

Kuay Teow Berkuah Lemak ala2 Laksam gitu....

Smlm aku masak  menu berbuka puasa  kuay teow berkuah lemak..... pengganti  pada sesiapa yang malas nak buat tepung laksam tu. Bolehlah..... asal jadi je. Anak-anak suka aku masak ni. Selera je nampaknya mereka makan....Alhamdulillah!!!!!

' Kuay Teow Berkuah Lemak'.... ala2 laksam gitu.

Bahan2 : 

2 paket kuay teow
6 ekor ikan kembung
2 cawan santan pekat
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit halia
2 keping asam keping
1/2 sudu teh lada hitam
garam dan gula secukup rasa

Untuk sambal ( buat sambal ikan bilis sebab  anak2 x boleh makan belacan -allergi)
1 biji cili merah
5 biji cili api
2 sudu besar ikan bilis
4 biji limau kasturi
garam dan gula secukupnya

Untuk sayurnya
sedikit daun kesum 
sedikit taugeh

Cara2 :

Kuay teow di basuh dan ditoskan. Ikan direbus dan ambil isinya. Tulang2nya dikisar bersama air rebusan dan ditapis ambil airnya sahaja. Kisar isi ikan bersama bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam. Masukkan bahan2 tadi kedalam periuk. Didihkan bersama santan dan asam keping. Kalau rasa kurang airnya boleh tambah lagi. Perasakan dengan garam dan gula. Bolehlah diangkat. 

Untuk buat sambalnya, cili merah, cili api ditumbuk lumat bersama garan dan gula. masukkan ikan bilis dan ditumbuk lagi sampai ikan bilis lumat. Masukkan kedalam bekas dan perahkan limau kasturi.

Untuk hidangan, masukkan kuay teow kedlm pinggan. Letakkan daun kesum dan taugeh. Lepas itu barulah masukkan kuahnya. Sedia untuk di makan.

Cubalah... 


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...