Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Monday, August 8, 2011

kuih Badak Berendam


Masak kuih badak berendam jerrrrrrrrr .... pencuci mulut yg senang. Buat lebih ckit sebab nak bagi kengkawan merasa..... kesian sebab dpt tahu dlm fb dia teringin nak makan ni.

Senang jerrrrrrrr, ramai yg tahu buat kuih simple ni. Tp dah x jumpa  daun pandan... pakai pewarna hijau jelah dengan esen pandan. Santan plak guna santan kotak jer. Jadik jugakkkk!

Bahan2 :

Untuk tepung 
2 cawan tepung pulut
perwana hijau
esen pandan
air secukupnya

Untuk kuah
1/2 dari sekotak santan
2 cawan air
sedikit garam

Untuk inti 
1 cawan kelapa parut
1 keping gula melaka
1/2 cawan gula pasir
sedikit garam

Cara2 :

Untuk tepung
Bancuh tepung pulut bersama air, perwarna hijau dan esen pandan sehingga menjadi doh yang lembut.

Untuk kuah
Campurkan santan, air dan garam secukup rasa, ketepikan...

Untuk inti
Masak kelapa parut bersama gula melaka yng telah dipecah2kan, gula pasir dan sedikit garam. Kacau terus menerus jangan berhenti sehingga gula bergaul sebati dan adunan bertukar ke warna perang. Bila dah siap dan dah sejuk boleh dikepal2 kan kecik2  untuk menjadi inti kuih.

Bentukkan adunan bulat2 dan isikan inti. Letakkan adunan yang dah siap ke dalam bekas atau loyang dan tuangkan kuah santan tadi.

Kukuskan selama lebih kurang 20 minit atau sehingga masak. Dah siap, bolehlah dihidangkan

*******************
my priority.....!
klik SINI
********************

Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...