Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Tuesday, August 23, 2011

Kuih Bahulu Cermai


Juadah raya lagi..........!  Kuih orang lama. Permintaaan dari my hubby lah tu. Dia suka kuih macam ni. Al-maklum tekak jenis dulu-dulu punya.

Bahan2 :

420gm tepung gandum - digoreng dahulu dengan api perlahan
10 bji telur
600gm gula pasir
1 sudu teh esen vanila
Sedikit minyak - untuk disapu pada  acuan

Cara2 :

Pukul telur dan gula hingga kembang dan gula hancur. Kemudian masukkan esen vanila dan kacau rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau perlahan.

Panaskan acuan berbentuk buah cermai terlebih dahulu dan lenserkan dengan sedikit minyak. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 20 minit atau sehingga masak.

p/s : tepung boleh juga di bakar sebentar di dalam ketuhar. Bakar bahulu di dalam ketuhar menggunakan api bawah dahulu.... bila  bhgn bawah dah hampir masak tukar pada api atas untuk masak serata.


Have a nice day! :)

1 comments:

Susan Lolo B. said...

nak cuba la buat kuih ni... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...