Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Thursday, August 11, 2011

Kuih Dadar @ Kuih Ketayap


Kali ni main terjah je buat kuih ni untuk berbuka puasa smlm. Buat cara senang je.... Inti pun memang dah ready dari lebihan kuih badak berendam beberapa hari yang lepas.

Resepi mudah ...........  redah je!!!!!

' Kuih Dadar @ Kuih Ketayap

Bahan :
2 cawan tepung gandum
sebiji telur
perwarna hijau
esen pandan
Secubit garam
Air secukupnya
sedikit minyak masak

Bahan untuk inti :
1 biji kelapa
1 cawan gula
1 keping gula melaka
secubit garam

Cara2  :
Untuk inti : Masukkan semua bahan kedalam periuk. Panaskan di atas api. Kacau terus menerus jangan berhenti sehingga kelapa dan gula bergaul sebati. Sejukkan. Kalau adal lebihan inti boleh disimpan di peti ais dan digunakan untuk membuat kuih yg lain pula spt badak berendam, tepung bungkus dll.

Untuk kulitnya : Masukkkan tepung kedalam mangkuk. Pecahkan telur kedalaamnya. Masukkan juga bahan2 lain dan juga air. Agak2 lah air tu. Kepekatan adunan sama dengan kepekatan adunan buat goreng pisang. Panaskan kuali yang telah disapu dengan sedikit minyak. Tuangkan sesenduk  adunan, angkat dan goyangkan kuali untuk membuat adunan yg nipis. Dah masak, angkat dan letakkan dalam pinggan. Ulangi proses ini hingga habis

Bila dah siap proses diatas,  boleh di gulung kuih tadi dengan intinya. Masukkan inti ditengah2, Lipat bahagian kiri dan kanan, kemudian gulung dengan kemas. Buat hingga selesai dan hidangkan.


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...