Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Sunday, August 21, 2011

Meehoon Goreng Putih


Inilah hidangan berbuka smlm..........  so simple! tp sedap je.....!

Meehoon ni x payah pakai cili kisar, cuma pakai cili api hijau yg di ketuk2 campur ngan lada hitam.

Bahan2 :

1 bungkus meehoon
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
4 biji cili api hijau
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh asam jawa
1/4 dari 1 ketul  kiub ayam
1/2 cawan daging yg telah dipotong kecil2
2 pokok sawi
2 keping kek ikan
2 biji telur
Sedikit kicap
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya

Cara2 :

Meehoon dicelur. bawang putih, bawang merah, halia di tumbuk lumat. Cili api di ketuk2. Sawi dipotong2. Kek ikan dipotong kecil2.

Tumiskan bahan tumbuk sehingga kekuningan. Masukkan daging, cili api dan lada hitam. Kacau2 sehingga daging masak. Masukkan kek ikan, sos tiram dan asam jawa. Kacau lagi dan masukkan juga sedikit air. Masukkan pula sawi. Kacau lagi sehingga layu. Masukkan sedikit garam dan gula. kacau lagi. 

Pecahkan telur didalam bahan2  dan kacau segera. Masukkan meehoon dan percikkan sedikit kicap kedalam kuali. Kacau semua bahan sehingga sebati. Perasakan lagi dengan garam dan gula. Bila semua dah sebati, bolehlah diangkat.

p/s : Selain daging, boleh juga dimasukkan ayam, udang dan sotong sebagai perencah. 


Have a nice day! :)

1 comments:

oyye_gibbous91 said...

blog pasal makan nie membngkitkan semangat oyye untuk trus menaip hehe,,
oyye suka makan#

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...