Just Klik!

Saturday, August 20, 2011

Rendang Ayam


Dah buntu nak masak ape.....!!!!! Akhirnya hubby bawak balik ayam sekor n dgn bahan2 segala bagai.... masak rendang le aku smlm. Aikkk!!! belum raya dah nak makan lauk ghondang?????Hubby aku sengih je.

Ghondang pun ghondang lah....... sodap gak!!

Ini ghondang aku main buat je..... ikut naluri!!!  Mix and match nogori n perak gitu!!

Bahan2 :


1 ekor ayam 
4 cawan santan 
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih 
4 btg serai
3 inci halia 
1 inci isi kunyit
1 inci lengkuas
1 helai kunyit (di koyak)

1/2 bungkus serbuk kari daging
 2 sudu besar ciling giling
10 biji cili api
2 keping asam keping 
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Ayam di potong2. Bawang putih, bawang merah dan halia dihiris halus. Lengkuas, isi kunyit, cili api dan 2 batang serai ditumbuk lumat.2 batang serai lagi cuma dititik. Masukkan ayam, bahan tumbuk, bahan hiris,  cili giling, serbuk kari,  serai yang dititik dan santan kedalam kuali. 

Masukkan juga asam keping dan daun kunyit.  Kacau...... Bila hampir kering, perasakan dengan garam dan gula. Biar sehingga kuahnya kering. Kacau selalu.....Bila dah siap, bolehlah diangkat...


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...