Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Tuesday, August 16, 2011

Sagu Gula Melaka


Pencuci mulut yg simple..... semenjak dah makin hampir nk raya ni, mood pun dah kureng, malas je n ngantuk je maemanjang. 

Apapun aku masak je pencuci mulut ni.... Tak payah letak santan dan segala bagai.. buat menambah lemak dan kolesterol je!!!

'Sagu Gula Melaka'

Bahan untuk sagu
1 paket sagu telur ikan(dalam 3/4 cawan)
secubit garam
3 cawan air

Bahan utk air gula melaka
2 keping gula melaka
1 cawan gula pasir
2 cawan air

Cara2 : 

Sagu dicuci didalam tapis sehingga bersih. Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan sagu dan garam kedalam periuk. Masak sehingga likat dan pekat. Pastikan biji2 sagu bertukar jernih. Boleh diangkat dan dimasukkan kedalam acuan.

Gula melaka, gula pasir dan air dimasukkan kedlm periuk. Didihkan sehingga gula melaka dan gula pasir hancur. Dah siap. boleh diangkat

Keluarkan sagu dari dalam acuan dan hidangkan bersama air gula melaka. Boleh juga ditaruh sedikit santan. Takde pun xpe.....


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...