Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Saturday, September 17, 2011

Apam Pisang Coklat


Ari ni aku ada buat apam pisang........... tambah dengan serbuk koko..

Apam pisang ni dah pernah buat, cuma kali ni bercoklat je... nak resepi lama klik sini.

Kat sini aku letak resepinya lagi utk rujukan semua.

'Apam Pisang Coklat'

Bahan2 :


6 - 7 biji pisang emas (dilecek)
4 - 5 sudu besar gula  (ikut suka manis)
1 biji telur
3/4 sudu kecil soda bikarbonat

2 sudu besar serbuk koko
Tepung gandum secukupnya(ikut bancuhan macam buat cucur/jemput pisang)

Cara2 :


Campur pisang yg sudah dilecek, gula dan telur. Campurkan juga soda bikarbonat, tepung gandum dan serbuk koko yg telah diayak bersama. 


Gaul sebati. Isikan kedalam loyang yg disapu sedikit minyak. 

Kukus sampai permukaan kuih berwarna perang gelap lebih kurang 20-25min. sejukkan dan hidang.

p/s : Sedappppp!


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...