Just Klik!

Sunday, September 18, 2011

Asam Tempoyak Ikan Kembung Dan Timun


Dengan kesibukan berniaga dan macam2 perkara, aku masak asam tempoyak jerrr.........!

Ini memang masakan kegemaran aku n anak2 je...... except my hubby.

Dia ni allergik dengan tempoyak, x tau lah nape, ha..ha..ha!

'Asam Tempoyak Ikan Kembung Dan Timun'

Bahan2 :

4 ekor  ikan kembung
3  sudu besar  tempoyak
1 biji timun
8 biji cili api
1 biji cili merah
1 cm isi kunyit
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Ikan kembung   dibersihkan.. Kalau nak, boleh dipotong2. Timun  dpotong menyerong kecil2. Cili  api, cili merah dan  isi kunyit di tumbuk lumat. Masukkan dalam periuk dan gaulkan dengan ikan dan tempoyak. Masukkan air dan timun. Didihkan. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Dah masak boleh diangkat.


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...