Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Monday, September 19, 2011

Ikan Kembung Tumis Tomyam


Ini  masakan aku beberapa hari yg lepas. Tercicir plak bila ikut turn nk updated tu.

Aku dpt idea nk wat ni dari blog Secubit Garam. Dia guna ikan tongkol, tp bila aku gi kedai..... x jumpa plak ikan tu. So, aku belasah je pakai ikan kembung.

And then, aku buat ikut cara sendiri..... bahan2 pun x banyak macam resepi asal. Bolehlah ya!

'Ikan Kembung Tumis Tomyam'

Bahan2 :

4 ekor ikan kembung
1 paket pes tomyam adabi
2 bji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 batang carot
1 biji tomato
1 cm halia
1 btg serai
5 biji cili padi
1 sudu makan pes asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menumis

Cara2 :

Ikan kembong digoreng. Bawang putih. bawang merah dan halia dimayang halus. Bawang besar dan karot juga dihiris. Halia dan cili padi cuma dititik. Tomato pula di belah enam.

Tumis bawang merah, bawang putih dan halia bersama. Bila dah kekuningan, masukkan pes tomyam. dan  pes asam  jawa. Masukkan juga sedikit air.

Masukkan juga cili api, serai, bawang besar dan carot. Biarkan merenih seketika. Selepas tu masukkan air secukupnya utk membuat kuah.

Bila kuah dah mendidih, masukkan ikan kembong dan tomato. Perasakan dengan garam dan gula. Bila dah mendidih sekali lagi, bolehlah diangkat.

p/s : Buat cara mudah sebab tersangat sibuk!!!


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...