Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Thursday, September 15, 2011

Masak Lemak Cili Api Terung


Smlm aku masak gulai terung je.... Hubby aku yg cadangkan, dia teringin nk makan terung cili api. Itukan kegemaran dia.... ha..ha!


Ikut kan aje.... akupun dah buntu memikirkan apa nk dimasak ni!!!!


So, layan ajelah!!!!!


'Masak Lemak Cili Api Terung'

Bahan2:

6 biji terung
segenggam ikan bilis
9  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Terung dibersihkan dan dipotong2. Masukkan bahan tumbuk, ikan bilis dan serai yang telah dititik ke dalam periuk. Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. Didihkan.

Bila dah mendidih, masukkan terung tadi dan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi.. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.

p/s : sedap nih..... berselera hubby aku makan..... he2!


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...