Just Klik!

Thursday, September 8, 2011

Muffin Pisang Coklat


Nak menghabiskan stok pisang dari kg ari tu........ so, aku buat muffin ni.

Resepi aku cedok dari buku masak 'kuih kukus' Chef Hanieliza.

Muffin aku ni kurang kecoklatannya, mungkin sebab aku x taruh gula perang. Ganti dgn gula pasir biasa je. Rasa memang confirm sedap. Terasa sungguh pisangnya. Muffin pun lembut dan gebu je.

"Muffin Pisang Coklat'

Bahan2 :

2 cawan tepung gandum
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 cawan pisang emas (sudah dilecek)
1 cawan minyak masak
1 cawan gula perang - saya ganti dgn 3/4 cawan gula pasir
2 bij telur (dipukul sedikit dgn garpu)

Cara2 :

Ayakkan tepung gandum, serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian masukkan pisang emas, minyak masak, gula perang dan 2 biji telur. Kacau sehingga adunan rata dan sebati. Masukkan kedlm acuan kecil. Kukus selama 20 minit ataupun sehingga masak. Dah siap dan sejuk boleh dihidangkan...


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...