Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Monday, September 5, 2011

Raya sakan???? X juga..... tp berayalah kehulu kehilir....!!

Dah lama sangat aku rasa x berblog ....  lappy ni pun baru ari ni aku bukak. Dah berabuk dan bersawang beg lappy aku ni. 

3 - 4 hari sebelum raya aku dah x boleh ngadap lappy dah. Sibuk sesangat. Aku ambik tempahan buat makanan berbuka puasa dan makanan hari raya 2 hari sebelum raya. So.. aku kena cari bahan masakan. Survey kiri dan kanan kt pasaraya dan pasar borong utk cari  bahan mentah yg sesuai dengan budget. Lepas tu nak kena masak plak.

Malam raya ku x tidur langsung..... bukan sebab excited nk beraya tp masak nasi impit, kuah kacang dan rendang ayam utk jamuan hari raya pekerja2 Ledang Unggul Sdn Bhd yg x dpt bercuti raya di Masjid Negeri. Aku kena jadi tuan rumah menghidangkan juadah hari raya kt pekerja2 tu.




Inilah gambar2 jamuan hari raya yg aku kendalikan di suatu sudut di Masjid Negeri Shah Alam..... 

Balik je dari Masjid Negeri dlm kul 12 tghari.... mulalah datang mengantuk yg x terhingga. Kami sekeluarga tertidur di hari raya kat umah sehingga pukul 5 ptg. Nasib x sampai  ke malam..... dek keletihan yg amat sangat.

Bangun tido je... terus pek baju2 utk bertolak ke utara.... kampung halamanku di Sungai Siput Perak. Kami sanpai di sana dlm pukul 8.30 mlm. 


Sampai2 je kt kg anak2 terus sibuk main bunga api ngan sepupu2 dia kt laman rumah .............!

Raya kedua..... pagi2 lagi dah bersiap pergi menziarah sedara mara kt Bota kiri, Bota Kanan dan terus sampai ke Sitiawan, Sri Manjung dan Lumut. Bestnya tengok pekan Lumut... dah lama x dtg ke sana. Macam2 perubahan ada.... ramai org plak tu.

Raya Ketiga.............. bersiap2 nak balik ke Shah Alam. Sebelum tu singgah rumah adik dulu kt Kg Serikaya, Bota Kiri. Dah makan2 baru bertolak ke Shah Alam ikut jalan Seberang Perak terus ke Kuala Selangor.... Ini yg aku suka........beli siput mentarang n buah mangga kt tepi jalan  di Sekincan.

Aku sampai rumah dlm pukul 6.30 ptg. Penat jangan kiralah. Boleh tahan jugak  jauhnya laluan tu.... dengan kesesakan lagi.  Ramai dah balik dari kg agaknya. 

Oklah! kt sini dulu...... nanti cerita lg!!!


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...