Just Klik!

Saturday, September 10, 2011

Sambal Petai dengan Ikan Bilis


Sibuknyerrrrrrrrrrrrrr............. 


Mood raya masih berlegar....... !!!! Apapun aku nk post n3 ni jelah!!


Masakan ni aku masak kelmarin2 dulu. X ingatlah, bila ye!! ....!!! Ari ni sah2 aku kena gantung periuklah!!!


Okeylah... xnak meleret panjang2.... jom layannnnn!!!


'Sambal Petai dengan Ikan Bilis' jerrrrrrrrrrrrrr!



Bahan2 : 

3 papan petai
Segenggam ikan bilis
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
3 sudu makan cili giling
1/2 cawan air asam jawa
Sedikit belacan
Sedikit minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Petai di kupas, dibersihkan dan dipotong sedikit. Ikan bilis dibersihkan dan digoreng garing. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk lumat. Bawang besar di mayang. 


Tumis bahan tumbuk. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. Goreng sampai wangi. Masukkan air asam jawa, bawang besar dan petai. Tumis sampai pecah minyak. 


Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan ikan bilis goreng tadi. Gaul sebati. Selepas tu bolehlah diangkat dan dihidangkan.


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...