Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Wednesday, September 7, 2011

Sayur Kangkung Goreng jerrrrrrrrr.........


Waktu bulan puasa sayur mayur ni aku jarang masak, cuma beli timun buat ulam je yg selalu aku buat. Maklum waktu tu tekak ni memilih sikit. Skrg ni mulalah aku start balik melebihkan sayuran dlm diet harian keluarga. Untuk jaga kesihatan............ kiranya.

Smlm aku masak sayur kangkung. Walaupun mudah tp pastinya kami sekeluarga berselera makan.

'Sayur Kangkung Goreng'


Bahan2 :

1 ikat kangkung
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
beberapa ekor ikan bilis
1 sudu makan sos tiram
1/4 drp seketul kiub ayam (jika suka)
1/4 cawan air
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2:

Kangkung di potong2 dan dibersihkan. Bawang merah, bawang putih dihiris halus, Cili merah dipotong serong.  Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili merah dan ikan bilis. Masukkan sos tiram dan kangkung. Masukkan air dan pati ayam. Masak hingga mendidih. Sesuaikan rasa garam dan  gula. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...