Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Wednesday, September 14, 2011

Sayur Taugeh, Kucai dan Tauhu Tumis Goreng


Aku nak masak  sayur  banyak2. Bukannya apa, takut kena strok bila kolestrol tinggi dalam badan. Sayur- sayuran boleh meneutralkan kolestrol dan berserat utk memerangkap lemak dan mengelakkan sembelit. 

So, aku masak sayur ni utk makan tghari smlm....

'Sayur Taugeh, Kucai dan Tauhu Tumis Goreng'

Bahan2 :

1 cawan taugeh
1 cekak kucai
1 keping tauhu
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
beberapa ekor ikan bilis
1 sudu makan sos tiram
1/2 sudu kecil pati ayam (jika suka)
1/4 cawan air
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa


Cara2 :

Taugeh dibersihkan, kucai dibersikan ddan dipotong2. Tauhu digoreng  dan dipotong dadu.  Bawang merah, bawang putih dihiris halus, Cili merah dipotong serong. 

Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili merah dan ikan bilis. Masukkan sos tiram, taugeh dan kucai. Masukkan air dan pati ayam. Masak hingga mendidih. Masukkan tauhu. Sesuaikan rasa garam dan  gula. 

Bolehlah diangkat dan dihidangkan.


p/s : Jumlah sayur tu anggaran je, banyak mana nk taruh ikut sendiri dan sepadan dgn bahan2 lain...!


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...