Breaking

Wednesday, November 30, 2011

Wednesday, November 30, 2011

Banana & Carrot Cake

Kat rumah ada sesikat pisang yg dah masak ranum. Teringin nk masakpisang ni versi yg lain selain cekodok je. Jemu.... Kalau nk buat kek pisang yg biasa tu, beli je lah kt supermarket....

So, aku godeklah komputer ni cari resepi yg sesuai. Aku jumpa resepi ni dlm blog secubitgaramnor67. Dia buat versi cupcake tp aku buat taruh dlm loyang biasa.

Memang sedap... x puas mkan sebab dpt ckit je... Lain kali kalau nk buat lagi, aku nk buat 2 adunan. Barulah dpt sebiji kek yg biasa.

Di sini aku tayang kek aku ni... Rasanya memang xmenghampakan......sedap dan lain dari  yg biasa. 






Bahan2 :


150gm tepung gandum 
1 1/2 sudu teh baking powder 
1/2 sudu teh garam
170gm carrot yg disagat
2 bj telur A
95gm gula perang - aku guna gula halus
100ml minyak sayur/bunga - pakai minyak masak
2 biji pisang ~ dilecek (lebihkurang 1 cawan)
1/2 sudu teh soda bicarbonat
1 sudu teh esen vanila

Cara:

Masukkan tepung gandum, baking powder dan garam yg dah diayak bersama kedalam sebuah mangkuk. Masukkan carrot dan gaul rata. Dalam bekas yg lain lecek pisang bersama soda bikarbonat (ini akan menghasilkan pisang yg sedikit berbuih). Pukul telur bersama gula perang hingga pekat kemudian masukkan vanila.

Masukkan campuran tepung dgn carrot. Gaul dgn menggunakan spatula/senduk kayu. Masukkan pula pisang yg dilecek dan juga minyak, gaul hingga sebati. Masukkan adunan kedalam loyang 8" yg digris  terlebih dahulu.



Bakar dlm oven yg dah dipanaskan dgn suhu 175 hingga 180c sehingga masak (lebih kurang 45 - 50minit). Bila dah masak sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan.




 

p/s : Mulanya agak risau bila adunan cair semacam je.... alhamdulillah menjadi jugak!!

Wednesday, November 23, 2011

Wednesday, November 23, 2011

Donut Mini yg Comel

Dah lama x buat donut......  Ari ni aku buatlah donut. Aku gentel kecik2 dan comel lote. Sekali ngap jerr! Aku ni buat versi biasa, xde campuran selain bahan2 biasa... Skrg ni ramai yg buat donut versi labu, kentang, keledek dan macam2 lagi. Ini yg versi original punya!!!

Sedap gak....!

Kita layan jelah sepiring donut aku ni......



Bahan2 :

500gm tepung gandum
1/2 paket yis segera (mauripan)
1 biji telur
3 sudu makan  marjerin
3 sudu makan susu pekat manis
3 sudu makan gula
Air secukupnya
Gula halus utk tabur pada donut

Cara :

Bancuh tepung gandum bersama telur, yis,  marjerin, gula, susu pekat manis dan air secukupnya hingga menjadi doh yg lembut.

Biarkan adunan selama sejam sehingga naik dua kali ganda dari saiz asal. Lepas tu canai adunan dan terap dengan acuan donut yg comel.

Letak adunan yg dah diterap dalam loyang yg telah ditabur sedikit tepung agar x melekat. Panaskan minyak dan goreng hingga donut bertukar warna kekuningan

Setelah masak, angkat dan taburkan gula halus sebelum dihidangkan.



p/s : Lembut dan gebu je kejadiannya.....

Tuesday, November 22, 2011

Tuesday, November 22, 2011

Rendang Campur (daging, hati dan Paru)

Terasa susahnya nk berblogging skrg ni....... Nk post n3 ckit punya susah plak tu. Tu yg jadi malas ni...

Tapi sayang rasanya nk tinggalkan blog ni...... so, aku cuba jugaklah.  Tp xleh macam dulu, susahhhhh!!!!

Sesekali aku akan updatedddd!!!!



Bahan2 :

500gm daging
200gm hati
200gm paru
6 cawan santan 
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih 
5 btg serai

3 inci halia 
1 inci isi kunyit

1 inci lengkuas
1 helai kunyit (di koyak)

1 bungkus serbuk kari daging
 2 sudu besar ciling giling
12 biji cili api
2 keping asam keping 
Garam dan gula secukup rasa


Cara2 :


Daging, hati dan paru di potong2. Bawang putih, bawang merah dan halia dihiris halus. Lengkuas, isi kunyit, cili api dan 3 batang serai dikisar lumat. .2 batang serai lagi cuma dititik. Masukkan daging, hati dan paru, bahan tumbuk, bahan hiris,  cili giling, serbuk kari  dan serai yang dititik  kedalam kuali.

Kacau didlm kuali sehingga daging empuk. Xperlu taruh air kerana daging akan mengeluarkan air. Bila daging dah empuk, baru masukkan santan.

Masukkan juga asam keping dan daun kunyit.  Kacau...... Bila hampir kering, perasakan dengan garam dan gula. Biar sehingga kuahnya kering. Kacau selalu.....Bila dah siap, bolehlah diangkat...

p/s : Sedap nih.....! Ala2 rendang nogori gitu....!

Tuesday, November 15, 2011

Tuesday, November 15, 2011

Apple Streusel Slice

Ari ni teringin buat sesuatu dengan buah epal  yg  ada kt peti ais.....Godek2 resepi kt google, aku jumpa resepi ni. Nampak mudah dan bahan2 pun memang ada....so, aku buatlah utk minum petang.

Sedap jugaklah......!

Susahnya nk godek2 komputer ni.......lembap sangat.Tp terpaksalah, janji boleh berblog.

So, layan jelah juadah aku ni.....




  • INGREDIENTS
  • 180g butter, softened
  • 3/4 cup caster sugar
  • 2 eggs, lightly beaten
  • 1 1/2 cups plain flour
  • 1 teaspoon baking powder
  • 1 teaspoon ground cinnamon
  • 1 large granny smith apple, peeled, cored, diced


  • TOPPING
  • 1/4 cup brown sugar
  • 1/4 cup plain flour
  • 1 teaspoon ground cinnamon
  • 30g butter, softened


Method
  1. Preheat oven to 180°C. Grease and line a 3cm deep, 18cm x 28cm slab pan with baking paper. Using an electric mixer, cream butter and caster sugar until pale and creamy. Add eggs, in 2 batches, mixing well after each addition.
  2. Sift flour, baking powder and cinnamon over butter mixture. Fold through using a large metal spoon. Spread mixture evenly in prepared pan. Top with apple.
  3. Make streusel topping: Combine brown sugar, flour and cinnamon in a bowl. Using your fingertips, rub butter into flour mixture until it forms clumps. Crumble streusel mixture over apple.
  4. Bake for 50 minutes or until golden and a skewer inserted into the centre comes out clean. Allow to cool in pan. Cut slice into squares and serve.


p/s : Aku copy je resepi asal ........ xde masa nk translate, kalau nk tengok yg asal klik sini.


Monday, November 14, 2011

Monday, November 14, 2011

Kuih Bakar Jagung

Dah lama x bersiaran.............. lappy aku buat hal. Skrin berbelang2. Dah x nampak gambar atau tulisan apapun.

Inipun  aku pakai komputer biasa yg jenis baru lepas perang. Siksa nk tunggu loading, macam kura2  slow je.

Kata org...... xde rotan akar pun berguna.....................

Xde  lappy ni buat aku xde mood nk masuk dapur sekejap.......... tp boringlah plak.

So, aku godeklah komputer anak2 buat kerja  ngan main game ni........................... walau serba kepayahan aku cuba jugaklah, asal boleh saja.

Inilah juadah minum petang tadi.........................................



Bahan2 :

1 cawan tepung gandum
2 cawan santan
3/4 cawan gula
1 cawan jagung
1 cawan air
2 biji  telur

Cara2 :

Kisar  jagung  bersama  1 cawan air. Masukkan  semua  bahan lain terus kedlm blender tadi. Kisar lagi sampai sebati. Masukkan kedlm acuan yg telah di sapu dengan minyak masak.

Selepas itu masukkan kedlm oven yg telah  dipanaskan sebanyak 180.C

Bakar lebih kurang 50 minit atau lebih. Dah masak, biarkan sejuk dahulu.......... barulah dipotong.


p/s : Kuih ni mudah  je nk buatnya.. aku modified dari kuih bakar pandan yg pernah aku buat dulu. Tp x pandailah aku nk hias2 ni......  so simple!

Wednesday, November 9, 2011

Wednesday, November 09, 2011

Sup Tulang Daging Korban

Kelmarin aku masak sup tulang ni..............

Tulang ni dari daging korban kt tempat aku.......  sedapnyerrrrrrrrrrrrrrrrr...........!!!

Itula.... kalau buat sendiri baru puas makan!!

Sup ni x susah membuatnya.......... cuma ambil masa yang lama, dlm 3-4 jam.

Aku dpt dua ketul besar. Satu tu gear box dan satu lagi tu besar jugak tulang tu. Ada jugak ckit reja2 tetel sekali.

Emmm..... inilah dia sup aku.


Bahan2 :

2 ketul besar   tulang daging campur ckit daging tetel
2 paket sup bunjut
5 biji bawang merah *
4 ulas bawang putih *
1 sudu besar lada hitam *
1 sudu teh ketumbar *
1 sudu teh jintan manis *
1 sudu teh jintan putih *
1 inci halia - di ketuk2
1 inci lengkuas - di ketuk2
Sedikit rempah tumis - kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang  dan buah pelaga.
Sedikit daun sup - dihiris.
Sedikit minyak masak

Cara2 :

Tulang dibersihkan dan direbus sehingga daging hampir tanggal dari tulangnya, dlm 3 - 4 jam. Bahan2 yg  bertanda dikisar lumat. 

Tumiskan bahan2 yg dikisar dlm periuk lain sehingga wangi dan agak garing bersama rempah tumis. Masukkan sup bunjut, halia, dan lengkuas kedlm sup.

 Lepas tu masukkan bahan2 yg ditumis tadi. Biarkan sehingga setengah jam lagi agar bahan2 tumis mersesap kedlm sup.Barulah diperasakan dgn garam dan gula. 

Dah masak, taburkan dgn daun sup. Sedia utk dimakan...........

Saturday, November 5, 2011

Saturday, November 05, 2011

Kurma Daging Berkentang

Xde rasa macam nk raya je aku ni. Hari ni masih bekerja.............

Selalunya kt kg, waktu ni mesti tengah sibuk masak lemang n rendang utk juadah raya nanti........

Raya haji kt kg aku waktu kecik2 dulu sama je macam raya posa, meriah!!!!

Lemang, rendang dan kuih2 memang tersedia di pagi raya...........!

Tp skrg, dah xde kemeriahan itu lg, aku dah biasa x balik kg waktu raya haji. Raya haji bagi aku n family cuma cuti biasa je. Berniaga  ataupun duk kt rumah tengok tv. Kali ni jatuh hari Ahad....... aku bukak kedailah kt masjid negeri.

Lepas raya nanti dah tentu dpt daging korban...........! Macam biasa aku akan buat sup...... lebihnya akan buat rendang.

N3 aku kali ni ada kena mengena dgn daging, aku masak beberapa hari yg lepas.....

'Kurma Daging Berkentang'



Bahan2 :


300gm daging - dipotong kecil; 
3 biji kentang - di buang kulit dibelah 4 
2 biji bawang merah - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
1 cm halia - tumbuk
2 sudu makan cili giling 
1 pkt kecil serbuk rempah kurma
1 sdu makan pes asam jawa
11/4  cawan cawan air
2 cawan santan
minyak secukupnya
gula dan garam secukup rasa
sedikit rempah tumis - kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga

Cara :

Tumiskan bahan tumbuk bersam dengan rempah tumis. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. Tumis sampai agak garing. Masukkan pes asam jawa dan 1/4 cawan air . 

Masukkan serbuk rempah kurma sekali. Tumis bahan2 sampai garing. Lepas tu masukkan daging, renihkan sehingga daging empuk. Tak perlu masukkan air kerana air daging akan keluar. 

Masukkan kentang. Lepas tu masukkan 2 cawan santan dan 1 cawan air. Perasakan juga dengan garam dan gula. Biarkan mendidih sekali lagi. selepa tu bolehlah diangkat dan dihidangkan utk makan tengahari.

Friday, November 4, 2011

Friday, November 04, 2011

Ikan keli Sambal

Hari ni rasa x sihat plak.... selsema dan sakit kepala menyerang aku kini. Dlm dok tersengguk2 ni, aku paksakan diri tulis n3 ni.

Mungkin dah cukup keletihan aku ni.......... urusan pindah rumah pun x selesai lagi. Huh!...... penat!

Proses masak memasak memang x dpt ditinggalkan.......... almaklumlah bila dah time makan tu, mesti makan kan... kalau tidak, kebulurlah plak.

Masakan aku smlm.........'Ikan Keli Sambal' jerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...........!



Bahan2 :

4 ekor ikan keli
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar cili giling
2 biji cili merah
1 biji bawang besar
1 sudu teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara2 :

Ikan keli dibersihkan. Jika suka, boleh dipotong2. Selepas tu, direndam didlm air asam jawa atau asam limau utk menghilangkan hanyir.Lepas tu, barulah dicuci bersih, gaul dengan garam dan kunyit dan digoreng garing.  Bawang merah, bawang putih dan cili merah ditumbuk lumat. Bawang besar dihiris.

Tumiskan bahan tumbuk sehingga naik baunya. Lepas tu masukkan cili giling. Tumis lagi sehingga garing. Lepas tu masukkan pes asam jawa dan sedikit air. Kacau lagi. Masukkan pula bawang besar. Perasakan dengan garam dan gula.

Bila bahan dah sebati dan naik minyaknya, bolehlah diangkat dan dituang keatas ikan yg digoreng tadi. Sedia utk dihidangkan.

Thursday, November 3, 2011

Thursday, November 03, 2011

Lempeng Kelapa

Rumah aku bersepah giler....... brg2 x bersusun lg. Cuma barang2 yg boleh angkut dgn keta je kami dah bawa. ada jugak yg aku angkut jln kaki je.... brg2 yg ringan, sebab xmuat masuk keta.

Bila je nk janji ngan  lori..... aripun ujan. Tu yg asyik tergendala je.

Pagi smlm aku terlebih rajinlah ckit.... Selalunya anak2 makan sarapan roti jer. Ujan2 ni teringat lempeng mak aku buat kt kg. Siap taruh kelapa lg. Lagipun dok ngemas2 terjumpa lebihan kelapa kering buat kuih raya posa dulu.

So, apa tunggu lagi.... akupun mulalah membancuh dan menepeknya dlm kuali....

And taraaaaaaaaaaaaaaaa!!!!


Inilah 'Lempeng kelapa' aku.............haha!

Ni resepi mudah jer.........x semenggahlah katakan!!!

Bahan2 :

3 cawan tepung gandum
3/4 cawan kelapa parut (aku pakai yg kering je... yg biasa tu lagi sedap)
1/2 cawan gula
1 biji telur
Air secukupnya
Minyak utk lenser dlm kuali

Cara2 :

Satukan semua bahan dlm mangkuk kecuali minyak utk lenser tu. Air masukkan sedikit2 sehingga menjadi seperti adunan utk membuat jemput2. Kepekatan adunan kiranya masih agak pekat lagi.

Sudukan 3 sudu adunan kedlm kuali yg telah dilenser. Pastikan menggunakan api yg kecil je. Bila sebelah dah nampak garing, bolehlah diterbalikkan. Bila dah masak kedua2 belah lempeng tu, bolehlah diangkat. Ulang sehingga adunan habis.

Dah siap, bolehlah dihidangkan.....



p/s : Inilah sarapan pagi peberet aku masa kecik2 dulu..... sedap!!!!

Wednesday, November 2, 2011

Wednesday, November 02, 2011

Ayam Masak Merah

Hampir seminggu aku offline............

Busy dan letih x terkata ni......aku pindah rumah. Tu yg x sempat nk bersiaran ni.

Ar ni, menu nk di paparkan adalah 'Ayam Masak Merah'

Simple jer!!!!!!!!!!!!!!



Bahan2 :

1/2 ekor ayam
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1 biji bawang besar
1 sudu besar cili giling
1/2 cawan sos cili
garam dan gula secukup rasa
minyajk secukupnya

Cara2 :

Ayam dibersihkan dan dipotong2 kecil. Gaul degn garam dan kunyit dan goreng. Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk. Bawang besar dihiris.

Tumiskan bahan tumbuk. Dah kekuningan, masukkan cili giling. Goreng sehingga hampir garing. Masukkan sos cili dan bawang besar.

Nak berkuah, taruh ckit air. Perasakan dengan garam dan gula. Dah masak, gaulkan dengan ayam yg telah digoreng tadi.

Selepas tu bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih atau nasi minyak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...