Just Klik!

Monday, December 12, 2011

Ketam Goreng Tepung

Dok terfikir2 juadah minum ptg ari ni..... cik  abang bawak balik ketam. Nak buat masak ketam goreng tepung katanya. Ingakan  nak buat lomak cili api.!!!!

Sebenonya ada yg dok kempunan ni..... dah sakit ni macam2 plak seleranya. Itu yg my hubby beli tu.... Tp xpelah aku ikutkan aje, boleh tumpang sekaki pekena ketam ptg2 ni. ya tak?

Dan bersilatlah aku ptg ni menyiang 6 ekor ketam  dan menggorengnya... resepi aku godek je kt google sebab x pernah2 aku buat ni.... selalunya kalau ketam buat masak lemak atau sweet sour je!!! 

Aku ambil dari majalah rasa online.... kalau nk tengok klik sini. Modified ckit sebab buat banyak.


Bahan2 :

6 ekor ketam
2 biji telur
6 sudu makan tepung beras
3 sudu makan tepung gandum
secubit kapur makan
1 sudu teh serbuk kunyit - tambah sendiri
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak utk menggoreng

Cara2 :

Satukan tepung beras, tepung gandum, serbuk kunyit, kapur makan dan telur. Gaul rata.  Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul adunan sebati. Pastikan adunan tidak terlalu pekat ataupun cair. 

 Panaskan minyak dan ketepikan. Kemudian celupkan ketam yang tekah dibersihkan ke dalam adunan tersebut. Sebatikan.

Masukkan ketam yang dicelup tadi ke dalam minyak yang telah pun panas dan goreng sehingga kekuningan. Balik balikkan.

Angkat, toskan dan sedia dihidangkan bersama sos. Sedap dan amat menyelerakan.


p/s : Baki adunan aku goreng ala2 keropok... itupun dah cukup sedap.




Have a nice day! :)

1 comments:

Melly Octaviana said...

wah sedap nya ketam ini yah.. btw salam kenal dari melly.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...