Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Friday, December 30, 2011

Laksa Berkuah Sardin

Minggu ni ntah kenapa....... tekak ni nk makan laksa plak. Dah berzaman x buat ni. Teringat kuahnya yg masam2 pedas tu. Tp malas plak nk buat yg renyah2 ni.

So, aku kerjakanlah dengan cara yg mudah jer. Guna sardin dlm tin je utk buat kuahnya. Dah biasa jugak org lain buat ni, tp ini citarasa aku...... lain dari yg lain. Aku guna sardin sepenuhnya, cuma tambah ckit ikan bilis. Buat ikut sesedap rasa sendiri jer.....!

Dah menjadi masakan aku ni.... x nyempat2 anak nk makan. Terkocoh2 aku snap gambar. ha...ha



Bahan2 :

1 kilo laksa
1 tin besar sardin -  guna sardin adabi sebb senang nk bukak

utk kuah
2 biji bawang besar
8 biji cili api
2 sudu besar cili giling
segenggam ikan bilis
Sedikit belacan
2 batang serai
segenggam daun kesum
6 keping asam keping
5 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

utk hiasan
3 biji telur rebus
3 biji cili api
3 biji limau kasturi
* Jika nk, boleh juga taruh timun, cili merah & bawang besar yg dihiris - lupa nk beli...!

Cara2 :

Sardin diasingkan dari sosnya dan dilecek lumat. Bawang besar, cili api, cili giling, ikan bilis dan belacan di kisar. Serai di titik.

Masukkan bahan kisar kedalam periuk dan didihkan. Masukkan sekali air dan semua bahan2 utk buat kuah. Biar betul2 mendidih, baru masukkan sardin. Perasakan dengan garam dan  gula.

Untuk hidangan, masukkan laksa kedlm pinggan. Sendukkan kuahnya dan letak diatas laksa telur rebus yg dibelah dua, cili api hiris dan bahan lain. Perahkan juga jus limau kasturi.

Fuh.... sedappp!!!




p/s : Sos sardin tadi jgn dibuang...... boleh campurkan dlm kuah apabila nk makan.


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...