Just Klik!

Saturday, December 17, 2011

Sambal Sardin Cili Api Berkentang

Ini salah satu resepi yg pedas menyengat yg nk aku kongsikan di sini. Tapi jangan x tau, sedap dan menjadi kegemaran anak2 aku ni....

Ringkas, mudah dan sedap...... utk aku yg selalu sibuk dhujung2 minggu.


Bahan2 :

1 tin kecil sardin
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
10 biji cili api
2 biji kentang
1 sudu teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara2 :

Bwang merah, bawang putih dan cili api ditumbuk lumat. Kentang dipotong agak nipis dan digoreng sebentar dan ketepikan.

Sardin diasingkan isi dan kuahnya dan digoreng sekejap.Ketepikan juga.

Tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi dan garing. Lepas tu masukkkan sedikit air dan pes asam jawa. Kacau sehingga pekat.

Masukkan sardin yg dah digoreng tadi dan kuahnya sekali. Masukkan juga kentang yg telah digoreng.

Perasakan dengan garam dan gula. Didihkan sehingga betul2 masak. Kalau terlalu kering boleh taruh ckit air.

Bila semuanya dah dah masak dan rasanya dah okey, bolehlah diangakat dan dihidangkan.


p/s : Pastikan cili api telah ditumis garing secukupnya.... barulah rasa pedas yg sedap walau taruh banyak cili api.
Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...