Just Klik!

Friday, February 25, 2011

Cara Masakan aku......

Aku ni kadang2 ada jugalah blogwaking ke blog2 org, walaupun x selalu...... macam2 info aku dapat.... info pasal life, kerja n macam2 lagi. Ada yang gila2... serius n then.. yang geli2 pun ada.

Pun ada cerita pasal masak memasak dan resepi....  tang nilah aku nk buat cerita kali ni...

Lain tempat  lain cara dan nama masakannya... pun lain orang lain caranya..

Ari tu aku ada masuk satu blog tu.... Wah! dia cerita pasal masak asam pedas. Cara dan bahan2 memang sama ngan aku masak..... tp cili keringnya dia taruh 3 - 4  biji je. So kaler asam pedas tu kuning je. Warna macam masak asam rebus atau asam tempoyak.. Kalau ikut aku, cili kering  tu 15 - 20 biji. Ataupun 2 sudu besar cili giling.

Ada satu blog lagi cerita pasal masak lemak  cili api..... Masak tu dah okey... nampak sedap sangat. Tp resepinya taruh 3 biji cili api je.... xde rasa pedas langsung gamaknya. kalau aku yg masak, mesti taruh cili api tu dalam 12 - 15 biji. Fuh! barulah terangkat power rasa dia!

Apapun itu resepi diorang.... tekak aku ngan diaorang dah tentu x sama.. .

Sebenar-benarnya aku dulu macam diorang jugak..... tp  bila dah kahwin dgn orang Negeri sembilan, aku terpaksa menyesuaikan diri...... Masa baru kahwin, aku gi umah sedara-mara hb.... pedas giler masakan diorang..... tp tahanlah Mulut dan pipi dh rasa kebas ngan kepedasan.... tp kena makan jugak... yalah org baru masa tu..... malu2 lg.

My hb dh tentunyaq makanan kegemarannya adalah asam pedas dan masak lemak cili api.... so mesti ikut citarasa dia....kalau  x pedas, x sedap n x power.... Lama2 aku dh jadi biasa plak ngan pedas2 ni... Anak2 pun dh lali...dh ikut selera myhb le tu. Mana xnya hampir tiap hari mesti ada lauk pedas ngan lomak tu! Favourite lah katakan.... kalau kite x masak lauk tu..... sanggup beli!!! Camne....!!!!!

Semenjak dua menjak ni, bila aku balik kg aku kt Perak..... aku masak le... cara masak aku dah x sama gamaknya sebab tu bapak aku x selera nk makan.... dah x sesuai ngan tekak dia le tu.... sedangkan masa dulu2 aku le yang selalu masak (masa belum berhijrah n berkahwin). Akupun dpt rasa.... citarasa aku ni dh x sama dah....

Itulah alkisahnya........


p/s : Gambar2 tu cuma hiasan( upload kt google image).... mana sempat nk masak la ni..... bzy  sangat!


Have a nice day! :)

Wednesday, February 23, 2011

Telinga, Mata Dan Mulut

Kita dilahirkan dengan telinga kiri dan kanan supaya  kita dapat mendengar semuanya dari dua sisi. Supaya kita dapat mendengar pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.

Kita juga lahir dengan dua mata tetapi hanya diberi satu mulut. Ini kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, boleh menyakiti, boleh membunuh, boleh menggoda dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan.

* Ari ni sesaja nk berfalsafah sikit untuk melegakan perasaan yang biul, gundah gulana dan macam2 trouble matter lagi......  Badan pun rasa x sihat je.....apapun have a nice day! 

Have a nice day! :)

Tuesday, February 22, 2011

JANGAN GUNA PERKATAAN "SALAM"

Inilah tajuk entry aku kali ni...... aku ni memang bila tulis mssg atau berblogwalking memang suka bagi salam.... yg selalu aku guna tentulah perkataan "salam".....rupanya x elok buat camtu...... kena guna perkataan penuh atau as salam... manalah aku tau... skrg dah tau.... okeylah... di sini aku copykan entry dlm facebook pasal hal ni utk pengetahuan semua!!!


JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya

Have a nice day! :)

Monday, February 21, 2011

skarfmerahjambu

Penat giler pagi ni....... dek smlm berniaga, ari ni baru terasa lenguhnya, sakit pinggang, sakit kaki dan segala bagai keletihan lagi. Apapun sempatlah juga bercerita-ceriti di sini lagi.....

Ari ni dpt tahu adik dari Ipoh nk dtg..... ada kes mahkamah dia yg x selesai2 lg dgn ex-husbandnya. Pagi2 ank2 dah habis gi sekolah.... boleh relax sekejap sebelum masak tghari... 

Aku nk cerita pasal satu blog ni....... dulu2 aku selalu masuk blog ni...dh lama jugak aku lupa... baru2 ni aku masuk balik....blog ni dulu ada satu kolum di majalah Mingguan Wanita..... aku suka baca blog ni...baru2 ni aku cari blog ni..... dlm majalah aku tengok dah xde ...

Cari punya cari.... mula2 jumpa blog pelik yg ada tajuk je..."Siapa Lelaki Ini" oleh Romeo Retro.Lepas tu godek punya godek baru le jumpa blog ni... Dah lama x update blog ni... last updated Oktober 2010... Pada Cik Salina...tuan punya blog skafmerahjambu.blogspot.com/ .... mana awak menghilang.... Awak pegi mana... x menulis lagi ke... rindu awak... tulisan awak yang bersahaja tu!

Have a nice day! :)

Thursday, February 17, 2011

Background blog aku......

ini background yg aku nk pakai nanti...
Dah banyak kali tukar background.....  dah macam2 rupa dah ,aku create di blog ni... Skrg ni aku dh ubah imej background lagi. Kali ni yg betul2 simple.... abstract background.... Kata anak dara aku background tengah hot skrg ni background penuh... dialah ajar camne nk tukar ni. Lagipun banyak pilihan background pulak tu.

Aku ceritalah ckit.... mula2 pilih backround di goggle image... taip je  jenis apa nk.... cute ke, heart ke,kartun ke..vintage ke atau apa aje ... macam aku ambil abstract background. Simpan dlm picture. Lepas tu gi kt blog  klik design.... pilih template designer.... remove image n then upload image yg dipilih td (sebelum tu pastikan background di html design di buang terlebih dahulu)..... choose file..... done. Pastu di tepi image tu klik aligment and tile. Ada lagi.... apply to blog and back.... selesai.

Kalau nk cuba... cubalah. Ini kira trial and error.... kadang2 nufnang ada hilang... tp boleh pasang balik... expert tu! ..... kalau lari terabur kita punya gambar2 kt blog2 tu .... .pandai2lah edit....Apapun aku tau korang semua  lagi expert tentang blog ni. Senang cerita, ni untuk orang yang x reti dan baru join blog macam aku. Okey!!!

SELAMAT MENCUBA!!!



Have a nice day! :)

Wednesday, February 16, 2011

TOMATO


Ari ni aku nk cerita pasal tomato.... sayur dari jenis buah yang menjadi favorite aku n family. Bila masak gulai je mesti letak tomato 2-3 biji sebab semuanya berebut . So, hampir setiap hari mesti ada hidangan yg berasaskan tomato atau campur tomato. Selain campur dalam gulai, tomato ni aku buat kerabu tomato, sup tomato, salad tomato, jus tomato dan macam2 hidangan tomato lagi. Nantilah... akan disertakan sekali resepi2 tomato aku ni..

Info tentang tomato yang aku tahu....... menjadikan kulit lebih cantik, awet muda, anti kanser dan banyak lagi khasiat tomato.... bagusnya my family sukakan buah tomato yang sangat  sedap dan berkhasiat ini......


Have a nice day! :)

Monday, February 14, 2011

Tips Pemakanan Sihat.....

Kali ni aku nk kongsi tips pemakanan sihat dengan blogger2  semua....

Ambil lima sajian sayur-sayuran setiap hari. Makan sayur dan buah merupakaan cara elektif menurunkan berat badan. Ini kerana kandungan serat dan air di dalam makanan akan membuat anda berasa kenyang dengan lebih lama sehingga boleh mengurangi pengambilan kalori.

Makan 2 hingga 4 sajian protein setiap hari. Sumber protein boleh didapati dari ikan, susu, telur, kekacang dll. Ikan adalah sumber protein yang mudah dan kaya dengan omega 3 boleh melindungi kita dari penyakit jantung.

Kurangi lemak terutama lemak tepu. Seeloknya gunakan minyak zaitun di dalam masakan. Contohnya seperti salad...  Dan pilih ayam dan daging tanpa lemak. Ambil produk susu, telur dan yogurt tanpa lemak

Kurangkan gula dalam minuman dan masakan. Tak perlu tambahkan gula pada jus buah-buahan. Gantikan sirap dengan air putih dan elakkan minuman berkarbonat. Minum banyak air.

Pilih makanan berkarbohidrat kaya serat seperti roti dan bijirin penuh. Kurangkan makanan segera. Makanan segera mengandungi banyak lemak tepu dan kurang nutrisi penting seperti serat, vitamin dan mineral. Dan pastinya mengandungi  banyak serbuk perasa yang tak elok untuk kesihatan.

Harap para blogger dapat manafaat......

Have a nice day! :)

Saturday, February 12, 2011

Yang Terindah Bagiku......

Skrg ni bulan Februari.mengingat kan aku pada Valentine Day atau Hari Kasih Sayang .Org kita  memang x elok  buat sambutan pada hari ni....hari org putih tu.... Apapun aku teingatkan zaman dulu2...iyelah, zaman waktu bercintan-cintun dulu la. Diam x diam dah hampir 20 tahun usia perkahwinan kami.... Dah ada 4 orang cahayamata. Dah macam2 dugaan yang kami alami. Zaman senang, zaman susah dan zaman yang macam2 hal dan karenah pun ada. Alhamdulillah..... semuanya dapat kami harungi dengan penuh kesabaran. 

Zaman bercinta, zaman berkasih sayang memang indah tapi penuh dugaan. My hb ni romantiklah jugak tp kampungan sikit. Ada jugalah kejutan yang diberikan waktu valentine day dan pada hari2 yang perlu dingati  ni . Haha! gelihati betul.... tp x mau cerita... biarlah rahsia. Walau dah lama berkahwin.... rasa macam baru semalam je kami berkahwin. Itulah namanya bahagia.... walau sesusah manapun kehidupan ini asal hati bahagia semuanya x jadi satu bebanan langsung.

My hubby seorang yang suka bercakap..... so aku kena jadi tukang dengarlah. Tp xboleh mencelah sampai dia habis cerita dan iyekan saja cakapnya. Ujung2 cerita baru le boleh komen, itupun sikit2 je... n dia ni suka bergurau...kenalah sporting... aku bukannya jenis yang suka merajuk dan marah2pun. Itulah kehidupan kami.... apapun kesabaran n jangan cepat melenting adalah kunci utama kebahagiaan ini...... so semuanya ok je!!!!!!






Have a nice day! :)

Monday, February 7, 2011

ANNUR RAWATAN RESDUNG & KECANTIKAN

RM 35.00
Inilah nama pusat rawatan yang telah saya jalankan sekarang. Telah beroperasi selama hampir setahun. Pusat ini menawarkan perkhidmatan rawatan resdung yang berlainan dengan pusat rawatan yang lain iaitu kaedah rawatan wap herba dan cucian rongga hidung. Ia terbukti berkesan dalam membantu mengatasi gejala resah hidung yang dialami sebahagian besar masyarakat hari ini. Kami juga telah menjadi stokis produk resdung yang dinamakan NTRESD khas bagi golongan yang mengalami masalah resah hidung.

Resah hidung merupakan merupakan antara penyakit yang serius membelenggu kehidupan seharian. kajian saintifik telah menemui bahawa punca penyakit resah hidung ini berpunca daripada jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil yang dipanggil sinus. Impaknya, penyakit ini boleh memberi kesan kepada wujudnya gangguan pernafasan, batuk, gatal hidung, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Oleh itu, pakar perubatan mengakui bahawa resah hidung jika dibiarkan tanpa rawatan boleh mengakibatkan  maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.

RM 25.00
NTRESD dihasilkan berasaskan cecair yang menggunakan kaedah semburan (spray) ke bawah lidah, kaedah yang amat unik, mudah digunakan dan dibotolkan agar mudah dibawa kemana sahaja. Istimewanya produk NTRESD ialah ia sesuai untuk semua lapisan umur samaada bayi, wanita mengandung, dewasa atau golongan yang lanjut usia. NTRESD bukan sahaja boleh membantu masaalah resah hidung, malahan membantu merawat jerawat, lelah, asma,  tidur berdengkur, sakit gigi dan gusi serata membantu meningkatkan tenaga dan daya tahan badan.


Produk NTRESD ini merupakan formula yang berasaskan perubatan Islam dengan menggunakan herba-herba terpilih sebagai penyembuh dan antibodi semulajadi iaitu madu dan habbatussauda sementara bunga cengkih, kulit kayu manis, mengkunyit, adas pedas  dan cuka epal terbukti sebagai penyembuh dalam perubatan melayu dan dikuatkan dengan amalan doa dan selawat semasa ianya dikilangkan Produk NTRESD dikolangkan mengikut standard dan piawaian IMP (Islamik Manufacturing Practice)

RM 25.00 
Annur Rawatan Resdung & Kecantikan menawarkan pengkhususan dalam rawatan resdung yang kaedahnya lain dari yang lain dengan harga yang amat berpatutan. Perkhidmatan dan rawatan yang kami tawarkan ini adalah untuk lelaki dan wanita. Kami juga menjual berbagai produk resdung yang lain seperti bedak, sabun, pelembab mata dan hidung dan lain-lain produk yang semuanya berkualiti. Juga ditawarkan perkhidmatan mandi wap herba. Ia boleh merawat penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, asma, resdung, gout dan sakit-sakit badan. Di samping itu dapat melancarkan peredaran darah, membuang toksin, menyerikan wajah yang pucat, memberi tenaga kepada badan yang letih dan tak bermaya dan ia amat sesuai untuk wanita lepas bersalin. Kelebihan mandi wap herba ini juga boleh membuang lemak dalam badan dengan mandi wap selama 15 minit boleh membakar kalori sebanyak 400 hingga 600 kalori. Justeru itu ia dapat mengurangkan berat badan.

Annur Rawatan Resdung & Kecantikan beroperasi di No. 18A, Tingkat 1, Jalan Timun G, 24/G Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Noor,  Tel no. 0172387594.


RAWATLAH DIRI ANDA UNTUK ANDA JUGA......




Have a nice day! :)

Sunday, February 6, 2011

Tukar Tempat Niaga

Dah 3 minggu berniaga di kawasan baru. Tempat lama dah ada orang lain yang dapat..... Mula2 tu sale merudum gila. my hubby bengang je. Aku.... control je. Dalam hati tuhan je yang tau, bila dah penat2 buat tapi tak laku dijual. Makan sendirilah... Alhamdulillah, sejak orang dah tau tempat jualan dihujung ni, pelanggan tetap pun datang balik. Kira okeylah tu... Mula2 di kawasan tengah..... lepas tu hujung sebelah kiri. Gerai baru ni no. 4 dari hujung sebelah kanan....  Dekat dengan pejabat pentadbiran masjid. 

Have a nice day! :)

Wednesday, February 2, 2011

Anak2 Bergambar...

ICT
Gambar ni di ambil masa anak2 ikut makngahnya gi jalan2 ......masa cuti Krismas ari tu  Waktu tu aku tak ikut sekali. Sibuk berjualan. Elok jugalah ada yang bawak anak2 pegi jalan2 tu. Kalau tidak, alamatnya terperap ajelah anak2 kat rumah atau ikut aku berniaga di masjid negeri.  Aku n hb memang sibuk sangat2.... Anak2 dah tak mau ikut niaga dah... boring katanya. Sekarang ni dah mood cuti raya Cina....takdenya gi mana2pun.... biarlah orang lain gi makan angin..... bukannya apa, takut nanti kami kena makan pasir...!!

Opah n cucu2nye
Putrajaya

Have a nice day! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...