Just Klik!

trendy.... beauty..... anggun.....!

Blog Santai-santai jerrrrrrrr..........!

Friday, September 30, 2011

Cuka Kurma


Produk Jualan Terkini..............

Cuka dihasilkan drpd buah-buahan spt kurma, epal, anggur & tin (fig) yg disimpan atau diperam dlm jangka masa tertentu. Jus buah bertukar menjadi alkohol (haram). Alkohol bertukar menjadi yis-asid asetat-cuka (halal).

CUKA KURMA
  1. dapat mencegah berlakunya pembengkakan pd badan spt bisul & kanser
  2. membuang darah kotor & melancar aliran darah
  3. mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut
  4. melancarkan pergerakan usus
  5. merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan
  6. memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
  7. menurunkan tahap kolesterol
  8. mengimbang tahap asid-alkali dlm badan & mengeluarkan lebihan garam
  9. membakar kalori dgn cepati
  10. membuang toksin
  11. merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga
  12. penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang
  13. mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut
  14. merawat masalah hempedu (membersih hempedu dr lemak yg membentuk batu)
  15. mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan an yg pelbagai
  16. melancarkan pengeluaran susu ibu
  17. melancarkan perjalanan darah yg berketul dlm perut (masalah gangguan haid)
  18. memperbaiki fungsi limpa
  19. menghilang masalah dahaga dan mengurangkan panas badan

Harga : RM 15.00

Sebarang pertanyaan & pembelian sila hubungi : NOOR di 0172387594



Have a nice day! :)

Thursday, September 29, 2011

Sambal Mangga Muda


Sebenonya aku dilanda kemalasan......... nk masakpun berart jerrrrrr. Menu masakan plak asyik2 menu ulang tayang jer.... So layan jelah sambal mangga ni.

'Sambal Mangga Muda'

1 bji mangga muda - parut halus
Cili api - ikut sendiri, kalau nk pedas bubuh banyak2
Segenggam ikan bilis - dibersihkan
Belacan - jika suka, x bubuh pun xpe
Secubit garam dan sesudu teh gula

Cara2 :

Cili api ditumbuk lumat bersama garam dan gula. Dah lumat, masukkan belacan dan ikan bilis. Ikan bilis ditumbuk agak2 kasar sedikit. Masukkan mangga muda dan digaul sebati. Dah siap, bolehlah dihidangkan

Selamat mencuba...........


Have a nice day! :)

Wednesday, September 28, 2011

Petua Menjernihkan Kembali Minyak Masak Yang Telah Digunakan


Selalunya minyak masak akan menjadi agak keruh dan kehitaman bila dah digunakan utk menggoreng. Kalau baru sekali guna tu, membazirlah kalau nak dibuang.

Kalau boleh digunakan lagi, buat apa nak dibuang. Jadi, eloklah digunakan lagi. Apabila  warnanya dah bertukar, boleh cuba cara ni.... Panaskan minyak masak tu. Kemudian, potong kentang nipis2. Gorengkan kentang sebentar. 

Minyak masak akan lebih jernih berbanding dari sebelumnya.

Silalah cuba!!!!


Have a nice day! :)

Tuesday, September 27, 2011

Masak Lemak Cili Api Pucuk Paku

Mood memang bercelaru ari ni....... Nk updates blog pun x bersemangat jerrrrrrr. Selalunya pagi2  lagi aku dah siap updated.

Ini.....? dah petang, aku masak terkial-kial mencari mood. Dek x nak blog aku ni menjadi suram dan kelam........Aku updatedlah masakan aku ari ni.

Masakan org kg yg paling hot.......... hotlah sangat!!!! iyerrrrr  lah tu.... utk aku je....



'Masak Lemak Cili Api Pucuk Paku'

Bahan2 :

2 ikat pucuk paku
Segenggam ikan bilis
9  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Pucuk  paku dibersihkan dan diambil hanya daun2 dan batang yg lembut. Ikan bilis dibersihkan dan di tumbuk kasar.Masukkan pucuk paku dan ikan bilis ke dalam periuk bersama bahan tumbuk dan serai yang telah dititik. Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. 

Bila dah mendidih, masukkan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air. Ckit je tau... takut nanti tersangat cair plak. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.

p/s : Ari ni makan masak lemak pucuk paku dengan pekasam goreng.......... pergh, sedap!!!!!


Have a nice day! :)

Monday, September 26, 2011

Asam Tempoyak Ikan kembung Dengan Tomato

Smlm dan ari ni aku dilanda kemalasan nk updated blog. Otak pun dah blur je................ !

Letihnya...... mata pun  berat je! Hanya disebabkan rasa tanggungjawab kt blog ni, aku updatedlah resepi yg aku masak ari ni. So simple, tp aku sukaaaaaaaaaa............!

Dah berkali2 aku buat dah!!!  X jemu2 !!!!!!!

Kalau ada yg boring ngan resepi2 aku kt blog aku ni, aku x kesah........ sebab aku ni memang macam inilah............... Apa yg aku ada dan masak utk keluarga aku ni, itulah yg aku post kt blog ni. X payah susah2 nk canggih-manggih. Akupun bukannya ada masa dan pandai masak. So, jadilah diri sendiri.........!!



'Asam Tempoyak Ikan kembung  Dengan Tomato'

Bahan2 :

3 ekor ikan kembung

2 biji tomato
3  sudu besar  tempoyak  
8 biji cili api
2 biji cili merah
1 cm isi kunyit
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Ikan kembung  dibersihkan dan dipotong2. Tomato dibelah enam Cili  api, cili merah dan  isi kunyit di tumbuk lumat. Masukkan dalam periuk dan gaulkan dengan ikan dan tempoyak. Masukkan air. Didihkan. 

Masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukkan tomato di akhir sekali . Bila hampir mendidih sekali lagi barulah diangkat dan siap utk dihidangkan.

p/s : Kalau korang perasan, asyik2  ikan kembung je.... ikan kegemaran lah tu!!!


Have a nice day! :)

Saturday, September 24, 2011

Lontong Semarang


Ini lontong yg aku buat kelmarin bersekali dgn rendang tok dan sambal kacang ayam utk dimakan dgn nasi impit.

Dah berkurun rasanya aku x buat lontong ni, aku pernah buat masa adik2 ipar aku duk dgn aku..... dah lama sangat dah. Itu pun aku tolong2 je diorang masak lauk ni.

Kalau raya kt kg my hubby ada kak ipar yg pandai buat ni, aku tukang makan je.....

Cari2 dan selak resepi yg sesuai ..... aku pilih  resepi ni dari blog Dunia dari Dapur Kak Jee...aku taruh apa ajelah sayur yg aku suka.... and then aku olah ckit2. Bolehkan kjee...? Sapa2 nk tengok resepi kjee tu boleh klik kt sini.

Resepi ni buat aku terpikat sebab ada pedasnya dan campur ngan daging pulak tu .... So, jadilah masakan ni kelmarin.

'Lontong Semarang'

Bahan2 : 

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
3 biji buah keras
2 inci isi kunyit
7 biji cili api
2 biji cili merah
2 batang serai
1 biji terung 
1 paket fucuk dan suun
1 batang carot
2 ketul tauhu
2 keping tempe
Sedikit kobis
2 cawan santan pekat
Sedikit daging cincang/tetel
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara2 :

Bawang merah, bawang putih, buah keras, isi kunyit dan cili api dikisar lumat. Masukkan belacan dan campurkan sekali. daging dipotong kecil2. Tempe dan tauhu digoreng sebentar dan dipotong dadu.

Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau dan wangi. Masukkan daging. Masak sehingga daging empuk. Masukkan sedikit air dan serai . Biar seketika. Masukkan pula sayur-sayuran. Masukkan juga tempe dan tauhu.

Masukkan pula santan pekat. Kalau nk kuah lebih boleh tambah ikut keadaan. Bila dah mendidih, perlahankan api dan renehkan seketika. perasakan dengan garam dan gula. Taburkan cili merah yg telah dihiris .

Dah siap... bolehlah diangkat dan  dihidangkan dgn nasi impit, sambal kacang dan rendang.

P/s : Perghhhhhhh............. memang sedap, lain dari yg lain. 


Have a nice day! :)

Friday, September 23, 2011

Sambal Kacang Ayam


Haaa........... smlm ni aku buat makan2 sikit utk kawan2 anak aku ..... raya sebulan katakan........!

Sambal kacang ni utk dimakan dgn nasi impit, rendang tok dan lontong......

So, inilah dia  masakannya.....

'Sambal kacang Ayam'

300gm kacang tanah 
Ayam - ikut suka nak banyak mana (potong kecil2)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
2cm halia
3cm  lengkuas
2 sudu besar cili giling
1 sudu makan pes asam jawa
1 ketul kiub ayam - jika suka
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara2 :

Kacang tanah digoreng tanpa minyak dan dikisar, jangan terlampau lumat. Biar agak kasar sedikit. Bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan serai dikisar. Tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.

Kemudian, masukkan ayam. Biar sehingga ayam masak. Masukkan pula pes asam jawa, kiub ayam dan air. Setelah mendidih, masukkan pula kacang tanah. Perisakan dengan garam dan gula. 

Masak diatas api kecil sehingga pecah minyak. Siap utk dihidangkan Sesuai dimakan dengan nasi impit, ketupat dan pulut tanak.

P/s : Ada satu petua tu.... tentang kacang tanah, sebelum kisar kacang tanah, buang dulu kulit nipisnya. X perlu buang semua. Dlm 3/4 % pun dah cukup. X boleh buang semua, kena tinggalkan ckit. Barulah rasa sambal kacang tu sedap!!!!!


Have a nice day! :)

Thursday, September 22, 2011

Rendang Tok, Resepi Opah


Dah lama aku teringin nk buat rendang tok, resepi turun-temurun opah aku......... Ada je halnya dan masaalahnya. Lebih2 lagi hubby aku tu asyik2 nk buat rendang style dia je....!

Dari kecik lagi memang inilah resepi yg biasa opah aku buat. Memang aku pernah tanya kt diorang ... nape namanya rendang tok, bukan rendang opah, susah2 opah membuatnya atok yg dpt nama. Diorang jawab, rendang ni kegemaran atok.... ohhh macam tu upenya....ha..ha..ha..

Masakan ni, aku main anggaran je.... org dulu2 mana ada sukat2 secara spesifik, so.... pandai2 ajelah  aku mengejasnyerrrr!

Inilah resepinya..... masakan smlm , aku ringkaskan ikut cara terkini.

'Rendang Tok' resepi opah aku.................!

 Bahan2 :

600gm daging
1 paket kerisik
2 liter santan
1 sudu makan pes asam jawa
1 keping gula melaka (dalam 3 sudu makan)
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Bahan kisar
3 sudu makan ketumbar
2 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
1 sudu teh lada hitam
3 sudu besar cili giling
4 batang serai
4cm halia
3cm lengkuas
3 biji buah keras
2 biji bawang besar

Bahan tumis
4 biji bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
3 cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih

Cara2 :

Daging dipotong2, dibersihkan dan ditoskan. Perap daging bersama bahan kisar, air asam jawa, gula melaka, sedikit santan dan garam. Biar seketika dan ketepikan.

Tumiskan bawang merah, bawang putih, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga cengkih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan daging yg telah diperap . Kacau sebati atau sehingga berasap.

Tuang baki santan. Kacau sehingga kuah tinggal separuh. Kemudian masukkan kerisik dan kacau lagi sehingga kering.

Masak dengan api perlahan sambil dikacau tanpa henti hingga kering. angkat dan sedia dihidangkan.

p/s : Waktu dulu-dulu..... opah aku mesti taruh isi kelapa yg dihiris2 dan digoreng kedlm rendang tok. Skrg aku x buat lagi... mana nk cari isi kelapa. Aku beli santan je....

*******************
my dream.....!
klik SINI
*******************


Have a nice day! :)

Wednesday, September 21, 2011

Sambal Budu Sempoi



Ini lagi resepi paling gilerrrrrrrr dan kelakar dari aku. Resepi  yg simple yg boleh dikatakan semua org tau buat. Sesaje je aku nk post n3 ni.....

Ha...ha..ha!  Korang layan ajelahhhhhhhhhhhh...

Makan sodap ni, dapat plak makan dengan ikan bakar dan ulam-ulaman. Kalau xde.... dengan ikan goreng pun boleh.


'Sambal Budu Sempoi'

Bahan2 :

1/2 botol budu
4 biji limau kasturi
5 biji cili api
2 biji bawang merah
1 batang serai
Gula secukup rasa

Cara2 :

Budu diisi kedlm bekas. Masukkan air perahan limau kasturi. Masukkkan juga cili api yg telah dipotong2. Bawang merah dan serai yg telah dihiris letakkan sekali. Masukkan pula gula. X perlu letak garam sebab budu dah masin. Sesuaikan rasanya... dah siap.

p/s : Lebih power kalau makan budu ni guna straw. Sekali suap, sekali sedut.... pergh wa cakap lu...haha! Cara makan macam ni kawan aku org pantai timur yg suggestkan, aku pun x pernah buat.


Have a nice day! :)

Tuesday, September 20, 2011

Kacang Panjang Tumis Goreng

Alahai....! Terkadang tu rasa malu jugak. Tah ape2 je aku ni, resepi yg simple gini pun nk masuk kt blog... ya tak?

Aku memang sedar diri, aku ni bukannya pandai masak pun, cuma suka2 je isi n3 resepi. Org buat, kitapun nk buat jugak tp masaknya tak ape2 ajelah.

Sebenarnya semua resepi yg terpapar kt blog ni adalah apa yg aku masak utk keluarga aku. Biarlah... apa org nk kata... aku x kesah.  janji original aku punya... x copycat gsmbar, x menipu dan x menggangu hakcipta org lain kan..kan!

Masakan yg aku buat memang mudah2 je.... x macam blog org lain yg sarat dgn resepi canggih-manggih tu... x kuasa aku nengoknya...aku buat yg termampu. Simple, mudah dan senang. Lagipun aku ni kan sibuk manjangggg! 

Resepi ari ni yg nk aku pertontonkan ialah...................



'Kacang Panjang Tumis Goreng'

Bahan2 :

1 ikat kacang panjang
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1  biji cili merah
beberapa ekor ikan bilis
1 sudu makan sos tiram
1/4 sudu kecil pati ayam (jika suka)
1/4 cawan air
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa


Cara2:

Sawi di potong2 dan dibersihkan. Bawang merah, bawang putih dihiris halus, Cili meran dipotong menyerong.  Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili merah dan ikan bilis. Masukkan sos tiram dan kacang panjang. Masukkan air dan pati ayam.. Masak hingga mendidih. Sesuaikan rasa garam dan  gula. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.



Have a nice day! :)

Monday, September 19, 2011

Ikan Kembung Tumis Tomyam


Ini  masakan aku beberapa hari yg lepas. Tercicir plak bila ikut turn nk updated tu.

Aku dpt idea nk wat ni dari blog Secubit Garam. Dia guna ikan tongkol, tp bila aku gi kedai..... x jumpa plak ikan tu. So, aku belasah je pakai ikan kembung.

And then, aku buat ikut cara sendiri..... bahan2 pun x banyak macam resepi asal. Bolehlah ya!

'Ikan Kembung Tumis Tomyam'

Bahan2 :

4 ekor ikan kembung
1 paket pes tomyam adabi
2 bji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 batang carot
1 biji tomato
1 cm halia
1 btg serai
5 biji cili padi
1 sudu makan pes asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menumis

Cara2 :

Ikan kembong digoreng. Bawang putih. bawang merah dan halia dimayang halus. Bawang besar dan karot juga dihiris. Halia dan cili padi cuma dititik. Tomato pula di belah enam.

Tumis bawang merah, bawang putih dan halia bersama. Bila dah kekuningan, masukkan pes tomyam. dan  pes asam  jawa. Masukkan juga sedikit air.

Masukkan juga cili api, serai, bawang besar dan carot. Biarkan merenih seketika. Selepas tu masukkan air secukupnya utk membuat kuah.

Bila kuah dah mendidih, masukkan ikan kembong dan tomato. Perasakan dengan garam dan gula. Bila dah mendidih sekali lagi, bolehlah diangkat.

p/s : Buat cara mudah sebab tersangat sibuk!!!


Have a nice day! :)

Sunday, September 18, 2011

Asam Tempoyak Ikan Kembung Dan Timun


Dengan kesibukan berniaga dan macam2 perkara, aku masak asam tempoyak jerrr.........!

Ini memang masakan kegemaran aku n anak2 je...... except my hubby.

Dia ni allergik dengan tempoyak, x tau lah nape, ha..ha..ha!

'Asam Tempoyak Ikan Kembung Dan Timun'

Bahan2 :

4 ekor  ikan kembung
3  sudu besar  tempoyak
1 biji timun
8 biji cili api
1 biji cili merah
1 cm isi kunyit
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Ikan kembung   dibersihkan.. Kalau nak, boleh dipotong2. Timun  dpotong menyerong kecil2. Cili  api, cili merah dan  isi kunyit di tumbuk lumat. Masukkan dalam periuk dan gaulkan dengan ikan dan tempoyak. Masukkan air dan timun. Didihkan. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Dah masak boleh diangkat.


Have a nice day! :)

Saturday, September 17, 2011

Apam Pisang Coklat


Ari ni aku ada buat apam pisang........... tambah dengan serbuk koko..

Apam pisang ni dah pernah buat, cuma kali ni bercoklat je... nak resepi lama klik sini.

Kat sini aku letak resepinya lagi utk rujukan semua.

'Apam Pisang Coklat'

Bahan2 :


6 - 7 biji pisang emas (dilecek)
4 - 5 sudu besar gula  (ikut suka manis)
1 biji telur
3/4 sudu kecil soda bikarbonat

2 sudu besar serbuk koko
Tepung gandum secukupnya(ikut bancuhan macam buat cucur/jemput pisang)

Cara2 :


Campur pisang yg sudah dilecek, gula dan telur. Campurkan juga soda bikarbonat, tepung gandum dan serbuk koko yg telah diayak bersama. 


Gaul sebati. Isikan kedalam loyang yg disapu sedikit minyak. 

Kukus sampai permukaan kuih berwarna perang gelap lebih kurang 20-25min. sejukkan dan hidang.

p/s : Sedappppp!


Have a nice day! :)

Friday, September 16, 2011

Sayur Rebus Cendawan dan Bunga Kobis


Smlm aku masak sayur dengan cara yang paling senang.....!

Sayur rebus macam ni sedap kalau makan dengan sambal belacan tau!

Walaupun senang, ada juga yg x tak tau cara masak macam ni... Masakan sihat tu, x payah pakai minyak masak. So, apa salahnya share sama2..kan!

Bahan2nya pun simple jerrrrrrrrr!!! Okey, jom layannnnn....!

'Sayur Rebus Cendawan dan Bunga kobis'

Bahan2 :

Cendawan
Bunga kobis
1 biji bawang merah
Daun kunyit
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Cendawan disiat2. Bunga kobis dipotong2. Bawang merah di hiris. Daun kunyit pula dicarik2. Masukkan semua bahan dan sedikit air kedlm periuk. Airnya 1/4 dari bahan2 didlm periuk. 

Masukkan juga sedikit garam dan secubit gula. Rebus sehingga air mendidih dan sayur dah masak. Selepas tu, bolehlah diangkat dan dihidangkan. sesuaikan dimakan dengan sambal belacan dan ikan bakar. Sedapppp!!


Have a nice day! :)

Thursday, September 15, 2011

Masak Lemak Cili Api Terung


Smlm aku masak gulai terung je.... Hubby aku yg cadangkan, dia teringin nk makan terung cili api. Itukan kegemaran dia.... ha..ha!


Ikut kan aje.... akupun dah buntu memikirkan apa nk dimasak ni!!!!


So, layan ajelah!!!!!


'Masak Lemak Cili Api Terung'

Bahan2:

6 biji terung
segenggam ikan bilis
9  biji cili api - tumbuk
1cm isi kunyit - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 batang serai - titik sahaja
2 cawan santan pekat.
secawan air
garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Terung dibersihkan dan dipotong2. Masukkan bahan tumbuk, ikan bilis dan serai yang telah dititik ke dalam periuk. Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. Didihkan.

Bila dah mendidih, masukkan terung tadi dan secawan lagi santan pekat. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi.. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.

p/s : sedap nih..... berselera hubby aku makan..... he2!


Have a nice day! :)

Wednesday, September 14, 2011

Kek Kukus Kurma


Ari ni aku buat kek utk minum petang. Nak menghabiskan seketul butter lebihan buat biskut raya tempohari. Lepas tu nampak kurma, lepas bulan puasa x berusik... akupun terfikir nk buat kek kurma. 

Cari punya cari resepi kek yg sesuai, akupun modified kek kukus buahan jadi kek kukus kurma.

Resepi kek kukus buah-buahan ni aku ambil dari Myresepi oleh DianaA dan aku olah sendiri jadi  Kek Kukus Kurma.

Inilah hasilnya...... menjadi dan sedap!!! Lembut, lembap gebu dan x manis sangat..... sedang elok je.

Dan aku nk share resepi aku di sini.... aku buat 1/2 adunan je dan resepi yg aku tunjuk ni utk 1/2 adunan, utk sekali makan sekeluarga aku , nk resepi asal boleh klik sini

Bahan2 :

300 gm tepung gandum
150 gm gula  halus
4 biji telur 
1 ketul butter
1 cawan kurma - yg telah dibuang biji dan dipotong kecil2
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh esen vanila
3/4 cawan gula - buat gula hangus
aluminium foil

Cara2 :

Gaulkan kurma yg telah dipotong2 dengan sedikit tepung. Ketepikan. Ayak tepung bersama soda bicarbonate. Gaulkan mentega dengan gula halus sehingga kembang dan sebati. 

Masukkan esen vanila dan masukkan telur satu persatu. Terus mengacau sehingga sebati. jangan pukul terlalu kuat. Sikit2 je, asal dah sebati... berhenti. 

Masukkan pula tepung. Kaup dan balikkan tepung dengan berhati-hati sehingga tepung sebati dengan adunan.  Buat pula gula hangus. Masukkan gula kedlm periuk dan kacau di atas api perlahan sehingga berwarna keperangan. Bila gula dah keperangan, masukkan kedlm aduna cepat2 dan terus mengacau sehingga gula sebati. 

Masukkan pula  kurma yg telah dipotong2 dan dicampur  tepung tadi. Gaul lagi sampai rata. Masukkan kedalam acuan yang telah digris dengan butter dan di tabur sedikit tepung. Tutup acuan dengan aluminium foil dan kukuslah dalam kukusan yg airnya telah mendidih selama lebih kurang 1-2 jam.

p/s : Seeloknya buat kek ni x perlu guna mixer. Kacau pun lebih kurang je, sedang elok sebati dah cukup utk mendapatkan kek yg lembab dan basah..... mudahkan!


Have a nice day! :)

Sayur Taugeh, Kucai dan Tauhu Tumis Goreng


Aku nak masak  sayur  banyak2. Bukannya apa, takut kena strok bila kolestrol tinggi dalam badan. Sayur- sayuran boleh meneutralkan kolestrol dan berserat utk memerangkap lemak dan mengelakkan sembelit. 

So, aku masak sayur ni utk makan tghari smlm....

'Sayur Taugeh, Kucai dan Tauhu Tumis Goreng'

Bahan2 :

1 cawan taugeh
1 cekak kucai
1 keping tauhu
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
beberapa ekor ikan bilis
1 sudu makan sos tiram
1/2 sudu kecil pati ayam (jika suka)
1/4 cawan air
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa


Cara2 :

Taugeh dibersihkan, kucai dibersikan ddan dipotong2. Tauhu digoreng  dan dipotong dadu.  Bawang merah, bawang putih dihiris halus, Cili merah dipotong serong. 

Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili merah dan ikan bilis. Masukkan sos tiram, taugeh dan kucai. Masukkan air dan pati ayam. Masak hingga mendidih. Masukkan tauhu. Sesuaikan rasa garam dan  gula. 

Bolehlah diangkat dan dihidangkan.


p/s : Jumlah sayur tu anggaran je, banyak mana nk taruh ikut sendiri dan sepadan dgn bahan2 lain...!


Have a nice day! :)

Tuesday, September 13, 2011

Petua Ikan dan Ayam Goreng Lebih Enak dan Wangi


Ari ni  mood ada lebih ckit, so, aku nak  cerita pasal petua plak...!

Ikan dan ayam adalah sumber protin dan sihat serta mudah didapati. Cara masakan yang paling mudah dibuat dengan ikan dan ayam adalah menggoreng.

Anak2 paling suka dengan ayam goreng. Ikan goreng pun okey jugak. Selalunya bila nak goreng ayam dan ikan cuma gaul gsaram dn kunyit je.  Lepas tu terus goreng.

Kali ni apa kata kita tukar cara plak. Apa salahnya mencuba kelainan.....!

Selain gaul dengan garam dan kunyit kita tambahkan sedikit bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar serta di perap sekejap. Barulah digoreng seperti biasa.

Dua bahan tambahan ini akan membuatkan ayam atau ikan yang digoreng tadi berbau wangi dan enak dimakan.

p/s : Kalau ditambah lagi serai dan serbuk kari, dah jadi ayam atau ikan goreng  berempah....... ha...ha!


Have a nice day! :)

Monday, September 12, 2011

Asam Pedas Ikan Kembong, Terung dan Tomato


Ini gulai semlm ya!...... arini belum fikir nk masak apa2 lagi..... Gulai ni dah biasa aku masak. Kira siaran ulang tayang  je....!

Otak aku ni tengah blur........ nk tulis panjang2 pun xde idea.

Kita layan ajelah gulai aku ni!!!

'Asam Pedas Ikan Kembong, Terung  dan Tomato'

Bahan2 : 

3 ekor ikan kembong
3 biji terung bulat
1 biji tomato
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1cm halia
1cm isi kunyit
3 sudu besar cili giling
1/2 cawan air asam jawa
2 cawan air
Sedikit minyak
Gula dan Garam secukup rasa

Cara2 :

Ikan dibersihkan dan dipotong 2. Terung  dan tomato di belah empat.  Bawang merah, bawang putih, halia dan isi kunyit di tumbuk lumat. Tumiskan bahan tumbuk. 


Bila dah agak kekuningan, masukkan cili giling dan air asam jawa. Masak sampai pecah minyak dan agak garing. Masukkan air. 


Bila mendidih masukkan  terung. Masak lagi dan masukkan ikan. Biarkan sebentar Perasakan dengan gula dan garam serta tomato. Agak2 dah nak mendidih lagi bolehlah diangkat.

p/s : Boleh juga ditambah belacan, daun kesom dan bunga kantan..... lg sedap!


Have a nice day! :)

Sunday, September 11, 2011

Ikan kembong Bersambal


Ari ni...... meriah je org lalu lalang kt gerai aku ni tayang baju raya. Nak gi beraya open houselah tu. Jelessss nyerrrrrrrr. 

Aku ni, sambil berjualan.... sempat jugak nk updated blog!

Smlm...  masak simple mimple jerrrrrrrrr........... x sempat!!!!

'Ikan Kembong Bersambal'

Bahan2 : 

4 ekor ikan kembung - digoreng
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu makan cili giling
1/4 cawan air asam jawa
Sedikit minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Bawang merah dan bawang putih ditumbuk lumat. Bawang besar di mayang halus. Tumis bahan tumbuk. Bila dah kekuningan massukkan cili giling. Goreng sampai wangi. 

Masukkan air asam jawa dan bawang besar. Tumis sampai pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula. Selepas tu bolehlah diangkat dan dituang di atas ikan goreng. 

Sedia dihidangkan.... dan makan!!

*******************
my dream.....!
klik SINI

*******************


Have a nice day! :)

Saturday, September 10, 2011

Sambal Petai dengan Ikan Bilis


Sibuknyerrrrrrrrrrrrrr............. 


Mood raya masih berlegar....... !!!! Apapun aku nk post n3 ni jelah!!


Masakan ni aku masak kelmarin2 dulu. X ingatlah, bila ye!! ....!!! Ari ni sah2 aku kena gantung periuklah!!!


Okeylah... xnak meleret panjang2.... jom layannnnn!!!


'Sambal Petai dengan Ikan Bilis' jerrrrrrrrrrrrrr!



Bahan2 : 

3 papan petai
Segenggam ikan bilis
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
3 sudu makan cili giling
1/2 cawan air asam jawa
Sedikit belacan
Sedikit minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Petai di kupas, dibersihkan dan dipotong sedikit. Ikan bilis dibersihkan dan digoreng garing. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk lumat. Bawang besar di mayang. 


Tumis bahan tumbuk. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. Goreng sampai wangi. Masukkan air asam jawa, bawang besar dan petai. Tumis sampai pecah minyak. 


Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan ikan bilis goreng tadi. Gaul sebati. Selepas tu bolehlah diangkat dan dihidangkan.


Have a nice day! :)

Friday, September 9, 2011

Goreng Tumis Sayur Sawi dan Cendawan


Sayur dan sayur lagi...... berkhasiat!!!  Masakan  aku smlm.........

Dah xtau apa nk tulis..... kini agak busy ckit. Mula balik berniaga di Masjid Negeri ari ni..........!


'Goreng Tumis Sayur Sawi dan Cendawan'


Bahan2 :


1 ikat sawi
1 paket cendawan tiram kelabu
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
beberapa ekor ikan bilis
1 sudu makan sos tiram
1/4 sudu kecil pati ayam (jika suka)
1/4 cawan air
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2:

Sawi di potong2 dan dibersihkan. Cendawan di siat2 kecil. Bawang merah, bawang putih dihiris halus, Cili  merah dipotong2.  Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili api dan ikan bilis. Masukkan sos tiram bersama sawi dan cendawan. Masukkan air dan pati ayam. Masak hingga mendidih. Sesuaikan rasa garam dan  gula. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

P/s : Simple dan sedap!!!


Have a nice day! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...