Breaking

Thursday, January 26, 2012

Thursday, January 26, 2012

Pucuk Paku Goreng Pedas

Dah lama rasanya x bern3 blog aku ni..... baru seminggu jerrrrrrrrrrr.......... Sibuk ssesangat skrg ni sebab baru bukak opis baru.......... masih bertatih meguruskan tempat niaga baru ni.

Letih..........!!? Letih sesangat...!!!! Ari ni baru free ckit sebab anak tolong gantikan kejap. Dah lama aku makan lauk kedai jerrrrrrr!!! Ari ni aku baru masuk dapur, tp masakan yg simple jer!!!

Lauk kegemaran my hubby ni...... tp susah jugaklah dia nk makan sebab sakit gigi.



Bahan2 :

Seikat pucuk paku
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 sudu makan ikan bilis
1 biji cili merah
4 biji cili api
1 sudu makan sos tiram
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak sekadar perlu

Cara2 :

Pucuk paku dipotong2 dan dibersihkan. Bawang merah, bawang putih, ikan bilis, cili merah dan cili api ditumbuk lumat.

Tumiskan bahan tumbuk sehingga kekuningan dan berbau wangi. Masukkan pucuk paku. Kacau sebati.

 Masukkan sos tiram dan air. Perasakan dengan garam dan gula. Bila pucuk paku dah elok lembutnya, bolehlah diangkat.

p/s : Sedap dan simple  jer...............!

Friday, January 13, 2012

Friday, January 13, 2012

Pai Shepherd

Dlm dah kesibukan aku yg terkejar2 berniaga minggu ni..... sempat jugak aku memasak ni. Barang memang dah tersedia masa aku moody beberapa ari sebelum tu. X nak barang ni expired plak nanti,  bertukus lumuslah aku mengerjakannya......

Masakan org putih yg dah lama aku teringin nk buat .......... Shepherd Pie atau dlm melayunya boleh panggil pai daging berkentang....... Aku olah serba ckitlah!

Aku ambil dari buku masakan Senangnya Memasak MAKANAN BARAT........ Chef Hanieliza

X mau layan panjang2 sebab aku pun dah penat gilerrrr.......... tengok ajelah resepi  ni....!



Bahan2 :

Untuk Inti
500 gm daging kisar
1 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang
1 tin cendawan butang - dalam tin (dibelah 4)
5 biji tomato -  potong dadu
1 batang lobak merah - potong dadu
2 biji cili merah - dihiris
1 sudu makan tepung jagung
(dibancuh dgn 1 cawan air)
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 kiub stok daging
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Untuk Pai
1 kg kentang (dipotong dadu)
1/2 cawan susu segar - susu kotak pun boleh
2 sudu makan mentega
1 sudu teh serbuk lada sulah
Air bagi merebus kentang secukupnya

Cara2 Membuat Inti:

Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan daging kisar dan cendawan butang. Kacau rata sehingga daging masak. Masukkan tomato dan semua bahan lain kecuali bancuhan tepung jagung. 

Apabila mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga masak. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk kaca ataupun dulang bagi membuat pai atau  mangkuk kecil aluminium foil.

Cara Membuat Pai :

Kentang direbus dengan air dan garam sehingga air rebusan kering. Lecek kentang dan gaulkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan mentega.

Masukkan sedikit kentang lecek kedalam dulang atau mangkuk aluminium foil. Masukkan pula inti dan tutup dengan kentang lecek lagi.

Bakar dalam oven yg sudah dipanaskan pada suhu 200C selama 30 minit. Dah masak, sedia dihidangkan.



p/s : Buat dalam 3 dulang aluminium foil yg bersaiz 5" je. Sekejap je dah abis.........!

Wednesday, January 11, 2012

Wednesday, January 11, 2012

Ikan Bawal Masak Tiga Rasa

Masih moody.....  tp x boleh jugak dilayan hati ini. Itulah asyik risau memanjang.

Masakan hari ini. yg simple jugak tp penuh bergaya. Ala2 makan kt restoran gitu....!

Ambil resepi dari buku resepi Chef Hanieliza.... senangnya memasak.... IKAN

Layan ajelah resepi simple ni....!



Bahan2 :

1 ekor ikan bawal - aku buat 2 ekor sebab ramai nk makan ni.....
3 biji bawang merah - hiris
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menggoreng dan menumis
Untuk hiasan nya sedikit cili merah dihiris dan sebiji tomato dipotong 6.

Cara2 :

Lumurkan garam, kunyit dan tepung jagung pada ikan. Goreng ikan dengan minyak yg banyak sehingga kuning keemasan dan masak. Tumis bawang putih, bawang merah, bawang besar dan halia hingga kekuningan dan wangi.

Masukkan 3 jenis sos dan gaul rata. Masukkan juga air. Kacau rata dan biar terus mendidih. Masukkan bahan hiasan. Dah masak, bolehlah dicurahkan kuah tadi atas ikan.

 Sedia dihidangkan.



p/s : Nyum, nyum..... menyelerakan...!!



Monday, January 9, 2012

Monday, January 09, 2012

Telur Rebus Masak Kicap Lada Hitam

Kalau dah malas je nk memasak tu..... mesti ada yg dirunsingkan. Memang pun...... walau banyak masa terluang dan barang2 pun dah ready, masih lagi rasa xde mood.

Nk wat camne..........?!!!  At last masak yg senang je.... tp aku nk letak kt blog ni....

Xpelah, walau hanya masakan simple dan n3pun x semenggah jerrrrrrrrrr!!!

Xde moodlah  dan hati pun asyik berdebar2 je... ! Hissshhh!!!!



Bahan2 :


5 biji telur - direbus dan dikopek kulitnya
2 biji bawang merah - tumbuk
1 biji bawang putih - tumbuk
1cm halia - tumbuk
1 biji bawang besar - di hiris
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan cili giling
sedikit air asam jawa
1/4 cawan air
2 sudu besar kicap 
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2 : 

Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk sehingga kekuningan. Masukkan serbuk lada hitam dan cili giling. 

Tumiskan. Masukkkan  air asam jawa, kicap  dan bawang  besar. Masukkan telur rebus yg telah dikelar2 ckit. Kacau sampai pecah minyak.. Masukkan air. 

Masukkan garam dan gula dan rasakan kesesuaian rasanya.Biar hingga agak pekat. Sudah siap bolehlah diangkat. Sedia di hidangkan.

Sunday, January 8, 2012

Sunday, January 08, 2012

Cara Nak Mengurangkan Lauk dan Gulai Terlebih Masin

Ari ni nk buat petua ........ Alkisahnya pasal lauk dan gulai terbubuh lebih garam atau termasinlah plak.

Kalau nk menjaga kesihatan...... xlehlah lauk pauk terlebih masin ni.... lebih2 lagi yg ada penyakit darah tinggi. Kenalah  kawal betul2.

Ada plak yg kata masin2 lah yg bagus, barulah sedap masakan tuh... betullah tu.. tapi biar berpada-padalah. Jadi, kurangkanlah garam dalam masakan. Sebaik-baiknya tahap keperluan harian pengambilan garam adalah x melebihi  satu suku sudu teh  untuk seorang.

So, nk kurangkan masin tuh.... camne yerrrrrrrr!


Kalau nk check  masakan  anda .......ada taktiknya iaitu letakkan sikit kuah panas tu kt jari. Kalau kuah tu x meleleh dijari tandanya masakan tu sedang elok je masinnya. Tapi kalau jari terasa perit, itu tandanya masakan dah terlebih garam.

Boleh cuba... tapi kalau akulah... ambil ckit dgn hujung sudu... tiup ckit utk kurangkan panas, suap je kt mulut. kalau rasa kurang tambah lagi... tp jgn lebih2 plak.

Kalau dah terlebih masin.... masukkan sebiji kentang. Dan terus masak hingga kentang empuk. Insya'allah kentang akan menyerap garam yg terlebih tu.

Ada yg kata daun pisang pun boleh.... koyakkan ckit dan masuk dlm masakan. Nnti bila daun dah layu boleh buang je... xkan nk makan plak.

Satu lagi cara iaitu dengan hampas kelapa..... masuk ckit hampas kelapa dlm perca kain. Ikat ketat2 dan masukkan dlm masakan. Biar dlm 2-3 minit dan bolehlah diangkat. Insya'allah hampas kelapa akan menyerap garam yg berlebihan tu.

Friday, January 6, 2012

Friday, January 06, 2012

Sup Ayam Bebola Ikan

Semua dah ready........... Blog pun dah di modified dan dengan semangatnya, akupun mulalah mengupdated blog.

Resepi mudah yg main campak2 dan rebus je. 

X mau sembang panjang2 sebab smlm pun dah puas kena bebel sebab lama sangat ngadap laptop. Yg kuat membebel tu sapa lagi, kalau x my hubby... dia jeles le tu sebab dia x reti  nk ber IT ni.. hehe.

Layan ajelah resepi yg x seberapa ni..........





Bahan2 :

2 potong daging ayam - bhgn dada & paha
1 paket bebola ikan
2 pokok sawi
1 paket cendawan
1/2 batang carot
1 ketul kecil bunga kobis
1 biji tomato
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 pokok daun sup
1 pokok daun bawang
1 paket sup bunjut
1 ketul kiub ayam
1 sudu  teh serbuk lada hitam
Sedikit kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
Air sebanyak mana yang disukai
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :

Ayam dipotong kecil2. Bebola ikan di belah dua, sawi, bunga kobis, daun sup, daun bawang dan carot di di potong2.  Cendawan pula di siat2dan tomato dibelah empat. 

Bawang merah, bawang putih dan halia di tumbuk lumat. Panaskan minyak masak. Tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang bersama bahan tumbuk.

Bila dah kekuningan, masukkan sedikit air, sup bunjut, kiub ayam  dan serbuk lada hitam.  Renehkan sekejap, tambahkan air lagi. Masukkan ayam, bebola ikan, bunga kobis, carot dan cendawan. 

Didihkan seketika. Masukkan sawi dan tomato. Perasakan dengan garam dan gula. Bila sawi dan tomato dah agak2 nak layu masukkan daun bawang dan daun sup. Lepas tu bolehlah terus diangkat. 

Siap sedia untuk dimakan.



p/s :  Sedap & berkhasiat..... walaupun masakan yg simple sangat..

Thursday, January 5, 2012

Thursday, January 05, 2012

Blog mood baru ........

Tengah fikir2 nk cari mood baru di tahun baru ni............ spontan aku yg tengah menghadap laptop ni terfikir nk tukar suasana baru kt blog aku ni.

background lama

Aku mulakan dengan tukar background........ masih dengan imej lama dan style lama iaitu english wallpaper. Tp kali ini tukar warna purple plak. Purple yg lembut dan tidak terlalu menyerlah. So sweet.....! 

Masih mengekalkan ladybug sebagai identiti.... tp bunga dah tukar, kali ni terpikat dengan ros ungu plak. Cantik x!!! 

Dah tukar sana sini serba sikit............... dengan penuh keterujaan aku akan terus mengerjakan blog aku ni dengan sepenuh jiwa ..................... chewah!!!!

Habislah aku kerjakan blog aku ni..... bukannya pandai pun, aku guna konsep trial n error. Asal jadik!!

Ada ke yg nak belajar dengan cikgu yg x berapa reti ni........... !


Letak ajelah caranya ............!

1. Mula2 masuk ke rekabentuk............. pilih pereka bentuk templat

2. Pergi ke Latar Belakang ............ pergi ke arrow imej latar belakang, klik

3. Lepas tu kita akan jumpa pilih latar belakang. Klik 'muat naik imej'

4. Lepas tu kita akan jumpa 'choose file' klik kt situ

5. Dan kita boleh ambil apa aje gambar yg kita save kt dokumen atau file.

6. Gambar boleh ambil kt goggle..... atau photobucket dan kalau nk lebih kreatif boleh guna gambar sendiri.

Macam2 gambar boleh dapat kt google even nk tema apa aje. Dah dpt gambar tu n buat macam ni. boleh save dan pilih jubin. Ikut cara ni seeloknya cari gambar yg motif kecil2 kalau tidak, yg muncul kt background nanti macam gambar yg ditampal sekeping2.

p/s : Gambar English wallpaper ni saya ambil kt google then savekan kt file.

Tuesday, January 3, 2012

Tuesday, January 03, 2012

Cempedak Goreng

Selamat datang 2012.......... belum terlambat lagi kan????????????

Diam x diam dah lebih setahun aku berblog..... banyak suka duka aku dlm berblog ni. Bukannya senang, asyik diketawakan hubby n anak2 bila tengok aku terkial2 ambik gambar.

Mana dengan mengacau dan menyibuk lagi..... xpe... xpe.... sabar jelah!!!!!

Minum petang hari pertama 2012 aku n family, Cempedak goreng jerrrrrrrrrr!!!!

Dok sibuk cari baju sekolah n barang2 sekolah kt seksyen 18, hubby aku teruja dengan buah cempedak kt depan Giant.... boleh tahan mahalnya. Kata x payah beli, dia nk jugak. Kalah org mengidam...!

Balik shopping aku pun bersilatlah dengan kuali nk buat cempedak goreng.......

Tayang jelah n3 ni..... buat nyibuk share resepi yg mudah, semua org tahu,...!!



Bahan2 :

1 biji sedang buah cempedak (dpt dlm 30 ulas)
2 cawan tepung gandum
1/4 sk  garam
secubit kapur makan
1/4 sk serbuk kunyit
Air secukupnya
Minyak masak

Cara2 :

Campurkan tepung, garam, kapur makan, serbuk kunyit dan gaul rata. Masukkan air secukupnya cukup2 utk menyalut ulas cempedak. Jgn terlalu cair.

Celupkan ulas cempedak dalam bancuhan tepung dan goreng dgn minyak yg banyak. Pstikan minyak betul2 panas agar tepung tidak menyerap minyak.

Ulang proses hingga habis. Dah masak, sedia dihidangkan

p/s : susah nk edit blog.... asyik berebut jer ngan anak2, tu yg n3 tertangguh ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...