Just Klik!

Sunday, January 8, 2012

Cara Nak Mengurangkan Lauk dan Gulai Terlebih Masin

Ari ni nk buat petua ........ Alkisahnya pasal lauk dan gulai terbubuh lebih garam atau termasinlah plak.

Kalau nk menjaga kesihatan...... xlehlah lauk pauk terlebih masin ni.... lebih2 lagi yg ada penyakit darah tinggi. Kenalah  kawal betul2.

Ada plak yg kata masin2 lah yg bagus, barulah sedap masakan tuh... betullah tu.. tapi biar berpada-padalah. Jadi, kurangkanlah garam dalam masakan. Sebaik-baiknya tahap keperluan harian pengambilan garam adalah x melebihi  satu suku sudu teh  untuk seorang.

So, nk kurangkan masin tuh.... camne yerrrrrrrr!


Kalau nk check  masakan  anda .......ada taktiknya iaitu letakkan sikit kuah panas tu kt jari. Kalau kuah tu x meleleh dijari tandanya masakan tu sedang elok je masinnya. Tapi kalau jari terasa perit, itu tandanya masakan dah terlebih garam.

Boleh cuba... tapi kalau akulah... ambil ckit dgn hujung sudu... tiup ckit utk kurangkan panas, suap je kt mulut. kalau rasa kurang tambah lagi... tp jgn lebih2 plak.

Kalau dah terlebih masin.... masukkan sebiji kentang. Dan terus masak hingga kentang empuk. Insya'allah kentang akan menyerap garam yg terlebih tu.

Ada yg kata daun pisang pun boleh.... koyakkan ckit dan masuk dlm masakan. Nnti bila daun dah layu boleh buang je... xkan nk makan plak.

Satu lagi cara iaitu dengan hampas kelapa..... masuk ckit hampas kelapa dlm perca kain. Ikat ketat2 dan masukkan dlm masakan. Biar dlm 2-3 minit dan bolehlah diangkat. Insya'allah hampas kelapa akan menyerap garam yg berlebihan tu.


Have a nice day! :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...